in , ,

Raikan Raya Tips Kulit Sihat Farah Nabilah

Raikan Raya dengan Kulit yang Sihat dan Menawan Serlahkan kulitmu bersama Dermalogica

Kulit yang sihat dan menawan adalah impian setiap wanita, lebih-lebih lagi apabila musim perayaan yang hampir menjelang dan anda semakin sibuk dengan persiapan untuk menyambut perayaan bersama rakan-rakan dan saudara-mara. Dermalogica® menggesa agar para wanita tidak mengabaikan penjagaan kesihatan kulit agar dapat tampil menawan dan keserian kulit serlah dari dalaman.

Dermalogica

Selebriti dan pelakon tempatan Farah Nabilah turut bersetuju tiada yang lebih penting daripada memiliki kulit yang sihat. Tanpa penjagaan yang baik, kulit akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Farah menjelaskan keberkesanan produk Dermalogica® yang digunakannya apabila menyedari keadaan kulitnya yang sensitif. Pelakon muda ini begitu percaya akan keberkesanan jenama ini dalam mengekalkan kesihatan kulitnya sepanjang syif bekerja yang agak tidak menentu serta kehidupannya yang sibuk.

Tambahan pula, kini Farah sibuk dengan penggambaran serta persediaan untuk menyambut bulan Syawal.

“Saya mendapati bahawa rangkaian produk UltraCalming daripada Dermalogica® begitu sesuai dengan kulit saya yang agak sensitif, kerana saya dapat merasakan kelegaan yang serta-merta apabila menggunakannya. Penggunaan rangkaian produk daripada Dermalogica® memelihara kulit saya agar kelihatan segar, kekal sihat dan bermaya sepanjang hari,” kata Farah.

“Adalah menjadi amalan untuk menziarahi rakan-rakan dan saudara-mara di bulan Syawal. Perjalanan yang banyak, tidak kira dekat atau jauh mengakibatkan masa penjagaan kulit diabaikan. Dengan adanya produk Dermalogica®, penjagaan kulit saya menjadi lebih senang.

Ini kerana, saya memahami keperluan kulit muka saya serta produk yang sesuai melalui Dermalogica®. Saya membawa produk-produk Dermalogica® saya ke mana-mana sahaja. Selain daripada produk-produk asas – UltraCalming™ Relief Masque, UltraCalming™ Mist dan Overnight Repair Serum adalah pilihan utama saya. Ini merupakan penjagaan yang lebih baik dan yang dipilih khas untuk keperluan kulit saya selepas diberi khidmat nasihat daripada pakar kulit Dermalogica®,”

– Farah Nabilah
Dermalogica

UltraCalming™ Relief Masque
Masque rawatan yang mujarab untuk kulit sensitif dan reaktif dalam membantu untuk memulihkan daripada kerosakan dan sensitiviti di samping meningkatkan ciri-ciri perlindungan dan menggalakkan fungsi tisu yang sihat. Bahan-bahan botanikal membantu melegakan dan menenangkan kulit yang tertekan. Bahan utama dalam produk ini termasuklah UltraCalming™ Complex, ekstrak Portulaca Oleraca, ekstrak Mugwort dan cendawan.

Dermalogica

UltraCalming™ Mist
Toner dalam bentuk semburan ini mudah digunakan dan memberikan kelembapan kritikal di samping membantu melegakan dengan cepat dan melindungi daripada kerengsaan dan ketidakselesaan. Membantu kulit untuk pulih daripada kerosakan dan memulihkan fungsi perlindungan lipid. Bahan utama produk ini termasuklah UltraCalming™ Complex dan bahan aktif oat semula jadi.

Dermalogica

Overnight Repair Serum
Maksimumkan waktu rawatan kulit pada waktu malam untuk mengurangkan garis halus muka dan tingkatkan keserian kulit. Gunakan serum ini bersama-sama pelembap krim malam anda untuk mendapatkan kebaikan agar dapat melawan penuaan kulit. Serum berkuasa peptida (peptide) ini akan merangsangkan penghasilan kolagen agar kulit kekal anjal dan berseri. Kandungan Argan and minyak ros mengembalikan keserian kulit.

Keperluan kulit anda adalah unik dan berbeza daripada yang lain. Dapatkan khidmat nasihat percuma dari pakar yang berpengalaman dari Dermalogica® bagi mendapatkan penyelesaian khas buat diri anda yang tertumpu kepada masalah kulit yang spesifik.

Lawat mana-mana pusat Dermalogica® berhampiran anda sekarang untuk membelek atau mencuba produk Dermalogica yang berprestasi tinggi, yang dihasilkan mengikut syarat yang ketat, berdasarkan “7-No”, tanpa warna tiruan, tanpa wangian sintetik, tanpa alkohol SD, tanpa lanolin, tanpa mineral, tanpa formaldehid, dan tanpa ramuan bukan komedogenik (yang menyumbat pori).

Dermalogica

Jenama Dermalogica®:
Dermalogica® diasaskan dengan kepercayaan bahawa penjagaan kulit yang baik adalah bukan semata-mata tentang kecantikan, kemewahan mahupun memanjakan kulit, tetapi kesihatan kulit yang baik. Kisahnya bermula pada tahun 1986, apabila pengasasnya Jane Wurwand, membuat keputusan untuk melakukan sesuatu berkenaan tiadanya produk yang menjanjikan hasil dan keberkesanan dalam pasaran Amerika Syarikat.

Dikaji dan dikembangkan oleh The International Dermal Institute, Dermalogica® mengejutkan pasaran dengan tidak menggunakan pewarna tiruan, wangian sintetik, alkohol S.D., lanolin atau minyak mineral – kesemuanya merupakan ramuan yang sering digunakan industri penjagaan kulit kerana kosnya yang rendah, walaupun dikaitkan dengan pelbagai masalah kulit yang telah pun diketahui. Visi dan peranan jenama ini telah menarik minat pakar terapi kulit profesional serta pengguna.

Kini, Dermalogica® berkembang menjadi perniagaan penjagaan kulit bernilai lebih daripada 100 juta USD (dalam jualan profesional) dan rangkaian terapi kulit profesional #1 di dunia. Produk jenama ini serta rawatan profesional boleh didapati di 29,000 tempat (6,500 di Amerika Syarikat dan 22,500 di seluruh dunia). Digunakan oleh lebih daripada 75,000 pakar terapi kulit profesional di seluruh dunia.

Produk-produk Dermalogica® kini dijual di lebih dari 80 buah negara di pusat-pusat rawatan kulit berdasarkan saranan pakar terapi kulit profesional yang bertauliah. Dermalogica® dibuat di Amerika Syarikat, dengan operasi globalnya yang berpusat di Carson, selatan Los Angeles. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Dermalogica® sila layari www.dermalogica.com.my

Esthetics International Group (EIG):
Esthetics International Group Berhad (EIG) merupakan syarikat yang diiktiraf dengan pengalaman lebih daripada 28 tahun dalam penjagaan kulit, kesihatan, kosmetik serta industri kecantikan dan kesihatan.

EIG merupakan pengedar eksklusif produk Dermalogica® di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Indonesia, Brunei dan China Selatan, serta merupakan pembekal produk Dermalogica® ke Vietnam dan Kemboja. EIG juga terlibat dalam pengurusan dan pengendalian lebih daripada 60 rangkaian pusat rawatan dan penjagaan kulit profesional (AsterSpring dan Leonard Drake Skin Care & Health Spa), 14 Dermalogica® Consultation Pod serta merupakan pembekal bagi 1,000 pengedar sah Dermalogica® di rantau ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Unites Malaysians in Support of Dato Lee Chong Wei

VIDEO Anuar Zain Nyanyi di Majlis Pelancaran Album Terbaru