in

Rakaman Program Dentum Raya RTM Tahun Ini Meriah

[dropcap]M[/dropcap]eriah. Begitulah gambaran yang dapat diungkapkan apabila Auditorium Perdana, Angkasapuri dipenuhi dengan penonton yang hadir menyaksikan rakaman program Dentum Raya, Sabtu lalu. Malah suasana turut digamatkan dengan tepukan penonton yang rata-rata segak dan cantik dengan penampilan berbaju kurung dan baju Melayu yang memeriahkan rakaman program Aidilfitri RTM yang pertama untuk tahun ini.

Tom nyanyi lagu Redha

Menariknya warna-warni persembahan berjaya menghimpunkan lima kumpulan muzik yang pernah dinobatkan sebagai juara dan juga finalis dalam Pertandingan Rentak Juara terbitan RTM terdiri daripada NRG – Naib Juara ‘Rentak Juara’ tahun 2004, Fenomena – Johan ‘Rentak Juara’ tahun 2006, Aisunam – Johan ‘Rentak Juara’ tahun 2008, E6 – Johan ‘Rentak Juara’ tahun 2010 dan Alternature – finalis ‘Rentak Juara’ 2010 di samping lima artis wanita yang turut sama diundang membuat persembahan bersama mereka, Ernie Zakri (Juara Bintang RTM), Puteri Caroline (Juara Mentor), Rina Azhar (Juara Bintang RTM), Tasha Manshahar (YouTube) dan Tom (Juara My Star LG).

[pullquote align=”right”]Dentum Raya : Rakaman Program Raya Pertama RTM Tahun Ini Tarik Penonton Penuhi Auditorium Perdana, Angkasapuri[/pullquote]

Meskipun rakaman berlangsung hingga lewat pagi, namun penonton tetap setia di tempat duduk masing-masing dan terhibur dengan program berkonsepkan rumah terbuka dalam bentuk konsert di mana setiap kumpulan Rentak Juara ini bergabung dalam satu kumpulan muzik untuk menyampaikan lagu-lagu mengikut genre dan gaya kreativiti masing-masing.

Bergandingan di atas satu pentas yang sama, kumpulan muzik ini mempamerkan bakat masing-masing dalam mempersembahkan pelbagai genre lagu termasuk rock, pop, indie dan juga himpunan lagu-lagu raya.
Medley lagu Balada Pemuzik Jalanan / Hati Emas dan Rentak Sang Juara menggabungkan NRG, Fenomena, Aisunam, E6 dan Alternature menggamatkan suasana auditorium apatahlagi penonton yang hadir turut sama menyanyikan lagu popular Search dan Kembara tersebut.

Persembahan dimulakan dengan kumpulan NRG yang mengambil tempat menghiburkan penonton dengan lagu Nakal yang dipopularkan oleh kumpulan Gigi berasal dari Indonesia. Kemudiannya diteruskan dengan persembahan lagu duet NRG dengan artis undangannya, Ernie yang menyampaikan lagu Seloka Hari Raya dan Selamat Hari Raya. Ernie yang manis berkurung moden pink turut menghiburkan peminat setianya dengan lagu balada bertajuk Pandangan Bererti. Sebelum mengakhiri persembahan, NRG muncul sekali lagi mendendangkan lagu mereka sendiri, Kalut Sehari yang dijangka menjadi siulan ramai.

Menariknya kelainan yang cuba ditonjolkan Dentum Raya di mana penonton dapat menyaksikan sendiri gelagat artis-artis rockers ini dalam pertandingan kopek kelapa yang disertai oleh ahli kumpulan NRG, Anthum, E6, Alternature dan Brownies. Penonton terhibur dengan aksi bersahaja mereka cuba mengopek tiga biji kelapa dengan peserta diwajibkan memakai topi keledar dan goggles. Namun kemenangan nyata berpihak kepada ahli kumpulan Alternature.

Kepada pengikut setia Rentak Juara pastinya masih ingat dengan aura penyanyi kumpulan Fenomena, Kamal yang persis suara penyanyi rock nombor satu negara, Amy Search. Kemunculan Fenomena dilihat menerima tepukan gemuruh penonton dengan lagu Kepala Pening dan Malam yang merupakan single mereka. Melengkapkan lagi persembahan dengan menyaksikan mereka bergandingan dengan Puteri Caroline menyampaikan lagu Joget Aidilfitri dan lagu Menjelang Hari Raya dengan cara mereka yang tersendiri. Terdahulu peserta Mentor yang juga protégé kepada penyanyi Ella muncul dengan lagu popularnya Melawan Arus Cintamu.

Persembahan kemudiannya semakin hangat dengan kemunculan Johan ‘Rentak Juara’ tahun 2008, Aisunam menggamatkan auditorium dengan lagu popular mereka bertajuk Bisikan dan single terbaru Masuk Gear Jalan sebelum muncul penyanyi Tom, Juara My Star LG. Meskipun kini berbadan dua, persembahan Tom nyata mantap dan sukar digugat dengan lagu hit Redha yang mula diterima pendengar kini. Mereka kemudiannya berpadu suara dengan lagu Cahaya Aidilfitri yang menambah meriahkan lagi suasana Hari Raya yang diraikan. Malahan Aisunam turut muncul dengan lagu raya karya mereka sendiri bertajuk Yang Penting Duit Raya.

Berkongsi menyaksikan bagaimanakah keupayaan artis cuba menata rias rockers bertanding dengan baju Raya dan make up yang anggun, menyusul pertandingan kedua yang disertai oleh salah seorang anggota kumpulan Fenomena bergandingan dengan Ernie, penyanyi Aisunam dengan Rina Azhar, Tasha Manshahar dan Enava, Puteri Caroline dan anggota Superfiends. Pertandingan ini dimenangi oleh gandingan Tasha Manshahar dengan anggota kumpulan Enava yang berjaya mencuri hati juri terdiri daripada penonton yang membanjiri Auditorium Perdana.

Giliran kumpulan berasal dari Sabah, E6 pula kemudiannya mengambil tempat mendendangkan single bertajuk Harapan dan lagu Mawar ciptaan mereka sendiri. Penampilan pertama gadis cantik bertudung, Tasha Manshahar dengan lagu popularnya, Be Mine menerima sokongan penonton yang rata-ratanya ternanti-nantikan kemunculan artis Youtube ini sejak awal lagi. Gandingan mereka menambah ceria dengan duet lagu raya bertajuk Suasana Hari Raya.

Persembahan terakhir menyaksikan kumpulan Alternature menyampaikan lagu bertajuk Dunia Kita sebelum diteruskan dengan lagu duet lagu Raya Yang Sempurna dan Halaman Asmara bersama Rina Azhar. Kemunculan Rina Azhar juga menyampaikan lagu Detik pastinya mengubat kerinduan peminat yang merindui suara bekas Juara Bintang RTM ini.

Turut diselitkan clipping persembahan kumpulan-kumpulan finalis Rentak Juara yang diberi peluang untuk membuat persembahan secara busking di lokasi-lokasi luar seperti KL Sentral, Puduraya, Hentian Duta dan Hentian Putra.

Menampilkan pengacara Muaz, Nurata dan Odey , Dentum Raya bakal disiarkan menerusi saluran TV1 Aidilfitri nanti.

acara game 1

Aksi menarik Kopek Kelapa

Fenomena vs Puteri Caroline

penonton yang hadir meriahkan Dentum Raya

persembahan Aisunam

Kolaburasi Tom dan Aisunam

Acara games ke-2

Tasha Manshahar ditemu bual oleh Muaz

Tasha Manshahar lagu Be Mine

pertandingan kopek kelapa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Afiq Muiz Dakwa Beliau Dihalau Oleh Ibunya

Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur