Ramalan Anugerah Planet Muzik 2007
Pada 8 Jun (Jumaat) ini, Stadium Tertutup Singapura akan menjadi lokasi bagi penggiat seni muzik 3 negara berhimpun dalam Anugerah Planet Muzik 2007. Sebagaimana yang kita sedia maklum, daripada 420 jumlah penyertaan keseluruhan, Malaysia hanya diwakili 66 penyertaan sedangkan Singapura yang industri seninya lebih kecil masih berani bersaing dengan 120 pencalonan. Indonesia pula dengan 274 penyertaan. Bagi Malaysia, ini sesuatu yang memalukan kerana pencalonan artis kita semakin susut dari tahun ke tahun.
Kenapa ini boleh berlaku? Ada yang kata, syarikat rakaman dan artis boikot APM. Ada yang kata, sebab terlalu banyak persaingan antara album Indonesia yang semakin mengganas di bumi Malaysia. Sedangkan kita tengok, album tempatan semakin susut diterbitkan. Nak harap album kompilasi je…. mana boleh, kan? APM 2004, kita hantar 100 pencalonan. 2005 kita hantar 65 pencalonan. Merosot banyak sehingga 50 peratus tu, you all. Kemudian tahun lepas (2006) Malaysia hantar 63 pencalonan. Sedih! Indonesia jugak yang menang.
Saya menerima banyak komentar dari orang Indonesia di entri ini. Nasib baik tak jadi perang je… meletop gak la baca komentar diorang ni. Harap isu kecil ini tidak diperbesarkan.
Ramalan ini hanya main-main sahaja. Saya pilih sambil pejam mata je. Dahlah banyak artis Singapura yang saya tak tahu… pakai belasah je… Apa-apa je! (buat mimik muka macam Adi Rahman & Nirina Zubir)
p/s: Nak tengok apa lagi lawak dari hos Aznil dan hos dari negara lain… Haha… yang tentu, Siti jadi mangsa lagi ke kali ni?

Artis Lelaki Baru Terbaik: Irwansyah - OST Heart
Artis Wanita Baru Terbaik: Acha Septriasa - Heart
Duo/Kumpulan Baru Terbaik: Nidji - Breakthru
Artis Lelaki Terbaik: M Nasir - Sang Pencinta
Artis Wanita Terbaik: Siti Nurhaliza -Transkripsi
Duo/Kumpulan Terbaik: Dewa 19 - Republik Cinta
Lagu Terbaik: Biarlah Rahsia (Siti Nurhaliza)
Album Terbaik: Transkripsi - Siti Nurhaliza
Lagu Terbaik Singapura: Sombong - Taufik Batisah
Artis Terbaik Singapura: Bhumiband
Album Terbaik Singapura: Konspirasi Dunia - Bhumiband
Artis Lelaki Paling Popular: Mawi
Artis Wanita Paling Popular: Siti Nurhaliza
Kumpulan Paling Popular: Dewa 19
Lagu Paling Popular: My Heart - Irwansyah & Acha Septriasa
Selamat maju jaya untuk Datuk Siti Nurhaliza… dan semua penyanyi lain yang bertanding.
Technorati Tags: Anugerah Planet Muzik, Singapura, Indonesia, Siti Nurhaliza, Adibah Nor, Dewa 19, Mawi
Tags: Anugerah Planet Muzik, Adibah Nor, Dewa 19, Indonesia, Mawi, Singapura, Siti NurhalizaBaca artikel lain yang berkaitan:









June 14th, 2007 at 12:45 pm
mungkinnnnnnn yang nanti bakalan menang NIDJI,,,indonesian people luph NIDJI,,, n everybody luph NIDJI,,, coZ gue nidjiholic,,,gue seneng banget sama gaya nyanyi mereka,, anak muda banget,,,truz kalo loe smua mau jadi nidjiholic gampang lansung daftar aja di web,,nya nijiholic
dan harapan gue APM bisa tampil di indonesia,,,,dan di tayangin live di stasiun TV indonesia,,,,buat tahun- tahun mendatang gue harap goodnight electric bisa jadi nominasi,,,,n buat kalian smua kalo penasaran sama goodnight electric beli aja cd nya,,,gue jamin loe langsung suka sama band yang lagi di sukain sama anak muda indonesia yang lagi ngetrend bergaya retro n back 2 ‘80,,,,oke
be successs!!!!!!!!chayo indonesia