Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Rancangan Khas Sempena Cuti Sekolah Jaguh Lasak



Rancangan Khas Sempena Cuti Sekolah : Jaguh Lasak, Mulai 8 Dis – 30 Dis 2008 setiap Isnin – Khamis Jam 4.00 hingga 4.30 Petang di RTM 2.

Cuti sekolah kembali lagi dengan pelbagai rancangan menarik bakal disiarkan di kaca TV anda khas untuk tontonan kanak-kanak sempena musim cuti sekolah ini. Kali ini, RTM  akan menyiarkan sebuah program berbentuk realiti untuk golongan remaja. Jaguh Lasak merupakan rancangan majalah yang bercorak realiti terbitan Q-Plex Communication Sdn.Bhd. memaparkan ketabahan, kegigihan dan ujian minda bagi golongan remaja yang membabitkan usia lingkungan 17 hingga 21 tahun dalam menghadapi pelbagai rintangan dalam mencapai gelaran juara.

Jaguh Lasak bakal bersiaran selama setengah jam di RTM 2 pada 8 Disember hingga 30 Disember 2008  iaitu setiap hari Isnin hingga Khamis mulai jam 4.00 petang hingga 4.30 petang.

Program yang menyiarkan sebanyak 13 episod ini turut memaparkan keindahan dan panorama yang mengagumkan dengan kehijauan hutan-hutan tropika, pasir pantai yang memutih serta deruan air sungai yang deras. Program realiti Jaguh Lasak ini bermula dengan pemilihan dua belas peserta yang akan bertanding untuk merebut juara paling lasak sama ada dari segi minda dan juga fizikal.

Peserta yang terpilih terdiri daripada pelbagai latarbelakang, pendidikan, agama, gaya hidup dan sebagainya. Kedua belas peserta yang terdiri daripada enam lelaki dan enam perempuan akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Cengal, Meranti dan Jati.

Setiap kumpulan mempunyai empat peserta iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Peserta kemudiannya akan dibawa ke tempat pertandingan di sebuah lokasi yang dirahsiakan. Dalam setiap episod, dua belas peserta akan diberikan penerangan dan penjelasan mengenai peraturan pertandingan realiti yang dijelaskan oleh  seorang pengacara berbakat  iaitu Wan Ellyas Abdullah.

Setiap epispod dalam Jaguh Lasak menyajikan adegan peserta melalui pelbagai halangan dan rintangan yang sukar dan lasak bagi menguji kekuatan fizikal dan mental peserta. Halangan yang diwujudkan memerlukan peserta merentas hutan tebal, berenang di tasik, mendaki bukit yang licin, mengangkat bebanan yang berat dan sebagainya.

Dalam episod tertentu, kumpulan yang menduduki tempat ketiga dikenakan penalti iaitu merehatkan ahlinya untuk bertarung dalam satu episod seterusnya. Pemenang di dalam setiap episod akan menerima hadiah ganjaran berupa barangan bernilai seribu ringgit.

Persaingan antara tiga kumpulan tersebut telah menyebabkan kedudukan tempat pertama silih bertukar ganti.

Markah yang diperolehi oleh setiap kumpulan akan dibawa ke episod seterusnya sehinggalah kepada episod 13 iaitu episod terakhir.  Kumpulan yang manakah bakal menjuarai dalam episod terakhir ?

Saksikanlah Jaguh Lasak yang bersiaran pada 8 Disember  hingga 30 Disember 2008 mulai jam 4.00 hingga 4.30 petang  di RTM 2. Sebuah rancangan yang megubah corak pemikiran, membangkitkan semangat  setiakawan, semangat  jati diri dan menguji ketahanan fizikal dan mental menerusi cabaran-cabaran yang dilontarkan kepada mereka.

Pastikan anda meluangkan musim cuti sekolah anda dengan menonton rancangan menarik sepanjang bulan November ini di RTM 2.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Promosi Cuti Sekolah Menara Kuala Lumpur
  • Filem Akeelah and The Bee di TV2
  • Kisah Budak KL Masuk Kampung
  • Peraduan Terbaik Cuti Sekolah TV3
  • Senarai Peserta Program Realiti Badminton Jaguh TV9
  • Planet Seni Hiburan Lasak di Muzik Aktif
  • RTM Sedia 63 Rancangan Khas Menarik Sepanjang Ramadan
  • Filem RATATOUILLE Khas Cuti Sekolah Ini
  • Kong : Return To The Jungle Dragon Metal Ages Kiddo The Super Truck di RTM
  • WAHID SENARIO DALAM TABIR HIDAYAHMU



    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      Bila cuti sekolah?

    • mello

      da cuti la…..

    • chenta

      mane siaran jaguh lasak?
      tak de pon..

    • Jawa

      Adakah brita ini bnar atau palsu?
      sy da tnggu tp rncangan tiada.
      maklumat apa ni?

    • http://- Nur Afiqah Bt Hasan Ganny

      saya sangat berminat untuk menyertai jaguh lasak ini . ade tak peluang untuk saya mnyertai nya lagi pade episod akan datang ? sy ber umur 17 tahun ini . pernah mendaki gunung kinabalu sehingga ke puncak . harap harap comment saya ini mendpat balasan

    • farris izzuddin bin mat jah

      salam, sya begitu meminati sukan dan aktiviti lasak,pernah mendaki gunung dan mempunyai hobi brjoging dan bermain skiping..diharap ad pihak yang dapt memberi tahu bagaimana untuk memasuki rancangan ini..sebarang maklumat adalah dialu-alukan…sye berumur 20 thn..trima kasih..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK