in

Raya Ketiga: Kecoh Betul

Kecoh Betul – Raya Ketiga, 12 September, 9.00mlm

Filem arahan S. Baldev Singh ini mengisahkan tiga orang pemuda yang berkawan baik, Aiman, Belon dan Joe yang bekerja sebagai penghantar pesanan makanan di sebuah restoran makanan segera di ibu kota. Mereka berdepan dengan pelbagai cabaran hidup di kotaraya dan kehidupan mereka sentiasa dikelilingi dengan keseronokan. Tiga sahabat ini juga mempunyai minat yang sama dan sangat obses dengan motor.

Tidak hairanlah jika mereka juga terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial kurang sihat seperti merempit. Namun, ketiga mereka sentiasa pokai dan sanggup melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang sehinggakan terpedaya dengan iklan mendapat duit dengan cepat dalam perangkap Ah Long. Dalam pada itu, mereka juga menghadapi konflik dalam diri mereka sendiri.

Aiman jatuh cinta dengan Dayana, gadis yang pernah ditolongnya akibat kes ragut dan pernah diperdaya oleh teman lelakinya sendiri yang merupakan seorang pengedar pil ectasy.

Aiman bertekad untuk mengubah hidup Dayana manakala Belon yang berminat dengan wanita berusia pula terpikat dengan tuan rumah yang merupakan seorang ibu tunggal, Salmah. Joe pula berusaha untuk memikat anak gadis Salmah, Yati yang agak kasar perwatakannya.

Kekecohan berlaku apabila mereka memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang mereka dengan Ah Long dan keadaan menjadi bertambah rumit apabila Dayana diculik kerana ketiga-tiga mereka tidak berjaya melunaskan hutang dalam tempoh yang diberikan. Dapatkah mereka menyelamatkan Dayana?

Pelakon: Saiful Apek, Nabil, Diana Danielle, Yatt, Datuk Aziz Sattar, Nasrizal Ngasri, Fauziah Nawi

kb5

POSTER KECOH BETUL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Raya Cinta Terlepas Pandang

Misteri Kehilangan Sosilawati Lawiya