in

Razali Hussin, Yasmin Haniff dalam E-Mail Dari Ankara

Mustika Khas Ramadan : E-Mail Dari Ankara, Kisah Pertembungan Dua Budaya Berbeza Di TV2

Sebuah drama mengenai pertembungan dua budaya yang berbeza tapi berpegang pada kepercayaan dan amalan agama yang sama walau di pisahkan antara benua bakal dikongsi peminat setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) khas tayangannya sempena Ramadan ini.

Dua benua disatukan dalam drama khas yang bakal menyentuh hati penonton dengan plot cerita menarik apabila seorang gadis Turki jatuh cinta dengan pemuda Malaysia dalam kembaranya yang panjang di Malaysia. Niatnya ketika memulakan kehidupan baru di negara ini untuk melanjutkan pelajaran dan mengejar cita namun setelah bertemu pemuda yang memikat hatinya dia keliru.

Drama menarik lakonan Razali Hussin, Yasmin Haniff, Mazin Ameen Siraj dan Siti Fazurina bertajuk Email Dari Ankara disiarkan pada 17 Ogos 2011, jam 1.30 petang di TV2 mengisi slot Mustika Khas Ramadan ini berlatarkan kisah watak bernama Zeynep, seorang gadis bangsawan yang berasal dari Ankara, Turki yang telah melarikan diri ke Malaysia akibat satu perselisihan faham dengan kedua ibu bapanya yang ingin mengahwinkannya dengan seorang hartawan dari Istanbul.

Di Malaysia dia dalam diam telah menyimpan perasaan terhadap seorang pensyarah sejarah, Adib yang kebetulan membuat kajian yang berkaitan dengan kebangkitan dan kejatuhan Islam di Negara Turki. Zeynep yang sering bercerita tentang Adib dengan kawan rapatnya, Fatihah yang menghadiri kelas Bahasa Inggeris yang sama dengannya.

Namun dia berasa hampa dan terkejut apabila Fatihah berkunjung ke rumah Adib di kampung menjelang Hari Raya dan mendapat tahu bahawa Fatihah sebenarnya adalah tunangan Adib. Dia berasa seperti dipermainkan.

Fatihah dan Adib kemudian menerangkan kepada Zeynep bahawa sebenarnya mereka telah dihubungi seorang anak hartawan Mahmud Belucci yang telah dijanjikan ayah Zeynep untuk berkahwin dengan Zeynep sekiranya dia berjaya menjejaki Zeynep dan memujuknya pulang ke Turki.

Lalu bagaimanakah pengakhiran kisah hidup Zeynep? Dapatkah dia menerima Mahmud Belucci sebagai suami atau terus setia meraih cinta daripada Adib?

RAZALI HUSSIN

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PHOTO Star Henry Cavill as Superman

Drama Kisah Lailatul Qadar di RTM