in ,

Remy Ishak Tarik Diri Berlakon Teater M.BUTTERFLY

Remy Ishak Tarik Diri Berlakon Teater M.BUTTERFLY

[dropcap]P[/dropcap]elakon TV Paling Popular Berita Harian (2009 & 2010) dan Pelakon Filem Terbaik Anugerah Skrin TV3 (2011), Remy Ishak menyatakan hasratnya untuk menarik diri daripada berlakon dalam produksi teater M.BUTTERFLY yang dijadualkan dipentaskan bermula 11-14 April 2013 ini di Blackbox, PUBLIKA Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Remy (31 tahun) memaklumkan kepada pihak produksi bahawa pihak pengurusannya tidak bersetuju untuk beliau memainkan naskah M.BUTTERFLY yang mempunyai elemen seksual dan politik.

Drama yang diinspirasikan oleh opera Madama Butterfly Giacomo Puccini memaparkan watak utama, Rene Gallimard, yang merupakan seorang kakitangan awam dihantar untuk bekerja di kedutaan Perancis di China. Gallimard jatuh cinta dengan diva opera China, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita.

M.BUTTERFLY pernah dipentaskan di Euqene O’Neill Theatre, New York Amerika Syarikat pada 20 Mac 1988 hingga 27 Januari 1990 selama 777 kali pementasan yang diarahkan oleh John Dexter dan pernah difilemkan selama tiga kali yang berlainan pengarah iaitu David Cronenberg, Jeremy Irons dan John Lone. Selain itu filem M.Butterfly pernah memenangi dua anugerah iaitu Cerita Terbaik di Drama Desk Award dan Tony Award pada tahun 1988.

Peranan yang dimainkan oleh Remy Ishak akan dipikul oleh Benjy. Benjy (35 tahun) mula berkecimpung dalam dunia lakonan seawal usia satu tahun. Beliau muncul buat pertama kali dalam drama hitam putih, Lembayung Petang. Sejak itu, Benjy membintangi banyak drama televisyen, siri komedi, filem dan pementasan teater. Antaranya ialah Perempuan, Kembali, Baginda, Kampungku, Buddies, Hanya Untukmu, Charlie’s Aunty, Spilt Gravy on Rice dan Kerana Cintaku Saerah (Jibek). Benjy pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin untuk lakonannya dalam drama Kembali dan Hanya Untukmu. Kemenangannya dalam Kembali mencatatkan kali pertama dalam sejarah Malaysia di mana ibu (biduanita Azean Irdawaty) dan anak dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik dalam drama yang sama. Beliau juga pemenang termuda dalam kategori itu.

Pementasan M.BUTTERFLY karya asal David Henry Hwang ini akan diarahkan oleh Mislina Mustaffa, pelakon/pengarah teater dan filem. M.BUTTERFLY yang bakal dipentaskan ini merupakan teater yang dialih bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.

Pementasan produksi Rumah Anak Teater (RAT Production) ini mendapat geran pengurangan kos produksi kelolaan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) dan menjadi sebahagian daripada MAP Festival yang berlangsung 23Mac-21 April di PUBLIKA, Sloaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Remy Ishak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

500,000 Pengunjung Meriahkan Karnival Jom Heboh Johor Bahru

Gambar Julia Ziegler di Malam Gala AIFFA 2013