in

Rakaman Program Raya Astro WARNA RAYA

Ramadan bakal tiba beberapa hari lagi. Lepas berpuasa, seperti biasalah Syawal bakal menjengah pula. Semua stesen TV sekarang berlumba-lumba buat program yang meletop. Seperti juga pihak Astro Warna tidak mahu ketinggalan dalam membariskan program-program hebat untuk tontonan sekeluarga sewaktu musim perayaan nanti. Terbaru, kami bawakan pula sebuah program menarik berjudul “Warna Raya” yang bakal dirakamkan tidak lama lagi.

Program Warna Raya bakal menghimpunkan barisan pelawak terkenal tanah air yang pernah terlibat dengan program-program lawak di Astro Warna iaitu Raja Lawak, Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega. Barisan artis yang bakal terlibat dengan rakaman ini adalah Kumpulan Boboi, Kumpulan Sepahtu, Nabil, Kumpulan Osbon, AC Mizal, Kumpulan Jambu, Kumpulan R2 & Kumpulan Pimai.

Sesi Rakaman Program “Warna Raya” akan diadakan pada 18 Julai 2012 (Rabu), di Studio Finas, Jalan Ulu Klang.

Rakaman Program Raya Astro WARNA RAYA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kem Unicnya Ramadhan Kali Ke 3 Bersama UNIC

Corat Coret Sekitar Sidang Media Justin Bieber