in ,

Rahsia Muslim di Xinjiang Jalani Ibadah Puasa Dalam MENCARI MUBARAK

Kisah Kesungguhan Muslim di Xinjiang, Jalani Ibadah Puasa Dalam Drama Bersiri “Mencari Mubarak” Di TV1. Ramadan yang tiba menginsafkan Irfan. Melihat kesusahan dan kesungguhan muslim di Xinjiang menunaikan kewajipan pada yang Yang Esa tanpa alasan benar-benar menyedarkan Irfan betapa jauhnya dia tersasar.

Islam itu indah. Jika hidup telah jauh menyimpang dan tersasar daripada landasan sebenar, peluang senantiasa terbuka untuk bertaubat. Mengambil berkat bulan Ramadan al-Mubarak ini, sebuah drama bersiri mengambil tempat menemui penonton setia saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menampilkan kemunculan pelakon terkenal Shah Jaszle, Sari Yanti, Arjaa Lee, Boy Ngasri, Shereen Al, Mimi Lana, Hilal Azman, Zarina Zainuddin dan Mubarak Majid.

Sari Yanti dan Shah Jaszle

13 episod drama bersiri bertajuk “Mencari Mubarak” yang menjalani penggambaran di Xinjiang, China ini disiarkan mulai 30 Jun ini, setiap hari, pukul 8.30 malam di TV1.

Drama bersiri arahan Kas Roshan ini mengangkat kisah pemuda bernama Irfan yang kehilangan yang diimpikan dan masih mencari identiti diri. Irfan adalah anak Datuk Hilal, seorang ahli perniagaan. Dia melihat penceraian ibunya ketika dia berusia 15 tahun. Saerah, seorang mualaf adalah ibu Irfan. Datuk Hilal menceraikan Saerah kerana dituduh curang.

Sejak Saerah keluar dari rumah, Irfan langsung tidak pernah bertemu ibunya. Datuk Hilal memutuskan hubungan kedua beranak ini dengan kejam. Belum pun lama penceraian itu, Irfan dikejutkan dengan kehadiran ibu barunya iaitu Sherry yang juga bekas setiausaha ayahnya. Sherry langsung tidak sukakan Irfan.

Irfan membesar dengan jiwanya yg memberontak. Segalanya ditentukan oleh Datuk Hilal. Sejurus Irfan tamat belajar, dia terus dihantar belajar ke luar negara. Datuk Hilal mahu Irfan menyambung legasi perniagaannya. Hakikatnya Irfan tidak meminati bidang perniagaan. Dia meminati bidang fotografi. Datuk Hilal tetap tidak memperdulikan minat Irfan. Irfan terus didesak untuk belajar.

Irfan terus tersasar diatas landasan agama. Solat dan puasa langsung tidak dipedulikannya. Pak Chad, pemandu ayahnya sangat simpati dan perihatin. Dia cuba menasihati Irfan, sebaliknya dia pula diherdik. Irfan tidak langsung mengambil kira perasaan orang lain lagi.

Satu-satu teman yang sanggup melayan dan menerima kerenahnya hanyalah Ijoy. Ijoy telah menipu duit Datuk Hilal dengan membuka syarikat tersebut tanpa pengetahuannya. Namun perkara itu terbongkar apabila Kusyairi, abang Ijoy membongkarkannya. Irfan telah diberi kata dua oleh Datuk Hilal. Akhirnya kerana memilih minat dan mempertahankan syarikat, Irfan dihalau keluar.

Sejak itu, Irfan memusuhi ayahnya dan nekad untuk mencari ibunya Saerah. Kusyairi adalah orang kanan yang berkerja di syarikat Datuk Hilal. Dia juga punya agendanya yang tersendiri. Dia mengidamkan syarikat milik Datuk Hilal.

Sementara itu Nek Siah, nenek kepada Ijoy mengambil berat tentang Irfan dalam diam. Dia sebenarnya menyimpan rahsia mengenali Saerah. Sewaktu di kampung, Madam Chong, ibu Saerah adalah jirannya. Namun Madam Chong terlibat dalam kemalangan langgar lari dan meninggalkan Saerah. Sejak itu, Saerah dibela oleh Nek Siah sehinggalah diserahkan kepada keluarga angkat yang lain.

Syarikat kecil Irfan menerima kontrak fotografi dengan sebuah majalah terkenal milik En Bront. Sementara itu Bella, adik En Bront jatuh hati pada Irfan. Biarpun Irfan tidak sukakan Bella, namun memikirkan keuntungannya, Irfan menerima cinta Bella. Irfan juga sebenarnya telah meniduri Bella. Ijoy tidak sukakan cara kotor Irfan yg mempergunakan Bella.

Satu hari, ketika Irfan sedang menjalani sesi fotografi, Irfan mendapati penglihatannya pudar. Irfan mendapatkan rawatan dan disahkan doktor mengalami gangguan penglihatan dan berkemungkinan buta. Irfan nekad merahsiakan masalah tersebut demi kerjayanya. Syarikat Irfan ditawarkan menjalani penggambaran di Xinjiang. Dia dan Ijoy berangkat ke Xinjiang, China.

Melly, gadis Malaysia bekerja di agensi perlancongan telah diarahkan menguruskan Irfan dan Ijoy. Melly gadis lasak dan kasar. Langsung tidak sukakan Irfan yang dianggap berlagak. Irfan dan Melly sering bertengkar dan Ijoy lah yang akan menjadi pendamainya. Sewaktu menjalani penggambaran di Pasar Turpan, lensa kamera Irfan menangkap gambar seorang wanita yang sedang membeli barangan disitu. Wanita mirip ibunya jelas muncul di gambar tersebut.

Irfan berusaha menjejaki Saerah namun gagal. Hakikatnya, tiada siapa tahu, Irfan mahu melihat wajah ibunya sebelum matanya benar-benar menjadi buta.

Sementara di Xinjiang, Melly akhirnya mengalah mahu menolong Irfan biarpun Irfan menolaknya. Mereka tinggal bersama makcik Melly iaitu Aunty Ros yang memang menetap disana. Ramadan yang tiba menginsafkan Irfan. Melihat kesusahan dan kesungguhan muslim di Xinjiang menunaikan kewajipan pada yang Yang Esa tanpa alasan benar-benar menyedarkan Irfan betapa jauhnya dia tersasar. Mulanya Irfan terpaksa berpura-pura untuk berpuasa namun di penghujungnya, Irfan ikhlas menceritakan kekurangannya pada Melly. Pencarian mereka tetap diteruskan sehinggalah satu hari, tanpa pengetahuan Melly, Irfan hampir rebah.

Dia sempat ke klinik berhampiran. Disitu disahkan Irfan hilang penglihatannya. Irfan melarikan diri dari Melly. Irfan tidak mahu Melly menanggung beban kesusahannya tambahan Irfan sudah mula cintakan Melly. Melly gagal menjejaki Irfan yang hilang tanpa khabar berita. Disitu, Melly mengakui dia juga menyintai Irfan. Adakah cinta mereka mampu bersatu? Dapatkah Irfan menjejak Saerah yang amat dirinduinya? Ikuti kesudahannya hanya di TV1.

Arjaa Lee turut berlakon

Shah Jaszle ... watak Irfan

konflik keluarga dalam drama bersri ini

latar indah dalam Mencari Mubarak

antara babak

poster Mencari  Mubarak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DG Leoniel Juara Pertandingan R U Tough Enough

Demonstrasi Memasak IDEAL Bersama MasterChef Dato’ Fazley Yaakob