in , ,

Rakaman Konsert Aku Cinta Padamu Sheila Majid & Anuar Zain di RTM

RAKAMAN KONSERT AKU CINTA PADAMU…SHEILA MAJID PADA 16 JULAI 2010 DI ANGKASAPURI

Tempoh 25 tahun bergelar artis pastinya telah memahat memori indah dalam kehidupan pemilik nama sebenar Shaheila Abdul Majid sepanjang bergelar anak seni. Pencapaiannya dalam industri muzik mengikhtiraf dirinya dengan gelaran Dato’ Sheila Majid yang membuktikan kesungguhannya mengecap kejayaan dalam bidang nyanyian diminatinya.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi dalam merakamkan detik indah dan kegemilangan penyanyi yang dinobat sebagai ratu R&B dan Jazz negara ini menerusi program istimewa Rakaman Konsert Aku Cinta Padamu…Bersama Sheila Majid pada 16 Julai 2010 (Jumaat), jam 8.00 malam bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri.

Sheila Majid

Bakal berkongsi pentas dengan artis undangannya penyanyi bersuaran lantang Anuar Zain, pengisian program ini diwarnai dengan persembahan nyanyian eksklusif dari penyanyi tersohor negara ini. Seleksi lagu-lagu hits dan popular nyanyian Dato’ Sheila Majid akan dialunkan mengikut arus penglibatan Sheila selama 25 tahun terlibat di dalam bidang seni. Malah istimewanya persembahannya akan diiring oleh `live band’ dan Acis bertindak sebagai pengarah muzik program ini.

Selain daripada nyanyian, Sheila juga akan menghiburkan kesemua peminatnya dengan lebih dekat lagi dengan mengajak penonton menyanyi bersama di pentas selain persembahannya beraksi di tengah kelompok penonton.

Persembahan Sheila bukan setakat nyanyian malah beliau akan berceloteh tentang kerjaya nyayiannya sepanjang 25 tahun dan pencapaian yang dicapai di samping diselitkan unsur-unsur humor di dalam dialognya dengan penonton di auditorium dan di rumah. Sememangnya Sheila sentiasa mahu dekat dengan peminat peminatnya, bersesuaian dengan tema konsert kali ini iaitu `Aku Cinta Padamu’ yang ditujukan khusus buat peminatnya.

Pastinya persembahan Sheila akan dimantapkan dengan susunan lagu–lagu popular dan lagu kegemaran para peminatnya. Sheila juga akan menyanyikan beberapa buah lagu terbarunya pada malam itu. Gaya persembahannya yang menarik akan diserikan lagi dengan busana yang menarik serta props-props yang bersesuaian dengan lagu-lagu disampaikan.

Selain daripada itu, info-info tambahan akan dimasukan berkenaan Sheila di dalam konsert. Ianya merangkumi keratan-keratan akhbar, sedutan filem lakonan beliau dan temuramah para karayawan seni yang pernah berkerjasama dengan Sheila.

Sheila sentiasa memberikan yang terbaik untuk peminatnya dan beliau sendiri sentiasa menyelitkan `element of surprise’ di dalam persembahannya. Sheila sememangnya Ikon di dalam industri muzik malah di antara penyanyi yang berjaya di tanah air dan dikenali di luar negara.

Peminat-peminat Sheila pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan Konsert Aku Cinta Padamu…Bersama Sheila Majid pada 16 Julai 2010 (Jumaat), jam 8.00 malam bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri dimana tiket-tiket percuma boleh didapati di Balai Pengawal Angkasapuri mulai sekarang.

Anuar Zain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zaryn Min, Julia Ziegler dalam Drama Demi Delima

Gambar Marsha Pakai Baju Diadora Fitness