in

Raya Ke-4: Momok The Movie

Momok The Movie – Raya Keempat, 13 September, 9.00mlm

Kisah bermula apabila Adlin pulang ke kampung. Dalam perjalanan pulang ke kampung, Adlin seperti biasa akan bertandang ke Warung Pak Ajis untuk menikmati Mee Calong dan omong kosong. Kepulangannya kali ini untuk bertemu emakya Mak Ton, adiknya Isham dan Esah. Pada sebelah malamnya setelah tiba dikampung, Adlin dan Kadir keluar ke warung Pak Ajis.

Pelbagai insiden dan petanda yang seolah-olah menunjukkan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Setelah sampai di warung Pak Ajis yang terletak di tepi tebing sungai di hujung kampung, seperti biasa mereka mula bersembang sehinggalah kepada cerita mengenai kisah-kisah seram.

Pak Ajis, Adlin dan Kadir juga mendapat teman bercerita, Noniswara, gadis India pekerja kilang yang di ganggu peristiwa seram menaiki bas tanpa pemandu ketika pulang dari kerja pada malam tersebut. Cerita kisah Pontianak, Pochong, Orang Bunian, Badi Mayat, Mayat Hidup Di Langkah Kucing Hitam dan Sampuk menjadi penglipurlara mereka berempat malam itu.

Pelakon: Faizal AF4, Dato’ Aziz Sattar, Nabil Raja Lawak 2, Dato’ Sarimah, Abon, Leez AF4, M. Jamil, Ruminah Sidek, Shazleen Shabi, Mior Ahmat Zaudi, Jamaluddin Kadir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzikal Raya Ratu Rock Ella

Tengku Faris Sultan Kelantan