in

Raya Xpresi Kembara Bersama Tomok, Nubhan & Daus AF8

MISI RAYA XPRESI KEMBARA BERSAMA TOMOK, NUBHAN DAN DAUS AF8
Kebiasaannya sambutan Aidilfitri disambut meriah dengan persembahan artis di ibukota. Baik persembahan pentas mahu pun acara berbuka puasa, semuanya memberikan peluang kepada penduduk di ibukota berhibur dengan artis kesayangan mereka dengan lebih dekat lagi.

Namun Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi program popularnya, Xpresi Kembara pula mengambil pendekatan berbeza dengan membawa artis-artis terkenal meluangkan masa berada di Permaisuri Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan untuk meraikan kemeriahan Hari Raya bersama peminat-peminat di sana.

Apatahlagi artis yang diundang menjayakan program ini ketiga-tiganya memiliki pengikutnya sendiri. Siapa yang tidak mengenali Tomok, Nubhan dan Daus AF8 terutama di kalangan remaja yang sentiasa mengikuti perkembangan tiga orang artis remaja popular ini daripada awal pembabitan mereka sebagai artis hingga kini.

XK PD (24)

Kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya baik Tomok, Nubhan mahupun Daus AF8 untuk melakukan pelbagai aktiviti dimana pada sebelah petang 28 Ogos 2010 lalu ketika rakaman diadakan, mereka bertiga bersama-sama mengagihkan bubur lambuk secara percuma kepada penduduk-penduduk sekitar Port Dickson. Apatahlagi sambutan yang diterima daripada orang ramai yang ingin menemui sendiri artis pujaan mereka sungguh menggalakan.

XK PD (4)

XK PD (5)

XK PD (8)

Menariknya bukan saja mereka bertiga yang ada pada masa itu, tetapi ramai artis lain juga yang turut terlibat antaranya Zulhuzaimi, Azza Elite, Didie Alias, Amyza Adnan, Lan Pet Pet, Azlee Senario dan Anding yang turut sama berganding bahu menyerahkan bubur lambuk yang telah dimasak bersama-sama secara gotong-royong.

XK PD (3)

Pada sebelah malam pula, selepas selesai solat terawih artis-artis mula menghiburkan para tetamu di Permaisuri Resort dengan persembahan mereka yang ternyata memberi kepuasan kepada tetamu yang hadir memeriahkan majlis.

Kemunculan pemilik nama Shah Indrawan Ismail lebih dikenali Tomok cukup dinanti-nantikan peminatnya menyanyikan lagu Arjuna dengan gaya dan persembahannya yang tersendiri.

XK PD (18)

Penyanyi kelahiran Negeri Sembilan, Nubhan pula tampil ceria mengenakan baju melayu rona biru turut menyampaikan lagu popularnya Juwita. Malah Nubhan yang juga nama penuhnya Ahmad Nubhan Ahamad ini turut meluangkan masa bersama peminat-peminatnya.

Menariknya pentas sama turut dikongsi Muhd Shahril Firdaus B. Eli yang dikenali sebagai Daus AF8. Anak kelahiran Sarawak yang buat pertama kalinya menyambut Aidilfitri sebagai seorang artis ini muncul dengan lagu Kenapa yang cukup membuatkan tetamu terhibur dengan gelagat spontannya yang bersahaja menyampaikan lagu hitsnya itu.

Ramai lagi artis yang membuat persembahan pada malam itu antaranya Asheed iaitu vokalis kumpulan Def Gab C, komposer terkenal Eddie Hamid, Saleem, Farah Asyikin dan ramai lagi.

Program diterbitkan oleh Mohd Amer Syafiq Khalip ini bakal disiarkan pada 18 September 2010 (Raya ke-9), jam 11.30 pagi hingga 12 tengah hari di TV1.

XK PD (10)

XK PD (11)

XK PD (17)

XK PD (19)

XK PD (23)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari Menarik Sempena Raya di TV3

Filem Selamat Pagi Cinta di Slot Pentas Raya