in

You’re Not Red & Ya Hanana Carian Utama di Youtube

Setiap hari kita menonton video terkini di Youtube. Budiey juga tak lepas peluang untuk menonton apa yang terbaru, yang hangat dan yang tip top kat Youtube. Senang sahaja untuk mengetahui apa yang best, hanya layari www.youtube.com.my. Dan pada hari ini, Budiey mahu membawakan kepada pembaca semua senarai 5 carian terhangat dan popular sepanjang minggu lepas, iaitu daripada 21 hingga 27 Mac 2013.

Menariknya, apa yang boleh Budiey katakan, sepanjang minggu lepas, seperti mana kebiasaan ramai warga penduduk di Malaysia mencari video yang berbentuk hiburan. Tidak dinafikan, video parodi yang sinikal berbentuk hiburan memperlihatkan peningkatan yang drastik. Terbukti jelas pada video yang mendapat tempat pertama kedudukan carian paling tinggi iaitu video 你不红 (You’re Not Red) yang ditonton lebih satu juta penonton dalam masa satu minggu semenjak dirilis pada 23 Mac di Youtube. Ternyata video ini mendapat reaksi yang sangat luar biasa. Ada yang suka dan tak kurang ada yang mengutuk video tersebut. Mungkin sebab itu, video ini menjadi viral di media sosial. Berlatar belakang lagu Gangnam Style dan dicampur sedikit dengan eleman lain seperti olahan lirik yang sinikal dan memberi komen kepada isu semasa termasuklah isu keyboard warrior dan selfie yang menjadi trend pengamal sosial media zaman ini.

Budiey tertarik dengan carian Ya Hanana yang mendapat tempat ke-3 tertinggi. Lagu qasidah nasyid yang memuji kebesaran Tuhan dan selawat kepada Rasullullah SAW ini mendapat tumpuan kerana selalu dimainkan di kaca TV yang menempatkan lagu-lagu ketuhanan di radio dan di TV untuk menghormati pesawat MH370 yang hilang. Budiey juga dapat info dendangan nasyid ini turut mendapat perhatian ketika mana melatari semasa Selawat Perdana yang diadakan di Dataran Putrajaya baru-baru ini.

Weekly YouTube Top 5 Trending searches in Malaysia
Last 7 days (March 21-27, 2014)

For top videos, people around the world search for information on YouTube. What follows is a summary of YouTube Zeitgeist results for the top gainers on when comparing search queries that have risen by the largest percentage for the week March 21-27, 2014.

1. 你不红 (You’re Not Red)
A song by RED PEOPLE, a local Malaysian group gets more than 1 million views less than a week of its release on March 23.

2. All of Me
John Legend fans make cover versions of his song.

3. Ya Hanana
Melodic Qasidah readings and blessings for all the passengers and crew of MH370.

4. Super Junior
Popular K-pop idol group, Super Junior brings their Super Show 4 in Seoul to fans in 3D, released March 26.

5. Shila
Shila Amzah sings a cover of Adele’s song Rolling in the Deep for the second quarter round of ‘I am a Singer’.

Video mana yang anda tonton pada minggu ini? Komen sikit.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014

Liyana Jasmay & Awal Ashaari di Pelancaran Samsung GALAXY S5