in

RAKU Tawarkan Pengalaman Penstriman Muzik & Radio Berciri Tempatan

Peminat radio dan musik tempatan kini boleh menikmati perkhidmatan penstriman muzik dan radio Malaysia yang tersendiri menerusi telefon pintar, tablet dan komputer peribadi mereka menerusi RAKU. RAKU terdapat dalam dua versi; Percuma dan Premium. Semua rakyat Malaysia boleh menghayati RAKU secara percuma dan mendapat akses kepada jutaan lagu-lagu antarabangsa dan tempatan, podcast, dan kandungan berciri tempatan seperti komedi, berita, sukan dan laporan trafik terkini di mana jua, pada bila-bila masa.

Raku

Rakyat Malaysia kini boleh strimkan jutaan lagu, video serta menikmati lebih daripada 20 stesen radio dan podcast secara langsung. Mereka boleh mendengar stesen radio kegemaran mereka, dan juga nikmati senarai lagu-lagu kegemaran artis, kugiran dan selebriti tempatan. Jadi pendengar bukan sahaja boleh dengarkan suara Yuna, mereka juga boleh tahu Yuna sedang mendengar lagu apa! Bagi memudahkan pencinta muzik yang gemar mendengar muzik dan rancangan bual bicara menerusi peranti pintar mereka, app tersebut akan menampilkan maklumat terkini berkaitan komuniti tempatan seperti berita, laporan trafik serta sukan. RAKU memiliki paparan antara muka berciri tempatan dan terdapat dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Pengguna yang inginkan lebih banyak fungsi tambahan boleh melanggan RAKU Premium. RAKU Premium hadir dengan pelbagai ciri-ciri inovatif seperti akses tanpa had kepada jutaan lagu daripada katalog muzik yang luas, senarai lagu yang boleh diubahsuai, radio atas-permintaan, dan pelbagai tambahan istimewa lain seperti kemudahan muat turun muzik ke dalam peranti mereka sewaktu berada di luar talian. Dengan akses Premium, mereka boleh mencipta stesen radio dan senarai lagu kegemaran mereka sendiri dan berkongsi senarai peribadi mereka dengan rakan-rakan di media sosial. RAKU Premium boleh dimiliki dengan harga RM14.90 setiap bulan menerusi raku.my dan Android serta USD5.99 di Apple App Store.

Antara artis-artis tempatan yang sudah memiliki senarai lagu kegemaran di dalam RAKU ialah Noh Salleh, Tres Empre, Bittersweet, Enterprise, Man Bai, Alleycats, Dasha Logan dan banyak lagi kugiran indie seperti Paper Plane Pursuit, Pop Shuvit dan Bunkface. DJ tempatan dengan senarai lagu di dalam perkhidmatan penstriman radio antaranya ialah Ean, Jin dan RD (hitz), Haniff dan Hani (Era), Jack Lim (MY FM) dan Aanantha (THR Raaga).

Raku

Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata, “RAKU direkabentuk untuk pendengar Malaysia kerana ia membolehkan pengguna memilih bahasa kesukaan bagi paparan antara muka, dan kemudian mencipta dan mengolah stesen radio mereka sendiri, dengan campuran muzik dan lain-lain kandungan pilihan mereka.

Di pelancaran tersebut, RAKU turut mengalu-alukan DIGI sebagai rakan iklan premier pertamanya. Praveen Rajan, Ketua Perkhidmatan Digital Digi berkata, “Di Digi, kami sentiasa berusaha bagi memberikan pelbagai jenis perkhidmatan yang menarik kepada para pelanggan kami untuk menepati cita rasa dan gaya hidup mereka yang berbeza-beza. Kami gembira menjadi rakan Raku kerana ianya selari dengan objektif jenama Digi Live untuk menawarkan kandungan hiburan paling terkini dan berinspirasi di samping inovasi perkhidmatan digital terkini kepada pelanggan kami. Kini pelanggan yang mendengar hitz fm, ERA fm dan MY FM boleh menikmati strim tanpa had menerusi tawaran terkini kami, pas Digi Music Freedom.”

Jake Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, berkata, “Saya gembira kerana RAKU berupaya mengukuhkan komitmen untuk menyokong artis dan kugiran indie Malaysia dengan menawarkan satu cara terkini untuk berhubung dengan peminat mereka, bukan sahaja menerusi rakaman muzik, tetapi juga persembahan secara langsung mereka. Para pendengar kini boleh menikmati aksi ‘live’ tanpa perlu berada di tempat persembahan itu sendiri.”

RAKU boleh dimuat turun menerusi web di raku.my sementara app RAKU boleh didapati di iTunes Store dan Google Play.

Petikan daripada Lima Artis Terkemuka

“Akhirnya app muzik untuk Industri Muzik Malaysia” kata Dato David Arumugam, Alleycats

“Kami tidak sabar-sabar menggunakan app ini untuk memperkenalkan artis tempatan kegemaran kami kepada para peminat kami!” kata John O, Paperplane Pursuit

“Kami rasa RAKU akan menjadi platform terbaik untuk ramai pemuzik di luar sana” kata Bunkface

“App Raku pasti akan menjadi platform terbaik untuk pemuzik tempatan mempamerkan bakat mereka dan mendekatkan diri mereka kepada lebih ramai peminat” kata Yuna

“Bagi merapatkan diri dengan peminat, perlu ada medium dan saya rasa RAKU akan menjadi perantara untuk artis tempatan menjangkau lebih ramai peminat” kata Bil Musa (Artis di bawah naungan Yuna Room Records)

“Raku, boleh awak jadi dj?” kata Enterprise (Artis di bawah naungan Yuna Room Records)

“Dengan RAKU, kuasa untuk memilih dan mencipta senarai lagu unggul di tangan pengguna akhir, iaitu KITA! Selain daripada itu, app ini akan menjadi platform terbilang buat kugiran dan pemuzik tempatan untuk menjadikan muzik mereka lebih mudah untuk dicapai oleh para pendengar dan peminat muzik di luar sana” kata Pop Shuvit

Petikan daripada Syarikat Muzik:
“Warner Music sangat teruja untuk meneruskan hubungan jangka panjangnya dengan Astro Radio menerusi Raku. Kini, Malaysia sudah miliki suaranya sendiri di ruang hiburan audio digital!” kata Warner Music

“Kami ucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelancaran Raku,” kata One Stop Music (OSM) Berhad

“Kami yang menceburkan diri dalam bidang muzik ini berpendapat Malaysia memiliki ramai pemuzik berbakat. Artis tempatan dan meningkat naik perlukan suara dan platform untuk melancarkan diri mereka sendiri dan Raku sangat sesuai untuk menjadi sebegitu! Kami sangat teruja dengan perkhidmatan ini dan tidak sabar untuk berkerjasama rapat dengan kumpulan Raku dalam bulan yang akan mendatang ini bagi menyemarakkan semula industri muzik Malaysia”, kata Sony Music Malaysia

“Kami sangat teruja dengan pelancaran Raku dan sangat gembira dengan bantuan yang diberikan oleh perkhidmatan ini untuk memperkenalkan bakat dan muzik tempatan. Kami menantikan saat perkhidmatan ini mengukuhkan hubungan di antara komposer, penulis lirik, penerbit dengan artis dan pemuzik. Raku boleh menjadi arus perubahan”, kata MACP

“Kami di Universal Music Malaysia sangat menggalakkan perkhidmatan muzik digital, dan RAKU sebagai produk tempatan membuatkan ia lebih menarik lagi. Saya yakin dengan impian di sebalik RAKU dan peluang yang bakal hadir untuk menyemarakkan industri kandungan dan kreatif”. kata Universal Music Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV2 Siar Drama Bersiri Inggeris CRISIS

AirAsia Dapat Anugerah Sektor Integrasi Keutamaan Dalam Penerbangan