in

Gambar dan Senarai Peserta Raja Lawak Musim Ketiga

Ini Kelakar Biasa, Raja Lawak Lagi Berbisa!
Raja Lawak Astro musim ketiga menjanjikan lawak luar biasa!

Astro dengan bangganya untuk meneruskan inisiatif pencarian pelapis dalam bidang komedi melalui Raja Lawak Astro, sebuah program realiti bakat raja lawak di kalangan rakyat Malaysia. Musim ketiga rancangan ini bakal bersiaran di saluran rasminya, Astro Prima (saluran 105) bermula pada 24 Disember 2008 ini.

Raja Lawak Astro (musim ketiga) sudahpun menjelajah ke empat buah negeri sejak awal bulan November lagi seperti Pahang, Perak, Johor dan Selangor bagi mengenalpasti finalis-finalis yang akan bertanding bagi merebut gelaran Raja Lawak Astro yang baru dalam sessi ujibakat yang telah diadakan khas itu.

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima (saluran 105), Encik Nizam Sani, “Selepas kejayaan di musim kedua yang berjaya menobatkan Nabil sebagai juara, kami berasa terpanggil untuk meneruskan program ini di musim ketiga kerana percaya ada banyak lagi bakat-bakat komedi di luar sana yang perlu diber peluang dan digilap. Ini terbukti apabila sessi ujibakat yang diadakan baru-baru ini mendapat sambutan yang hangat dan di luar jangkaan apabila menerima peningkatan penyertaan sebanyak purata 300%.”

“Kami percaya peningkatan ini dapat menyumbang kepada usaha kami dalam mengangkat hiburan komedi ke satu peringkat yang lebih tinggi dan mewarnai lagi industri hiburan tanahair dengan program-program berkualiti tinggi.

Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani

Pada musim yang kedua juga, Raja Lawak Astro berjaya meraih jumlah 1.1 juta penonton pada setiap minggu. Prestasi yang membanggakan ini merupakan salah satu testimoni utama kami bagi meneruskan program Raja Lawak ke  musim ketiga,” tambah Nizam lagi.

Sebagai bukti sokongan Astro terhadap pembangunan seni tanahair dan meneruskan lagi kegemilangan serta tradisinya dalam berkongsi platform untuk menonjolkan bakat yang terpendam, program Raja Lawak Astro yang telah membuka peluang kepada peserta individu mahupun berkumpulan bagi mencuba nasib menerima sambutan yang menggalakkan termasuk penyertaan dari peserta wanita. Ini terbukti apabila dua orang peserta wanita telah dikenalpasti bagi melengkapkan senarai 12 finalis yang akan bertanding dalam musim ketiga ini. Dua belas finalis yang terpilih ialah:

1.
Adam bin Abdul Karim Zamri
ADAM
18

2.
Aman Shah bin Asri
AM
24

3.
Mohammad Amirullah bin Azmi
AMIR
20

4.
Hazmeer bin Hassan (Amer)
Muhd Shaiful bin Bakri (Epul)
CHOT
18
19

5.
Nuur Jihan binti Musa
JIHAN
25

6.
Afzan Saffuan bin Ahmad
Wasn Sharizon bin Rahim
LNJ
22
27

7.
Sutarmin bin Tukichan
MANBELON
35

8.
Ahmad Faizlam  bin Alam
MAT
31

9.
Shamira bin Muhamad
Mohd Nadzri bin Zainal Abidin
Mohd. Noor bin Murad
SEPAH
24
23
23

10.
Shamsir bin Mohd Shahar
SYEM
32

11.
Ahmad Faidz bin Ahmad Yusoff
TALAM
23

12.
Rafizzan binti Yaacob
YANN
32

 

Para finalis akan ditempatkan di sebuah akademi, apabila mereka akan diberi latihan dan bimbingan profesional oleh pengkritik jemputan pada setiap minggu untuk bersiap sedia mempersembahkan tugasan di hadapan penonton secara langsung.

Tiga orang pengkritik tetap telah dipertanggungjawabkan bagi menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka akan menilai para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan; keaslian persembahan dan kreativiti; bakat dan kemahiran lakonan serta sama ada para peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal. Tiga orang pengkritik ini juga turut terlibat secara langsung semasa sessi ujibakat dan pusingan kelayakan. Mereka adalah pelawak dan pelakon terkenal; Zaibo, pelakon wanita yang berpengalaman; Fauziah Nawi dan pengacara serta pelawak terkenal; Shamsul Ghau Ghau.

Walau bagaimanapun, nasib para peserta akan ditentukan sepenuhnya dengan sistem pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan talian tetap. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan tersingir.

Untuk mengundi secara SMS, taip LAWAK <Nama singkatan peserta> atau LAWAK <3/5/10> <Nama singkatan peserta> untuk undian secara pukal 3; 5 atau 10 ke 32999. Bagi mengundi ke talian tetap pula, sila dail 13701/ 13703/ 13705/ 13710 untuk undian pukal  1; 3; 5; atau 10 undian dan ikut arahan yang disertakan.

Sebagai pembuka tirai, para penonton bakal menyaksikan sedutan-sedutan dari sessi ujibakat yang telah berlangsung di Kuantan, Ipoh, Johor Bahru dan Shah Alam melalui program Al-Kisah Raja Lawak Astro sebanyak tiga episod berurutan bermula pada pada 24 Disember 2008 (Rabu), jam 9.00 malam. Setiap gelagat, aktiviti mahupun rutin harian para finalis akan dirakam dan dimuatkan ke dalam program diari Ceritera Raja Lawak Astro pada setiap Rabu dan Khamis pada jam 9.00 malam. Manakala persembahan para finalis pada setiap minggu boleh ditonton menerusi  program Gelanggang Raja Lawak Astro yang bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam dari studio rakaman, Studio 1, Astro. Program-program ini bakal bersiaran di saluran rasmi, Astro Prima (saluran 105). (sila rujuk lampiran 1)

Pemenang tempat kedua dan ketiga; Raja Lawak Astro (musim pertama) – Johan dan Zizan sekali lagi akan menggalas tugas bagi mengacarakan program ini buat kali kedua dan memperlihatkan cabaran kesemua peserta dalam merebut gelaran Raja Lawak Astro.

Ucapan:

Terdahulu, izinkan saya mengambil platform ini untuk memperkenalkan diri saya, Nizam Sani yang kini menggalas tugas sebagai Pengurus Saluran Prima yang baru menggantikan Encik Khairul Anwar Salleh yang maju sebagai Ketua Perniagaan bahagian Melayu Astro. Saya harap proses peralihan ini dapat memberi saya peluang untuk mengenali dengan lebih dekat rakan-rakan media yang hadir pada hari ini.

Ucapan ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada hadirin sekalian terutama sekali kepada rakan-rakan media yang sudi hadir  ke Majlis Pelancaran Raja Lawak Astro yang kini sudahpun memasuki musim ketiga. Sokongan daripada pihak media adalah amat kami alu-alukan bagi menjayakan Raja Lawak Astro muim ketiga ini.

Hadirin sekalian,
Pada musim kedua, negara telah menyaksikan kelahiran Raja Lawak Astro yang baru iaitu Nabil berjaya menyandang gelaran juara. Kita semua dapat melihat perkembangan dan kemajuan yang berlaku pada diri Nabil dan tidak keterlaluan jika dia diangkat sebaris dengan nama-nama pelawak terkenal berkaliber yang lain seperti Saiful Apek, Zaibo dan Shamsul Ghau Ghau walaupun baru berusia setahun jagung di persada seni hiburan tanahair.

Justeru, kami berasa terpanggil untuk meneruskan program ini di musim ketiga kerana percaya ada banyak lagi bakat-bakat komedi di luar sana yang perlu diber peluang dan digilap. Ini terbukti apabila sessi ujibakat yang diadakan baru-baru ini mendapat sambutan yang hangat dan di luar jangkaan apabila menerima peningkatan penyertaan sebanyak purata 300%. Kami percaya peningkatan ini dapat menyumbang kepada usaha kami dalam mengangkat hiburan komedi ke satu peringkat yang lebih tinggi dan mewarnai lagi industri hiburan tanahair dengan program-program berkualiti tinggi.

Hadirin sekalian,
Setelah dua musim bersiaran, kami yakin Raja Lawak Astro berjaya menambat hati para penonton terutamanya di saluran Astro Prima apabila pada tahun ini juga berjaya menarik banyak penyertaan termasuklah penyertaan dari kaum wanita. Ini terbukti apabila dua orang peserta wanita berjaya terpilih ke peringkat akhir. Jika bakat komedi mereka benar-benar terserlah, tidak keterlaluan jika kita ramalkan mereka juga layak berdiri setanding dengan pelawak-pelawak wanita terkenal seperti Enot, Sharifah Shahira dan lain-lain.

Program realiti pencarian bakat komedi terulung di tanahair ini juga sekali lagi mengalu-alukan pembabitan Johan dan Zizan sebagai pengacara program Raja Lawak Astro musim ketiga. Celoteh dan gelagat komedi mereka yang bersahaja berjaya menawan hati para penonton untuk terus menonton Raja Lawak Astro pada setiap minggu. Tidak dilupakan kepada para pengkritik tetap seperti Zaibo, Fauziah Nawi dan Shamsul Ghau Ghau yang begitu komited dalam pencarian Raja Lawak Astro yang baru bermula pada peringkat ujibakat di empat buah negeri lagi.

Hadirin sekalian,
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sinar FM selaku radio rasmi serta portal hiburan rasmi murai.com yang hadir memberi sokongan padu mereka dalam memberikan promosi menyeluruh bagi menjayakan program Raja Lawak Astro musim ketiga ini.

Akhir kata, saya berharap pihak media dapat memanjangkan sokongan anda dalam mempromosikan program Raja Lawak Astro dan saksikan episod pengenalan Al-Kisah Raja Lawak Astro pada 24 Disember 2008 ini pada jam 9.00 malam. Pihak media juga dijemput untuk menyaksikan rakaman siaran langsung Gelanggang Raja Lawak Astro pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di Studio 1, Astro.

Sekian. Terima Kasih. 

Radio SINAR FM telah dilantik sebagai radio rasmi Raja Lawak Astro dan informasi mengenai Raja Lawak Astro musim ketiga boleh diperolehi dengan melayari laman web rasmi di www.astro.com.my/rajalawak3 dan dengan menekan butang merah ”R” yang terdapat di alat kawalan jauh Astro.

Istimewa juga pada musim ketiga ini apabila portal hiburan rasmi program  Raja Lawak Astro; www.murai.com.my akan mengemaskini perkembangan terbaru para peserta menerusi segmen khas ‘Raja Lawak 3 @Murai 2008’. Pelbagai informasi boleh didapati di portal hiburan ini termasuklah klip video di sebalik tabir aktiviti-aktiviti peserta Raja Lawak Astro musim ketiga ini. (sila rujuk lampiran 2)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HP and Barang Barang Award Winner of The Guess and Win Contest

Universal Music Acquires Music Valley Catalogue