in

Ramai Tak Percaya Vikingdom Kutip RM10Juta Sebelum Tayangan

Di laman media sosial ketika ini, Budiey dapati ramai yang terkejut dan tak percaya apabila KRU Studios memberitahu mereka telah berjaya menjana pulangan sebanyak RM10 juta menerusi filem Vikingdom: The Blood Eclipse sebelum ia ditayangkan di seluruh negara bermula 12 September 2013. Bunyi agak pelik dan ramai tertanya macamana KRU Studios sudah boleh dapat pulangan sebelum tarikh tayangan.

Menurut pengarah filem Vikingdom, Yusry Abdul Halim, jumlah itu adalah hasil daripada penjualan hak pengedaran filem berkenaan di Amerika Syarikat termasuk di 10 buah negara lain.

“Vikingdom mula menjana pendapatan sebelum ia ditayangkan apabila ada beberapa pihak berminat untuk mengedarkan filem ini untuk pasaran antarabangsa. Malah pihak Universal Pictures juga bersetuju untuk menjadi pengedar di negara termasuk United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark dan Brazil.”

Filem yang dihasilkan sepenuhnya di Malaysia itu menelan kos sebanyak RM20 juta dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan. Filem yang mengetengahkan pelakon luar negara ini bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 4 Oktober depan dan membariskan pelakon seperti Dominic Purcell, Conan Stevens dan Natassia Malthe.

Dalam pada itu, Yusry berkata, rakyat Malaysia perlu berbangga dengan penghasilan filem berkenaan kerana ia dihasilkan sepenuhnya oleh tenaga produksi tempatan walaupun membariskan pelakon luar negara.

Malah Yusry menyifatkan Vikingdom sebagai permulaan baharu terhadap industri perfileman di Malaysia.

“Apabila kami memulakan projek berkenaan dan sedar tentang semua cabaran yang harus dihadapi. Bagaimanapun semua pihak yang terlibat berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menjadikan projek ini satu realiti.”

Filem tersebut menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, Puncak Alam, Selangor, Gua Tempurung dan Kellie’s Castle di Perak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dina Nadzir Menang Anugerah di Unsigned Only Music 2013

Drama Bersiri Langit Yang Sama Lakonan Khir Rahman