in

RANCANGAN MENARIK SEMPENA DEEPAVALI 2009

Pesta Cahaya sentiasa dinanti-nantikan oleh mereka yang meraikannya! Seperti tahun kebiasaannya, Deepavali akan disambut dengan penuh warna dan keceriaan oleh semua rakyat Malaysia terutamanya penganut-penganut beragama Hindu. Kegembiraan Deepavali turut disambut dengan berkumpul bersama keluarga dan tetamu yang berkunjung sambil menonton rancangan-rancangan menarik yang bakal disajikan oleh TV3.

Bagi adik-adik cilik, jangan ketinggalan menonton kartun fantasi di slot Deepavali Kids Special berjudul Barbie Presents Thumbelina pada hari Sabtu, 17hb Oktober 2009, jam 10.30 pagi. Filem animasi CG ini mempunyai karakter-karakter magik dan pemandangan indah yang akan mencuit hati penonton-penonton kecil. Ia juga mempunyai berbagai-bagai mesej positif yang boleh diterap ke dalam diri kanak-kanak. Ceritanya mempunyai unsur-unsur alam sekitar di mana seorang perempuan telah mencuba menghalang ibubapanya daripada memusnahkan sebuah ladang yang indah untuk membina sebuah kilang. Sementara menanam pokok-pokok dengan sekumpulan kanak-kanak, Barbie terdengar kanak-kanak lain mentertawakan pokok kecil milik seorang daripada mereka. Barbie terus menceritakan kisah Thumbelina, seorang perempuan kecil yang boleh membuat perubahan yang besar. Thumbelina adalah salah seorang daripada kumpulan Twillerbees yang menetap di rumah magik disekelilingi alam sekitar yang indah.

Seluruh keluarga juga boleh bersantai dengan menonton filem Tamil di slot DEEPAVALI BLOCKBUSTER MOVIE, “Satham Podathey”, pada hari Sabtu, 17hb Oktober 2009, jam 2.00 petang. Kisah ini menceritakan tentang Banu yang sudah berkahwin dengan Rathnavelu. Dia merupakan pekerja di stesen keretapi dan seorang atlit yang aktif. Hidup mereka menjadi huru hara apabila Rathnavelu didiagnoskan dengan kemandulan oleh doktor. Apakah kesudahan kisah mereka? Filem menarik ini dibintangi oleh Prithiviraj, Padma Priya, Nitin Sathya dan Nazer.

Seterusnya, penonton setia TV3 juga akan dihiburkan dengan drama Deepavali Special berjudul Cahaya Deepavali pada jam 6.02 petang. Drama menyayat hati ini mengisahkan mengenai kehidupan gadis muda yang mempunyai minat yang mendalam terhadap seni kebudayaan sejak kecil lagi. Minatnya mendapat tentangan hebat daripada ibunya yang merupakan ibu tunggal dan juga kehidupannya yang miskin menghalangnya dari meneruskan impiannya itu. Kini, gadis ini telah pun membesar dan menjadi pelakon yang berjaya di Malaysia dan dikenali ramai dengan nama Kanchana Devi.

Drama yang berkonsepkan drama muzikal ini akan membawa penonton menghayati bagaimana sambutan Deepavali dari pandangan kaca mata beliau sejak dari kecil hinggalah perubahan yang dialaminya ketika menyambut Deepavali setelah dewasa. Drama ini memberikan pengajaran kepada penonton mengenai kepayahan seorang ibu membesarkan anaknya, pertalian persaudaraan, persahabatan di antara bangsa yang berbeza dan mengenai tradisi sambutan perayaan Deepavali itu sendiri. Cahaya Deepavali dibintangi oleh Kanchana Devi, Thasvita Devi, Sheela Pravina, Jason Chong dan Louisa Chong.

Khas untuk mereka yang meminati cerekarama, TV3 akan menghidangkan sebuah cerekarama “Cinderella Blues” pada jam 10.00 malam. Cerita hebat ini mengisahkan tentang Tok Ngah yang mempunyai harta yang banyak tetapi tiada pewaris. Perkahwinannya bersama arwah isteri selama 20 tahun tidak memberikan mereka zuriat. Kalau adapun cuma anak saudara, Johar iaitu anak arwah kakaknya. Kerana itu Tok Ngah sangat sayang dengan Lela, cucu angkatnya yang dibela dari umur 4 tahun dan sekarang Lela sudah berumur 17 tahun.

Setelah termenung berhari-hari memikirkannya, akhirnya Tok Ngah teringatkan Azhar, anak sulung Johar yang kini berumur 25 tahun. Ku Jenab begitu bangga apabila Azhar akhirnya berjaya memegang jawatan pengarah di syarikat milik orang Jepun. Ku Jenab juga sentiasa mengingatkan dirinya bahawa dia memiliki darah keturunan raja. Semenjak teringatkan harta Tok Ngah yang banyak itu, Jenab menyesal pula melarang Johar balik kampong kerana risau kalau-kalau harta itu jatuh ke tangan Lela.

Apabila Tok Ngah nazak, Jenab bergesas pulang ke kampung. Dia mula membayangkan harta tersebut bakal jadi miliknya. Akhirnya Tok Ngah membuka mulut. Tujuan dia memanggil Johar dan Ku Jenab balik adalah kerana ingin membincangkan pasal wasiat..Tok Ngah akan menyerahkan seluruh hartanya pada Azhar sekiranya Azhar bersetuju berkahwin dengan Lela, cucu angkat kesayangannya. Ikuti kesudahana Cerekarama ini yang dibintangi oleh Jalil Hamid, Sari Yanti, Ebby Yus, Didie Alias dan Awal Ashaari.

Manakala filem “The First $20 Million Is Always The Hard” dalam TV3 Cinema akan ditayangkan pada jam 12.30 tengahmalam. Filem hebat ini mengisahkan tentang Andy, seorang pekerja pemasaran berjaya yang telah berhenti dari tempat kerjanya kerana dia dapat merasakan dirinya tidak mempunyai nilai-nilai kerja yang telah diajar oleh bapanya. Dia kini sedang bekerja di sebuah syarikat penyelidikan terkenal, di mana dia telah bertemu dengan musuhnya yang telah menjadikan dia seorang sukarelawan untuk satu projek mustahil : Komputer Peribadi $99.

Dari sini, Andy hanya berjaya mengambil tiga lelaki daripada laboratori sebagai ahli baru, dan mereka adalah tiga lelaki yang agak pelik. Bersama-sama, mereka telah berjaya menghimpunkan sebuah komputer revolusi baru untuk harga $99, tetapi akhirnya mereka sendiri menjadi mangsa seorang pemodal berani dan juga musuh lama Andy dari laboratori penyelidikan itu. Bolehkah Andy dan rakan-rakan barunya mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi mereka? Saksikan filem hebat ini hanya di TV3. Lakonan hebat oleh Andy Garcia, Rosario Dawson, Jake Bussey dan Enrico Colantoni.

Bersempena hari penuh keceriaan ini juga, TV3 juga ingin menyeru agar seluruh rakyat Malaysia terus menerus memupuk semangat perpaduan kaum dan saling menghormati antara satu sama lain.

Selamat Menyambut Hari Deepavali dan Selamat menonton program terbaik dari TV3 istimewa sempena perayaan Deepavali!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Alpha Project Kenny Sia Funny Sexy

Payung Cloudy With A Chance Of Meatballs Di Pawagam GSC