in ,

Raja Azmi Selamat Bertunang Dengan Eddie CRK

Dah seminggu kita berpuasa. Syukur alhamdulilah. Kita masih bertahan. Sempena mengambil keberkatan 6 Ramadan, penerbit penuh kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman akhirnya telah pun selamat menjadi tunangan kepada pemain bass kumpulan CRK, Mohd Eddie Ghazali atau lebih dikenali sebagai Eddie. Majlis pertunangan pasangan ini telah berlangsung di rumah pihak perempuan, di Ukay Perdana, Ulu Klang kira-kira jam 6.45 petang tadi dalam suasana penuh tenang.

Budiey ucapkan selamat bertunang buat Raja Azmi. Semoga selamat melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Syukur semuanya selamat.

Hubungan cinta mereka terjalin selepas sama-sama kerap bertemu di pusat gimnasium sejak lima bulan lalu. Kira-kira jam 6.30 petang, rombongan pihak lelaki tiba dan sejurus itu acara meminang dijalankan. Pihak perempuan diwakili oleh anak sulung Raja Azmi sendiri iaitu Puteri Suraya Mohd Jailani. Sementara pihak lelaki diwakili oleh anak sulung Eddie iaitu Daniel Eddie.

Raja Azmi Selamat Bertunang Dengan Eddie CRK

 

Ibu Eddie iaitu Mariah Abu Samah (kanan) menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Raja Azmi.

Hasil perbincangan kedua-dua keluarga pasangan ini, Raja Azmi dan Eddie bakal dinikahkan pada 15 September 2013. Atas permintaan Raja Azmi, beliau menginginkan hanya senaskah Al-Quran sebagai gantian wang hantaran pada hari pernikahan nanti.

Acara kemuncak menyaksikan ibu Eddie, Mariah Abu Samah, menyarungkan cincin ke jari Raja Azmi tanda diri penerbit yang pernah menerbitkan filem … Dalam Botol ni kini tunangan kepada duda anak dua itu. Saat manis itu turut disaksikan oleh ketiga-tiga anak Raja Azmi.

Pada majlis itu juga, Eddie memberikan 3 dulang terdiri daripada telekung, buah-buahan dan coklat. Manakala pihak perempuan pula membalas sebanyak 5 dulang terdiri daripada jam tangan & dompet Fosil, kemeja, kek, coklat dan biskut. Majlis serba ringkas dengan tatahias warna hijau-unggu ini dihadiri seramai 100 orang terdiri saudara mara, kenalan rapat, dan para wakil media.

Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan bekas jaguh badminton negara, Jailani Sidek. Namun rumah tangga yang dibina hampir 28 tahun berakhir dengan perceraian pada 27 Jun 2012. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Puteri Suraya (28 tahun), Puteri Suaida (24 tahun) dan Megat Deli (19 tahun). Sumber: Malaysian Digest

Raja Azmi Selamat Bertunang Dengan Eddie CRK

Raja Azmi Selamat Bertunang Dengan Eddie CRK

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AC Mizal Tubuh MBI Movie Pictures

Sinopsis Drama Ayam Lakonan Naim Daniel