Ramli MS Pengetua Akademi Fantasia Musim ke-6
Tahniah kapada bekas pengetua AF musim ke-2, Ramli MS kerana dilantik sekali lagi menjadi pengetua Akademi Fantasia ke-6. Kali kedua dilantik menjadi peneraju AF, sudah tentu Ramli MS masak dan sudah ada apa yang mahu diperbaharui dalam memastikan mutu akademik, disiplin dan persembahan pelajar sepanjang 10 minggu bersiaran. Ingat lagi dengan peristiwa di mana Mas pernah dimarahi oleh komposer popular ini sehingga peristiwa melontar pen ini menjadi sebutan dan melekat di memori peminat. Ingat lagi, komentar pedas yang menjadi trademarknya ”pitching lari ke laut”, dan untuk musim ini, Budiey sangat menantikan apa lagi drama yang akan berlaku. Dan paling menyeronokkan apabila mendapat tahu bahawa Astro telah membuka peluang kepada individu yang berusia 18 hingga 45 tahun. Sebelum ini, had umur untuk masuk AF ialah 27 tahun saja.
Wah… kakak-kakak, abang-abang, pakcik dan makcik pun boleh menyertai AF musim ini? Bagaimana agaknya keadaannya, ya? Mungkin ini satu usaha untuk mewujudkan BIG famili AF di mana akan ada yang akan jadi ibu dan bapa kepada pelajar yang muda. Dan dalam masa yang sama mereka bertarung untuk merebut juara AF. Sudah tentu akan wujudnya satu drama yang baru di AF.
Bagi pihak Astro, usia tidak menjadi isu utama kerana Astro lebih menitik beratkan syarat lain seperti individu yang mahu menyertai AF tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman. Astro mahu memberikan suntikan variety dan kepelbagaian.

Technorati Tags: akademi fantasia 6, pelajar baru af6, gambar student baru af6, cikgu af6, peserta af6, ujibakat af6
Tags: Akademi Fantasia, Ramli MS, akademi fantasia 6, cikgu af6, gambar student baru af6, pelajar baru af6, peserta af6, ujibakat af6Baca artikel lain yang berkaitan:


















January 8th, 2008 at 8:38 am
aku sokong sgt ramli ms jd pengetua….nie br pengetua,nanti pljar tklah mengada2….tahu mcmana nak jd penyayi
January 8th, 2008 at 8:40 am
moga2 af6 nanti best mcm af2…tk der yg hampeh…go ramli go…
January 8th, 2008 at 12:33 pm
budiey, mazen nak ikut r ujibakat af ni. tapi tak tau nak nyanyi lagu ape. lagipun mampu ker mazen nyanyi. he heee….mcm tak layak jew…
January 8th, 2008 at 1:17 pm
erm, sape tenaga pengajar?
January 8th, 2008 at 8:17 pm
perghh ingatkan af tak dilanjutkan
January 9th, 2008 at 1:11 am
Baca kat paper tadi dia nak cari penyanyi yang punyai suara anugerah dari tuhan,
so suara2 macam Dafi dan bajet hensem je hentikan lah niat korang tuh, siap sedia la dengan balingan pen maut dan kutukan ke laut
January 9th, 2008 at 7:54 am
die ni garang .. hehe..
January 9th, 2008 at 3:03 pm
kalau garang lagi bagus..
biaq berbaloi jadi pelajar AF turr..
tak gitu..??
January 9th, 2008 at 3:29 pm
hai….teruja juga dengar mengenai tahap umur ni.mcm ni la baru best!…tapi…..x tua sangat ke?he..he..he….
January 10th, 2008 at 2:25 pm
wanie agree bagt ramli ms jd pengetua..baru mantap vokal2 student af.!!wanie pun xkan lepaskan peluang utk jd peserta af6 ni!!!!semangat baru azam baru dlm af6!!
January 12th, 2008 at 2:14 pm
aku nk pegila ujibakat nih..
January 12th, 2008 at 9:09 pm
Had umur ni rasanya satu kelonggaran. Yang dah bercucu-cicit pun masih blh ikut ujibakat..
January 13th, 2008 at 12:02 am
klu ramli ms jdi cikgu,ha…phm2 jek lah..bukak tlnga,ttp mlut dan jga terkencing tau..
January 15th, 2008 at 8:09 am
Knp mesti umur dilanjutkan dalam AF6 ini? tak sesuai lah. Buatlah pembaharuan lain. Sepatutnya umur 40 keatas ajak memasuki Akedemi Al-Quran bukan nyayian wahai insan.
February 28th, 2008 at 1:31 pm
BAIK PILIHAN YANG TEPAT
March 5th, 2008 at 1:37 pm
Aku setuju sangat kalau Ramli MS jadi pengetua AF…, Tak kira lah AF6 ke…, AF berapa ke….!!!, Ramli MS memang tegas dan serious…., Pendapat aku… itulah krateria yangmesti ada pada seseorang yang bergelar “PENGETUA”.., walau pun Ramli MS tegas…. kita perlu ingat yang dia inginkan pelajar2 nya benar-benar faham apakah yang dikatakan penyanyi……, sekurang-kurangnya mereka dapat melalui dan merasakan betapa seksanya untuk menjadi seorang penghibur….. so…. jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan oleh pihak Astro ini…, “Syabas Astro”… keep up the good work…..!!!.
May 30th, 2008 at 12:53 pm
kalau boleh kekalkan pengetua hensem Ramli ms dalam af7…. kalau ada le. bukan apa, walaupun undian menurun tp af6 menjadi sebutan, sana sini org bercerita tentang nya.. yg paling membanggakan si juara berada di kelas yg tersendiri. tp yg tak bestnye, pemilihan para pelajar, kalau boleh, kekalkan had umur dan belum berkahwin menjadi trendmark AF. baru seronok menonton AF. tarikan utama dlm af6 ialah pengetuanye.. dalam tegas dia menarik.
May 30th, 2008 at 4:10 pm
hehe… Ramli MS memang layak jadi PENGETUA untuk semua AF… dia ada kredibiliti dan professional… sangat tegas tapi berjiwa lembut… Astro should think bout it… untuk AF yg mendatang, ambil Ramli MS jer jadi Pengetua… he deserve it!!!
September 7th, 2008 at 3:47 pm
halloww…
tahniah kepada stacy
kenapa af6 kali nie xbest??
tak ada kezutan??
kenapa aznil x jd pengacara??
tapi apa-apa pun saya enjoy ngan af kali nie..