in ,

Raja Farah Mahu Ambil Anak Angkat

[dropcap]J[/dropcap]ika penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza mahu mengambil anak angkat dari Gaza, pelakon Raja Farah pula menetapkan masa sehingga tahun depan untuk memperoleh anak sendiri dan memutuskan mengambil anak angkat jika ditakdirkan masih tidak mengandung.

Telefilem Pelamin Di Pusara Lakonan Shahrizal Jaszle & Raja Farah

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 25, berkata, walaupun baru menjangkau tiga tahun perkahwinan, dia dan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 28, sentiasa berharap untuk mendapat anak secepat mungkin selain sudah berbincang soal anak angkat.

“Ramai yang berkata, usia perkahwinan kami masih muda, jadi tunggu sahajalah rezeki anak yang akan kami peroleh kerana kami tiada sebarang masalah kesihatan. “Tetapi kalau nak menunggu masa, sampai bila? Kami perlu melakukan sesuatu. Mungkin rezeki anak sendiri masih belum tiba.

“Apa-apa pun, yang saya lihat sekarang ini, suami dah semakin mesra dengan anak buahnya. Mana tahu, Allah S.W.T mengizinkan kami untuk mendapatkan anak sendiri pula. Jadi kami tunggu sehingga tahun depan. Jika tiada apa berita, maka kami akan mengambil anak angkat.”

Tambah Raja Farah, dia dan suami tidak kisah dengan jantina bayi yang akan dijaga mahupun keturunannya asalkan dapat mengenali keluarga bayi berkenaan.

Sementara itu, bertanya mengenai perkembangan kerjaya seni, pelakon yang popular dengan drama Gol & Gincu itu mengakui sejak berumah tangga, dia lebih senang melakukan kerja-kerja pengacaraan berbanding lakonan yang memerlukan masa lama.

“Suami tidak pernah menghalang saya berlakon namun dia ada memberikan syarat iaitu hanya boleh berada di lokasi penggambaran sehingga 11 malam sahaja.

“Sebagai seorang isteri saya terima syarat itu dan atas dasar itu juga saya mengehadkan aktiviti lakonan dan hanya mengambil watak yang sesuai sahaja.

“Tetapi apabila difikirkan kembali, syarat masa itu dilihat seperti kurang adil buat kru produksi dan pelakon-pelakon lain. Jadi saya fikir, lebih elok saya kurangkan lakonan dan fokuskan kerja-kerja pengacaraan.”

Terbaharu, Raja Farah bakal muncul di program Rasa Halal Antarabangsa bergandingan dengan Akhtar Sahari di saluran Astro Oasis bermula 27 Jun 2013 (setiap Sabtu, 7.30 malam).

“Saya dan Akhtar merupakan pengacara baru selepas Heliza. Seronok juga mengacara program ini. Kami telah merantau ke Indonesia, New Zealand, Jepun, Sri Langka dan Uzbezkistan untuk meneroka makanan-makanan menarik dan halal buat masyarakat Islam.

“Walaupun pada mulanya suami agak keberatan mahu membenarkan saya keluar dari Malaysia, alhamdulillah, dia lepaskan juga saya untuk mengacara program ini.

“Malah dia juga menjaga jadual pemakanan dan rutin senaman saya agar saya tidak nampak berisi ketika mengacara program itu.”  – Sumber: Mstar Online

Sama-sama kita doakan Raja Farah dikurniakan cahaya mata. Insyaallah. Usaha tangga kejayaan!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Konsert Metallica Live In Malaysia Bernilai RM40Juta?

Zed Zaidi Digesa Lebih Gentleman