in ,

Rania Nama Islam Felixia Yeap

Memilih 3 Julai ini sebagai tarikh untuknya memeluk agama Islam, model Felixia Yeap mendedahkan memilih nama Rania sebagai nama barunya.

Felixia Yeap

Memetik kenyataan yang dikongsikan menerusi rancangan ‘Apa Kata Malaysia’ yang dikelolakan oleh Datuk Aznil Nawawi, nama itu dipilih selepas mendapat mimpi dan seterusnya mengkaji makna nama tersebut sebelum mengambil keputusan untuk menggunakannya.

Felixia turut menjelaskan dia memilih gabungan dua nama namun hanya mendedahkan salah satunya adalah ‘Rania’ yang membawa maksud ‘pemimpin yang mempesonakan’.

Budiey rasa media terlalu memperbesarkan tentang berita ini. Kalau terlalu over pun tak boleh jugakkan? Tapi baguslah, Felixia akan jadi muslimah tak lama lagi. Kita doakan yang terbaik untuk beliau.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharifah Aini Dimasukkan Ke Wad ICU Akibat Paru-Paru Berparut

Isu Pukul Isteri Awie Beri Keterangan Polis