in

Rancang Percutian Akhir Tahun Dengan Tawaran Hebat AirAsia!

Rancang percutian akhir tahun? Rebutlah peluang untuk mendapatkan tambang rendah melalui Promosi Akhir Tahun AirAsia!

Nikmati tambang serendah dari RM39* ke destinasi seperti dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Sihanoukville, Luang Prabang, Pattaya, Shantou, Kalibo (Boracay), Visakhapatnam, serta dari RM79* dari Kuching ke Langkawi dan Pontianak, juga serendah dari RM169* dari Johor bahru ke Macau dan Kolkata melalui penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK). Tetamu yang terbang melalui penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7) pula boleh menikmati tambang dari RM279* dari Kuala Lumpur ke Perth, Taipei and Shanghai serta ke pelbagai destinasi lain meliputi lebih 120 destinasi di Asia, Australia, dan New Zealand, Timur Tengah dan Amerika Syarikat. Para tetamu juga boleh menikmati Premium Flatbed AirAsia X yang telah mendapat pelbagai pengiktirafan dari RM699* dari Kuala Lumpur ke Perth, Taipei, dan banyak lagi.

BM - AA YES 2017

Tempah dari 2 Oktober 2017 (0001h GMT +8) hingga 15 Oktober 2017 (2400 GMT +8) untuk tempoh perjalanan dari 2 Oktober 2017 hingga 31 Mac 2018 di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia untuk menikmati tawaran ini.

Siegtraund Teh, Ketua Komersial Kumpulan AirAsia berkata, “Kami ingin meraikan akhir tahun ini dengan lebih hebat, dan sambutan ini tidak lengkap tanpa Promosi Akhir Tahun kami. Tawaran ini untuk semua yang masih belum menempah percutian akhir tahun mereka, atau untuk semua yang merancang percutian pada awal tahun hadapan.”

Para tetamu juga boleh menikmati penerbangan penuh faedah dengan menempah Pek Nilai yang kini disertakan dengan insurans perjalanan. Pek tersebut disertakan dengan 20kg bagasi berdaftar, hidangan percuma, pilihan tempat duduk biasa, serta insurans perlindungan perjalanan yang merangkumi Jaminan 1 Jam Tepat Masa dan Kelewatan Bagasi**.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

**Tambang asas untuk perjalanan sehala tidak termasuk cukai dan yuran. Tertakluk kepada terma dan syarat.

**Perlindungan Perjalanan Tune – AirAsia boleh didapati dengan rakan insurans tempatan bergantung kepada negara pelepasan pertama anda. Insurans perjalanan ini hanya boleh didapati untuk penerbangan terpilih, merangkumi Jaminan 1 Jam Tepat Masa dan perlindungan Kelewatan Bagasi.

Para tetamu yang terbang bersama anak-anak mereka juga boleh membuat pra-tempahan bagi hidanganbaharu edisi terhad Ejen Ali Lil’ Star Combo
dengan hanya RM10 untuk penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) dan RM15 untuk penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7) di airasia.com.

Hidangan kombo ini menyajikan piza ayam mini, minuman dan snek istimewa yang bukan sahaja menyelerakan malah menceriakan pengalaman perjalanan anak-anak anda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey – Filem TOKYO GHOUL

Living the High Life at the Ritz-Carlton Jakarta, Mega Kuningan