in ,

Rain Intai Konsert Solo Di Malaysia 2016 Nanti?

Penyanyi dan pelakon terkenal dari Korea Selatan iaitu Rain difahamkan sedang mengatur kariernya lagi untuk mengadakan konsert solo pada 2016.

Malah, Rain atau Bi (Jung Ji Hoon) yang kini sibuk menguruskan persiapan perkahwinannya bersama pelakon jelita Kim Tae Hee tidak lama lagi mengintai untuk memilih Malaysia sebagai satu lokasi konsert.

rain

Menurut sumber, Rain yang kini diuruskan oleh syarikat pengurusan miliknya sendiri bercadang untuk datang sekali lagi ke Malaysia setelah beberapa kali datang ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, cadangan lokasi tersebut masih lagi belum muktamad dan tertakluk kepada perubahan kehidupannya selepas berumah tangga nanti. Namun, ia pastinya bakal berlaku seandainya ramai peminat Rain mahu menyaksikan persembahannya sebaik saja bergelar suami.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – GHOST THEATER

Hotlink Perkenal Hotlink FAST