in ,

Rahimidin Zahari Meninggal Dunia

Penerima Anugerah Penghargaan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) 2013, Rahimidin Zahari meninggal dunia kira-kira jam 4 petang tadi di Hospital Sungai Buloh, selepas tidak sedarkan diri sejak seminggu lalu.

Pengarang kelahiran Kota Bharu, Kelantan berusia 47 tahun itu dimasukkan ke Hospital Selayang minggu lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani pembedahan untuk menghentikan pendarahan di otaknya akibat serangan darah tinggi. Beliau meninggalkan seorang balu, Rosliza Zakaria dan lima anak berusia 9 hingga 20 tahun.

Rahimidin Zahari Meninggal Dunia

Pengarang kelahiran Kota Bharu, Kelantan berusia 47 tahun itu dimasukkan ke Hospital Selayang minggu lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani pembedahan untuk menghentikan pendarahan di otaknya akibat serangan darah tinggi.

Beliau meninggalkan seorang balu, Rosliza Zakaria dan lima anak berusia 9 hingga 20 tahun. Rahimidin yang bertugas sebagai Pengurus Panggung Istana Budaya dan Editor Majalah Pentas dikenali sebagai penyair dan sudah menghasilkan 11 kumpulan puisi yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, Rusia, Portugis, Korea, Arab dan Thailand.

Beliau yang menghasilkan buku Wayang Kulit Shadow Play: The Folk Epic of the Malay Archipelago, turut dikenali sebagai penggiat wayang kulit yang aktif mempersembahkan seni tradisi masyarakat Kelantan itu ke luar negara termasuk di Frankfurt, Jerman dan Amerika Syarikat (AS).

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tonton Koleksi Star Wars Prequel Trilogy di Astro Best

Hotlink Penaja Telekomunikasi Rasmi BIGBANG 2015 World Tour MADE in Malaysia