in

Rahsia Kehebatan Adiwira Dalam Filem Zoom Di TV2

RAHSIA KEHEBATAN ADIWIRA DALAM FILEM ZOOM DI TV2

Siapa yang tidak tertarik jika melihat teknik pertarungan yang menggunakan kuasa-kuasa luar biasa digunakan oleh manusia luarbiasa? Sudah pasti ramai yang mengangguk tanda setuju kerana filem-filem ini amat digemari oleh segenap lapisan masyarakat dari usia muda hingga golongan pertengahan umur. Ada yang sanggup mengumpul koleksi superhero atau adiwira pujaan ataupun tidak melepaskan peluang menonton setiap filem yang ditayangkan di pawagam.

Bagi memudahkan peminat-peminat superhero khususnya untuk adik-adik yang menikmati cuti sekolah, Radio Television Malaysia (RTM) menyiarkan sebuah filem Inggeris, Zoom pada 9 Disember 2010 (Khamis), jam 1.30 petang yang dibawa khas untuk penonton setia saluran TV2, Dunia Ria. Filem yang menerima pencalonan untuk lakonan terbaik kanak-kanak oleh pelakon berbakat Ryan Newman sesuai ditonton seisi keluarga.

ZOOM

Penonton akan dibawa meneliti setiap watak di dalam filem Zoom ini. Bagi mereka yang mengenali Tim Allen, pasti anda terbayang akan lakonan komedi yang berjaya dibawakannya. Filem yang berkisar dua jam ini tidak akan menghampakan anda. Visual serta lakonan komedi para pelakon pembantu seperti Courtney Cox dan Chevy Case berhasil mengembangkan jalan cerita serta watak yang dilakonkan.

Tidak pernah terlintas untuk bekas superhero, Jack Shepard (Tim Allen) untuk kembali beraksi kembali sebagai seorang penyelamat. Membawa nama Captain Zoom, beliau dipilih untuk mengetuai pemilihan serta membentuk sekumpulan superhero muda di dalam misi menyelamatkan dunia dari kemusnahan. Pelbagai karenah calon-calon juga kuasa yang dipamerkan hadir ke sesi ujibakat untuk menempatkan diri mereka di dalam pasukan penyelamat dunia.

Di akhir pemilihan hanya empat orang peserta berjaya dipilih untuk dan mereka mempuyai kuasa-kuasa hebat tersendiri biarpun masih di usia muda. Antara yang terpilih memasuki pasukan tersebut adalah Dylan yang mampu bertukar menjadi seorang halimunan, Summer dengan kuasa telekinetik, Tuckers yang mampu menukar setiap anggota tubuhnya menjadi lebih besar dari normal serta Cindy yang mempunyai kekuatan luar biasa.

Captain Zoom mempunyai tanggungjawab di dalam menjadi seorang guru ataupun mentor kepada superhero-superhero muda ini. Tidak lengkap usahanya tanpa dibantu oleh Marsha ketika mereka berada di Zoom Academy. Masalah kian bertambah apabila Captain Zoom yang sudah lama meninggalkan dunia adiwira tidak mampu mengembalikan kuasanya seperti dahulu. Seiring masa membantu pasukan adiwira muda, Captain Zoom berjaya mendapat kembali kuasanya malah lebih kuat berbanding sebelummnya.

Kuasa hebat Captain Zoom telah menjadikannya seorang ketua pasukan yang berkaliber. Bersama ahli pasukan yang lain, mereka akan berlawan dengan kejahatan Concussion yang mempunyai tenaga luar biasa daripada menakluk dunia.

Mampukah pasukan pasukan Captain Zoom menumpaskan Concussion yang juga merupakan saudaranya? Adakah kekuatan adiwira muda mampu menyelamatkan dunia? Saksikan filem khas cuti sekolah ini, Zoom pada 9 Disember 2010 (Khamis), jam 1.30 petang di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia’s Junior Jet Club Loves Orangutans!

Photos Lin Yu Chun Launching Yes 4G Malaysia