in

Realiti Laila Majnun Dalam DUNIA TERSEMBUNYI

Percintaan yang diakhiri dengan perkahwinan merupakan satu nikmat dunia. Perkahwinan pula melambangkan satu ikatan sah antara dua individu yang dapat membuat pokok salasilah keluarga bercambah ke generasi yang baru. Namun, perkahwinan di Desa Buluhcina, Kampar Sumatera Indonesia adalah sedikit berbeza. Saksikan perbezaannya dalam Dunia Tersembunyi, 28 Februari 2015 (Sabtu) ini, jam 11.00 malam di TV3.

Desa Buluhcina ini mempunyai hanya dua suku yakni Melayu dan Domo. Sedang kita bebas berkahwin dengan individu pilihan sendiri, kedua-dua suku desa ini ditegah untuk berkahwin dengan suku yang sama. Bermaksud, kaum Melayu hanya boleh berkahwin dengan kaum Domo, dan begitu juga sebaliknya.

Realiti Laila Majnun Dalam DUNIA TERSEMBUNYI

Sepertimana dalam kisah Romeo dan Juliet, dan Laila Majnun, mereka yang ingkar dengan aturan ini akan dipulaukan dan disisihkan oleh masyarakat seperti orang asing. Pantang larang yang agak serius turut dikenakan kepada penduduk dari luar Desa Buluhcina. Mereka yang ingin mengahwini penduduk desa adat ini harus mencari keluarga angkat dari kalangan penduduk asal desa ini. Acara adat ini dikenali Mencai Dun Sanak.

Fungsi keluarga angkat ini adalah untuk mengangkat mempelai itu sebagai sukunya sendiri agar dapat mengahwini suku jirannya. Setelah mendapat keluarga angkat, mempelai itu hendaklah mendapat persetujuan kepala suku untuk memberi restu kepadanya. Sekiranya kepala suku itu tidak merestui hubungan mempelai, maka perkahwinan mereka tidak sah. Setelah mendapat kedua-dua restu keluarga angkat dan kepala suku, mempelai itu perlu meminta restu daripada kepala suku pasangannya pula. Sekiranya gagal untuk mendapat restu kepala suku pasangannya, hubungan kedua-dua mempelai itu harus ditamatkan.

Keunikan adat ini pula terletak kepada gurindam disulami pantun. Sepanjang acara adat berlangsung, penggunaan pantun membawa saya dan kru Dunia Tersembunyi seperti berada di zaman Melayu Lama.

Menurut penulis dan penerbit Dunia Tersembunyi, Mohd Raziff Zulkafli:

“Difahamkan, penduduk Desa BuluhCina mempunyai alasan bernas berhubung amalan tradisi ini. Ia mampu mengekalkan adat pusaka tinggalan nenek moyang dan meletakkan taraf bangsa dan keturunan di tahap tertinggi. Kesempatan berada di Kampar, kami turut berkunjung ke salah satu tinggalan khazanah dunia iaitu Candi Muara Takus. Berbeza dengan Candi Borobudur di Kepulauan Jawa, Candi Muara Takus dibina menggunakan batu bata merah.”

Saksikan keunikan adat perkahwinan antara dua suku ini secara eksklusif di TV3, saluran 103 kerana segalanya bakal dipertontonkan kepada anda menerusi episod Gurindam Buluh Cina dalam Dunia Tersembunyi, pada Sabtu ini, 28 Febuari 2015, jam 11.00 malam.

Realiti Laila Majnun Dalam DUNIA TERSEMBUNYI

Realiti Laila Majnun Dalam DUNIA TERSEMBUNYI

Realiti Laila Majnun Dalam DUNIA TERSEMBUNYI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV2 Ulang Siar Drama Bersiri TANGISAN BULAN MADU

Shae Kini Semakin Popular di Indonesia