in ,

Kisah Perebutan Kuasa Dalam Siri TV Inggeris REIGN di TV2

Antara saluran TV yang banyak menyiarkan siri Inggeris, pastinya TV2 turut tersenarai menjadi pilihan penonton yang gemarkan program bercorak sedemikian. Ternyata usaha dilakukan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini mendapat reaksi positif penonton yang mahukan siaran program sebegini diteruskan dan diperbanyakkan.

Terbaharu berlatar belakangkan situasi kerajaan Inggeris pada abad ke-16, RTM membawakan siri Inggeris bertajuk “Reign” yang mula bersiaran pada 10 Januari ini, setiap Ahad, pukul 9.00 malam di TV2.

Untitled

Mengangkat topik berkaitan perebutan kuasa, antara lain penonton pastinya teruja dan terpaku dengan penampilan aktres jelita dan aktor tampan membawakan watak dalam siri ini termasuklah Adelaide Kane, Tony Regbo, Caitlin Stasey, Jenessa Grant, dan Celina Sinden.

22 episod ini mengangkat kisah sejarah fiksi menceritakan tentang Ratu Scotland, Mary Stuart bertunang dengan bakal raja Perancis, Francis, pada umur 6 tahun. Kemudian dia diasingkan hingga umur 18 tahun di sebuah biara, karena hidupnya terancam oleh musuh yang berusaha membunuhnya.

Pada umur 18 tahun inilah tekanan yang dialami Mary ini mulai meruncing dan berlaku kejadian menyebabkan Mary dibawa ke kerajaan Perancis yang dianggapnya sebagai sekutu terkuatnya.

Ketika berada di kerajaan Perancis inilah semua konflik terjadi. Bermula daripada tindakan Francis yang tidak mahu mengahwini atas dasar pernikahan politik yang dianggapnya hanya akan membuatkan Mary hidup merana.

Ditambah pula dengan kehadiran Sebastian atau panggilannya Bash, abang Francis tapi berbeza ibu, kerana ibu Bash hanyalah gundik raja. Berlaku perselisihan kerana walaupun Bash anak lelaki sulong tetapi Francis lebih berhak naik takhta kerana dia anak ratu yang sah.

Pada masa sama kehadiran Bash pelengkap kepada cinta segitiga Mary dengan Francis.

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kemudahan Bermalam di Aston Tropicana Bandung

Lee Min Ho Dilantik Jadi Jurucakap Kopi Luwak Indonesia