in

Rakaman CCTV Kemalangan Kereta Paul Walker di Youtube

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian kemalangan membabitkan bintang Hollywood, Paul Walker mula tersebar di Internet. Daily Mail melaporkan, seorang saksi yang melihat kejadian itu berkata kenderaan jenis Porsche itu dipandu laju sebelum berlakunya kemalangan sehingga menyebabkan berlakunya kebakaran yang dengan begitu pantas. Rakaman CCTV juga merakamkan asap hitam berkepul-kepul di udara sebaik kemalangan terjadi sehingga turut menampakkan ledakan seperti bola api ke angkasa.

Dalam kejadian Sabtu lalu, bintang filem itu berasama temannya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Santa Clarica, California, Amerika Syarikat. Kenderaan yang dinaiki mereka dikatakan melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan ia meletup.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Cinta Pandang Kedua Lakonan Izara Aishah

Sinopsis Filem KOLUMPO