in

Raja Lawak Musim 6 Minggu 5

Minggu lalu Raja Lawak Musim 6 Minggu 4 bertemakan Cinta telah menyaksikan penyingkiran satu-satunya peserta solo dalam Raja Lawak Musim Keenam iaitu Mohd Shahdan Bin Salleh atau dikenali sebagai KODAN. Anak didik kepada “Cif Kecik” Tauke ini pernah memasuki pelbagai rancangan realiti yang melibatkan pelbagai bidang seperti nyanyian dan lakonan.

Sebahagian besar peserta menunjukkan peningkatan yang baik serta mendapat pujian daripada juri walaupun masih ada beberapa peserta melakukan persembahan yang kurang memuaskan.

Kini masih tinggal 9 peserta berkumpulan iaitu; Kumpulan ZERO, Kumpulan SKEMA, Kumpulan CUIT, Kumpulan 2YOL, Kumpulan GMAN, Kumpulan ALBOB, Kumpulan SHIRO, Kumpulan RIKI dan Kumpulan SELAK

Bagaimanakah pula bentuk persembahan komedi yang akan mereka persembahkan pada minggu ini? Peserta manakah yang paling menyerlah? Adakah peserta di bawah pengawasan “Cif Kecik” Yus, Tauke ataupun Angah yang akan menonjol sekaligus berjaya menambat hati penonton? Sama-sama kita saksikan.

Siaran Langsung Raja Lawak 6 (Minggu 5) akan berlangsung pada hari ini, 10 Februari 2011 (Jumaat) di Studio 1, Astro Bukit Jalil. Siapakah yang akan tersingkir pada malam ini? Sama-sama kita tonton ya.

Raja Lawak 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tomok Teruja Dapat Ke Manchester

Gambar Adda Butterfly di AJL26