in

Raudhah Di Hatiku Edisi 2014 Anjuran TV9

Raudhah Di Hatiku edisi 2014 bakal berlangsung pada 26 & 27 April bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak. Acara padang simbolik TV9 pada tahun kali ini akan lebih luas dan meriah dengan penyertaan radio Hot FM, Tonton dan penjualan barangan cenderahati di booth Wow Bag. Bagi menambah tarikan pada penganjuran kali ini, Raudhah Di Hatiku dengan kerjasama dengan Femes Bazaar bakal menghimpunkan puluhan usahawan kecil untuk menjual pelbagai barangan dan produk terkini di booth Flea Market.

Para muslimah pula boleh berkunjung ke booth yang dikhaskan buat golongan mereka iaitu Booth Lin Nisa’ di mana para wanita boleh berhibur disamping dapat mempelajari cara bacaan Al-Quran dengan sempurna. Malah, muslimah juga bakal dikongsikan dengan kisah penghijrahan dan tip-tip berfashion mengikut Islam bersama selebriti seperti Sharifah Qhasif, Ila Damia, Bella Yunus, Ainan Tasnim dan ramai lagi.

Tidak lupa juga, Booth Bananana! Land turut disediakan untuk adik-adik yang ingin menyertai pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, hafazan dan menantikan kemunculan maskot animasi popular, Upin & Ipin. Pengunjung juga berpeluang untuk bertemu dengan selebriti dan personaliti TV9 seperti Affiza (Berita TV9), Aedy Ashraf, dan Hafeez Mikhail. Nasi Lemak Kopi O juga akan bersiaran secara langsung di tapak Raudhah Di Hatiku diikuti program-program yang menjadi nadi Raudhah di TV9 seperti Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah dan Halaqah bersama panel terkenal iaitu Ustaz Sharhan Shafie, Ustazah Asni Mansor, Ustazah Asma Husin, Ustaz Harryanto Rokman, Ustaz Safwan dan juga Ustaz Zamri Hasim (Timbalan Mufti Perak).

Projek Kufi Raudhah bakal diperkenalkan oleh Raudhah Di Hatiku pada edisi tahun ini sebagai salah satu aktiviti kebajikan untuk memperkenalkan seni Kufi. Tujuan Projek Kufi Raudhah ini adalah untuk memperkenalkan seni Kufi yang semakin mendapat perhatian masyarakat sekaligus memupuk amalan dalam menjaga keindahan dan kebersihan masjid.

Projek Kufi ini yang pertama akan dijalankan di masjid yang terpilih iaitu Masjid An-Nur Batu 8, Ulu Kinta oleh Persatuan Seni Khat Kufi Murabba’ dibantu oleh 30 orang sukarelawan daripada Majlis Belia Perak. Kelantan dan Kedah adalah lokasi seterusnya bagi jelajah Raudhah Di Hatiku 2014.

Berikut adalah senarai aktiviti sepanjang dua hari penganjuran Raudhah Di Hatiku di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak, Sabtu dan Ahad (26 & 27 April 2014) ini dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tayangan Premiere Filem The Other Woman Anjuran Budiey.com

Dayang Nurfaizah Meriahkan Festival Tasik Kenyir 2014