in ,

Raja Azura Nasihat Hanez Suraya Hormati Perasaan Wanita

Dalam akhbar Sinar Harian hari ini, Budiey ada membaca nasihat penyanpai Radio Sinar FM, Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku untuk Hanez Suraya. Nampaknya, isu pelakon kontroversi, Hanez Suraya yang dituduh merampas suami orang bukan saja mendapat perhatian meluas daripada masyarakat tetapi juga golongan selebriti termasuklah Rita Rudaini, Rabecca Nur Al Islam, Hafiz Hamidun, Chef Wan dan Kak Engku sendiri.

raja-azura-kak-engku

Menurut Kak Engku, Hanez sepatutnya menghormati perasaan wanita lain sementelahan lagi dia juga adalah seorang wanita.

“Pada saya, hormatilah hati wanita lain. Fikirlah, jika lelaki itu boleh berbuat demikian pada isterinya, iaitu wanita yang telah bersusah payah melahirkan anak untuknya, tak mustahil sekiranya dia boleh berbuat perkara sama pada Hanez. Buka minda, pasti ada sebab mengapa rumah tangga mereka bermasalah? Lagi pula Hanez pasti belum tahu apa sebenarnya masalah yang melanda pada mereka berdua?”

Tambahnya lagi, Hanez juga tidak sepatutnya mencampuri langsung urusan rumah tangga mereka sebaliknya biar ia diselesaikan terlebih dahulu.

“Apabila masalah dah selesai, tak salah kalau Hanez nak meneruskan hubungannya dengan lelaki itu. Perjalanan hidup ini masih jauh. Fikir dahulu sebelum kita nak bercakap dan jangan dengar daripada sebelah pihak saja.”

Dalam pada itu, Kak Engku mengakui yang dia kini semakin selesa bergelar ibu tunggal pada tiga anaknya setelah bercerai dengan Adzmin Tan Sri Osman, pada 2010.

“Saya tak terfikir lagi soal kahwin, apatah lagi saya seronok dengan hidup begini. Sekarang ini, saya sibuk dengan kerja dan anak-anak. Jika berkahwin sekalipun, lepas itu tak menjalankan tanggungjawab, berdosa juga kan? Jadi, biarlah begini. Kalau ada jodoh, adalah nanti. Jangan risau, bila saya nak kahwin nanti, saya akan umumkannya.”

Apa yang kita harapkan Hanez Suraya membaca nasihat daripada Kak Engku dan mengambil iktibar dan pengajaran.

Hanez Suraya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hanez Suraya Fail Saman Bekas Pembantu Peribadi

Drama Ride Satukan Sharifah Aryana & Syafie Naswip