in

Rakaman Mentor Raya 2011 Musim 5

Sambutan Hari Raya Aidilfitri akan diserikan lagi dengan pelbagai program-program menarik TV3 untuk tontonan seisi keluarga. Program realiti yang popular, MENTOR juga tidak ketinggalan untuk menjalani rakaman khas Mentor Raya episod Syawal yang membariskan gandingan sifu dan protege musim ke- 5 seperti Afdlin Shauki & Ratnah, Datuk Sharifah Aini & Shiha, Edry Abd Halim & Iqa, Noh Hujan & Ayish, Rahim Maarof & Aiman, Erra Fazira & Salma, Ziana Zain, Mas Idayu serta juara-juara Mentor musim lalu.

Sebelum bermulanya rakaman Mentor Raya pada malam itu, majlis mengambil kesempatan untuk meraikan kejayaan ketiga-tiga finalis iaitu Salma (Juara), Shiha (Naib Juara) dan Iqa (Tempat Ketiga) dalam program Mentor musim ke-5 dengan sesi penyerahan cek.

Kepada peminat Mentor 5 dan pembaca budiey.com yang nak hadir, kenalah datang awal lengkap dengan baju raya ya.

Tarikh / Hari : 4 Ogos 2011 (Khamis)

Masa : 7.00petang ( majlis bermula jam 8.00malam)

Tempat : Sri Pentas 2, Tingkat 5, Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Aturcara Rakaman Mentor Raya

8.30malam : Majlis Penyerahan Cek kepada para pemenang

9.00malam : Sesi Rakaman Mentor Raya

Mentor Raya 2010

Mentor Raya 2010

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kim Hyung Joong Akan Datang ke Malaysia

Oz The Great and Powerful