in

Raikan Hari Ibu bersama Astro Bella

Sempena Hari Ibu 10 Mei ini, Astro Bella (Saluran 133) sebagai sebuah saluran yang khusus memenuhi citarasa penonton wanita, akan melancarkan kempen Astro Bella Untukmu Ibu bagi meraikan para ibu yang telah banyak berjasa kepada keluarga dan anak-anak.

Pengurus Saluran Astro Bella, Cik Natasha Hashim berkata, kempen ini dimulai dengan Peraduan Astro Bella Untukmu Ibu dimana penonton Astro Bella bersama ibu tersayang berpeluang untuk memenangi penginapan 2 hari 1 malam di Sunway Resort Hotel & Spa, Rawatan Spa di Mandara Spa, pas ke Taman Tema Sunway Lagoon serta makan malam sempena Hari Ibu di The Resort Café dengan hanya memuat naik gambar bersama ibu tersayang berserta ucapan Hari Ibu Paling kreatif dengan #astrobellauntukmuibu dan tag @astrogempak. Pemenang akan dipilih menerusi jumlah ‘like’ terbanyak.

zaiton

Selain itu, sebahagian daripada saluran Melayu Astro seperti Astro Bella, Astro Ria, Astro Prima, dan Astro Citra akan menayangkan seleksi rancangan terbaik sempena Hari Ibu. Rancangan-rancangan ini akan ditayangkan pada hari Ahad, 10 Mei 2015. Antara program khas sempena Hari Ibu adalah Warkah Syurga (Astro Prima, Saluran 105), Perempuan Lindungan Kaabah dan Zaiton Ini Ceritaku (Astro Citra, Saluran 131), Pak Nil… Ibu Kirim Salam (Astro Bella, Saluran 133) dan ‘H Live Apa kata Malaysia Istimewa Hari Ibu yang akan disiarkan di tiga saluran (Astro Ria, Saluran 104), (Astro Bella, Saluran 133) dan (Astro Maya HD, Saluran 135)

*Sila rujuk Lampiran 1 untuk senarai lengkap sorotan rancangan khas pada 10 Mei 2015.

Kemuncak kempen ini adalah acara Astro Bella Untukmu Ibu Skypark Sinema yang akan berlansung pada 10 Mei ini bermula jam 5 petang di Rooftop Nu Sentral bertujuan untuk para ibu bersantai dan meluangkan masa bersama keluarga mereka sambil menonton filem secara terbuka. Selain dapat menyaksikan tayangan filem “ Suamiku Encik Pefect 10” pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan seperti persembahan dari peserta Kilauan Emas 5, penampilan khas oleh para pelakon Keluarga Karaoke, Kutinggalkan Cinta di Okinawa dan Pilot Café dan bermacam-macam lagi. Astro Bella akan turut menyiarkan klip-klip ucapan Hari Ibu daripada selebriti tempatan sepanjang bulan ini.

“Kempen ini merupakan satu usaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan para ibu. Inilah masa untuk menunjukan penghargaan kepada kaum ibu dengan memanjakan mereka dengan pelbagai aktiviti menarik ,” tambah Cik Natasha lagi.

ikal mayang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

VIDEO: Apa Pendapat Pelakon Tentang Filem JURASSIC WORLD

Fahrin Ahmad Jarang Jumpa Bakal Isteri Elak Fitnah