in ,

Raja Ema Tegang Kulit Muka Guna Kaedah Benang

Berita kemunculan semula Raja Ema, 45, dalam industri hiburan tanah air sejak awal tahun ini semestinya menggembirakan segenap peminatnya. Tak kurang beliau menjadi bualan hangat ramai apabila muncul menerusi lakonan dalam drama fenomena, Setia Hujung Nyawa yang disiarkan di TV3.

Wajah Terbaru Raja Ema

[dropcap]T[/dropcap]erkini, beliau baru saja melancarkan single berjudul Warna Hati serta tampil dengan imej baru. Tidak hanya memotong pendek rambutnya malah Raja Ema turut mendedahkan dia ada membuat rawatan menegangkan kulit muka iaitu rawatan ‘thread lift’.

“Sejujurnya, apabila sudah memasuki peringkat umur seperti saya, kulit kita, lebih-lebih lagi pada bahagian muka sudah tidak tegang seperti zaman muda dahulu. Kulit-kulit pada bahagian wajah akan jatuh, jadi saya fikir tidak salah sekiranya saya membuat rawatan menegangkan kulit muka.”

Raja Ema mengakui menjalani rawatan tersebut di sebuah pusat yang sama dia mengambil suntikan vitamin C dan produk berkaitan untuk mengekalkan kecantikan wajah dan tubuh.

Yakin dengan rawatan tersebut, ulas Raja Ema, dia nekad menjalani proses menegangkan kulit wajahnya itu kerana ia tidak melibatkan pembedahan mengubah bentuk muka atau sebarang penggunaan kaedah botoks.

“Ia sekadar rawatan penegangan kulit yang dipanggil thread lift. Tiada sebarang pembedahan. Saya yakin apabila diberitahu mengenai rawatan ini dan mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada doktor. Kaedah rawatannya hanya pada kedua-dua bahagian pipi dan terdapat benang yang menaikkan semula wajah saya.”

Raja Ema juga mengakui dia berani menjalani kaedah rawatan tersebut kerana rasa sakit yang dialaminya tidak lama. Selepas rawatan tersebut selesai, dia tidak lagi berasa sakit. Beliau juga tidak lagi berani memakan kacang kerana bimbang implikasi yang bakal diperoleh daripada memakan makanan yang keras.

Dalam pada itu penyanyi yang pernah popular dengan lagu Jejaka Idaman ini menyatakan beliau masih lagi solo setelah perkahwinan pertamanya dengan penyanyi Sheqal dan perkahwinan keduanya itu musnah. Tidak pernah berasa serik untuk berkahwin namun ibu kepada Putera Amar (19 tahun) dan Putera Alqasha (17 tahun) ini juga tidak kisah jika tidak bertemu jodoh dengan sesiapa. Sumber: Kosmo!

Raja Ema

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sajian Rohani Seindah Ramadan Anugerah Syawal Portal Tonton

Gambar Nora Danish di Bazar Seindah Ramadan 2013