in

Raqib Majid Perkenal Single Terbaru Bintang Syurga

Pada awal Oktober lalu, bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim ke 9 yang terkenal dengan lagu Luahan Rasa, Raqib Majid muncul dengan single hit terbarunya Bintang Syurga.

Untuk single terbaru ini, Raqib Majid telah bekerjasama dengan kumpulan nasyid remaja popular tanahair, UNIC. Ia adalah projek khas (CSR) bagi mengisi Tabung Kemanusiaan Mesir, Palestin, Syria & Rohingya.

Setelah menyepi selama 2 tahun, ini merupakan comeback dan laluan untuk memperkenalkan Raqib Majid yang kini sah bergelar artis di bawah label UNIC Records dan diuruskan oleh UNICDOTMY Pro Sdn Bhd.

Dalam kesibukan mempromosikan Bintang Syurga di media cetak juga elektronik, pemuda berusia 23 tahun ini juga sibuk memenuhi jemputan persembahan nyanyian juga tilawah Al- Quran.

Album istimewa Bintang Syurga yang mempunyai 4 track iaitu Bintang Syurga, Narration, Qunut Nazilah & Instrumental Bintang Syurga ini sudah boleh didapati secara online di www.unicmyshop.com , iTunes & Amazon.com

Secara umumnya, Bintang Syurga merupakan lagu yang dicipta oleh Bazli UNIC dan lirik oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan diterbitkan oleh syarikat rakaman, UNIC Records.

Muzik video Bintang Syurga akan dipertontonkan secara rasmi pada 1 November 2013.

Raqib Majid Perkenal Single Terbaru Bintang Syurga

Raqib Majid Perkenal Single Terbaru Bintang Syurga

Raqib Majid Perkenal Single Terbaru Bintang Syurga

Raqib Majid Perkenal Single Terbaru Bintang Syurga

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Safi Fair Beauty Kunci Keyakinan Anda

Kilafairy Berhijab Bercinta Dengan Amar Ashraf?