in ,

Rakaman Program Raya SEDETIK MUZIK

Khas buat seluruh peminat muzik Evergreen tanahair, TV3 bakal membawakan kepada anda sebuah konsert mini istimewa “SEDETIK MUZIK” yang akan bersiaran pada bulan Syawal nanti.

Konsert yang akan berlangsung selama 60 minit ini diwarnai oleh persembahan memukau artis terkenal senior dan ditemani bakat-bakat baru yang akan mendendangkan lagu-lagu hits dan popular yang akan menjadikan sambutan Aidilfitri kali ini lebih meriah.

Dihoskan oleh Fara Fauzana, konsert ini menggandingkan 5 orang artis dari 2 generasi lama dan baru! “SEDETIK MUZIK” menampilkan nama-nama yang bakal mengegarkan pentas seperti Shila Amzah, Azlan & The Typewriter, Datuk M. Nasir, Datuk Khadijah Ibrahim dan Black.

Kalau mahu ke program raya TV3 “SEDETIK MUZIK” korang boleh hadir di rakaman yang akan berlangsung pada:

Hari/Tarikh :  24 Julai 2011 (Ahad)

Waktu :  8.00 malam (Rakaman bermula pada jam 8.30malam)

Tempat  : Sri Pentas 2, Tingkat 5, Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Fara Fauzana

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia X Records Second Consecutive 56% Growth

Platun Harimau Perangi Komunis Di TV2