in

Rancangan-Rancangan Terbaik Sempena Hari Natal di 8TV!

Rancangan-Rancangan Terbaik Sempena Hari Natal di 8TV!

Perayaan Hari Natal semakin tiba! Kemeriahan perayaan pastinya menjanjikan kemeriahan berpanjangan! Seiringan dengan itu, 8TV telah menyediakan rancangan menarik untuk anda seisi keluarga untuk memeriahkan lagi perayaan Hari Natal pada tahun ini.

Terdapat banyak program seperti acara anugerah, hiburan terbaik dan filem dari dalam dan luar negara yang akan menghiburkan anda pada percutian musim perayaan ini.

Tahun ini, jadikanlah 8TV sebagai sebahagian daripada tradisi Hari Natal baru anda dengan berkongsi kegembiraan dan keseronokan di rumah dengan menonton rancangan-rancangan yang menarik lagi istimewa.

2010 12th ANNUAL TEEN CHOICE AWARDS
Tarikh Siaran: 24 Disember 2010
Masa Siaran: 10.30PM – 12.30AM

Bolehkah anda merasakan kehadirannya? Adakah anda bersedia untuk berteriak sekuat hati? Dapatkan papan luncur anda dan bersedialah untuk meluncur ke Teen Choice Awards 2010 yang akan disiarkan oleh 8TV! 8TV bakal mempersembahkan anda sebuah rancangan anugerah yang terhebat!

Semuanya lebih besar dan menarik pada Teen Choice Awards tahun ini! Dengan hos Katy Perry yang menawan dan remaja bersemangat dari rancangan TV Glee, hanya yang terbaik dari kategori muzik, filem, sukan dan televisyen and adegan fesyen akan disiarkan! Dengan aksi mengasyikkan dari Katy Perry, Kevin Mchale, Cory Monteith, Mark Salling and Chris Colfer sebagai hos anda pada malam itu, pasti anda akan melekat di depan kaca tv anda! Oops, keseronokan tidak akan berakhir! Ditambah lagi dengan persembahahan dari Justin Bieber, Diddy dan banyak lagi! Pastikan mata anda pada skrin TV semasa celebriti kegemaran anda berkumpul untuk merayakan Teen Choice Awards!

Jangan melepaskan peluang untuk melihat barisan bintang-bintang pelakon dari Twilight dan Glee, barisan pelakon Pretty Little Liars dan banyak lagi yang semestinya mencerahkan hari anda!

Bersantailah anda di depan TV pada malam Hari Natal untuk rancangan anugerah yang anda tidak patut ketinggalan!

CHRISTMAS WITH AUBREY SUWITO AND FRIENDS
Tarikh Siaran: 25 Disember 2010
Masa Siaran: 12.30AM – 1.30AM
Jingle bells! Jingle bells! Jingle all the way! Tontonilah 8TV
kerana tidak ada cara yang lebih baik untuk anda menghabiskan Hari Natal anda! Komposer dan penerbit Aubrey Suwito yang memenangi banyak anugerah bersama-sama Aubrey Suwito & Friends membawakan semangat Hari Natal sempena perayaan ini!

Menarilah bersama-sama dengan lagu-lagu dari Aubrey Suwito dan kekuatan vocal dari Jaclyn Victor dan Juwita Suwito! Perayaan Natal anda tidak pernah kelihatan lebih baik dari ini! Dengan tune penuh jiwa dari Russel Curis akan mengusik naluri hati anda! Nikmatilah barisan pemuzik dan penyanyi tempatan semasa mereka menyanyikan lagu sambutan Hari Natal ini!

Marilah bersama-sama menghabiskan musim Natal dan membuat malam itu sebagai malam yang diingati! Tontonilah 8TV untuk menikmati waktu yang meriah!

5th FLYNIVERSARY
Tarikh Siaran: 25 Disember 2010
Masa Siaran: 12.15AM – 1.15AM
Adakah anda terlepas parti yang terhebat dari Fly Fm pada tahun ini? Jangan bimbang! 8TV membawakan yang terbaik dari parti tersebut terus ke rumah anda! Anda tidak salah dengar! 8TV membawakan anda Fly FM 5th Flyniversary kepada skrin TV anda!

Dihoskan oleh deejay-deejay kegemaran anda, anda juga berpeluang untuk menyaksikan kemunculan Flydol! Kumpulan Hujan juga akan menyemarakkan semangat anda di samping lagu-lagu rancak dari Mizz Nina yang pastinya akan membuat anda ingin berdansa!

Gandingan mantap barisan DJ antarabangsa -DJ Johan Gielen dan juga DJ tempatan LapSap dan DJ Goldfish, pastinya menjadikan ia rancangan terbaik untuk anda!

BUTTERFLY S (Part 1)
Tarikh Siaran : 26 Disember 2010
Masa Siaran : 10.00pm – 11.00pm

Dilahirkan dengan tanda lahir berbentuk rama-rama dan huruf S di belakang tapak tangannya, Ira merupakan mahasiswi berumur 20 tahun yang berkuasa psikik. Walaupun kebanyakan daripada kita mengharapkan mempunyai kuasa istimewa, Ira melihat kuasanya sebagai sesuatu kutukkan.

Semasa dia berumur 17 tahun, Ira telah mengembangkan kemampuan untuk membaca minda dan ini telah menyebabkan dia dikutuk sebagai seorang yang aneh. Selalu berseorangan kerana kuasanya, Ira telah membina sebuah dinding meliputi dirinya untuk menghalang semua penghinaan yang menyakitkan.

Tontonilah rancangan dari produksi tempatan ini yang lain dari yang lain, dan saksikan sat-saat cemas semasa Ira mengejar masa dan dia dapat meramal kematiannya. Apakah yang akan terjadi? Adakah dia akan terselamat? Anda perlu menonton untuk mengetahuinya!

“Untuk Hari Natal ini, kami di 8TV telah memilih rancangan hiburan terbaik untuk memastikan anda bergembira semasa musim perayaan ini!” kata Ms Lam Swee Kim, General Manager 8TV. Kim menambah. “Nantikan rancangan yang menarik sepanjang cuti ini hanya di 8TV!”

Anda juga boleh menonton 8TV di saluran 708 menerusi Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan harian, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Sesi Ramah Mesra Bersama Pelakon Drama Tiramisu

Rafflesia Taja Barang Kemas di Karpet Merah Anugerah Skrin 2010