in , ,

Rahimah Rahim Bakal Duet Dengan Lynnzay Affandy?

Dengan kemunculan ramai artis-artis lama yang mencuba nasib semula untuk mencorakkan semula karier seni mereka pada tahun 2014 ini, apakah artis baru akan rasa tergugat? Selain daripada Raja Ema, Zureda dan Ramlah Ram yang telah kembali aktif menyanyi, Rahimah Rahim pula akan muncul semula untuk menyerikan semula industri muzik tempatan.

rahimah-rahim

Khabarnya, penyanyi era 80an yang pernah popular dengan lagu ‘Gadis dan Bunga’ serta ‘Selamat Berhari Raya’ ini akan berduet bersama penyanyi baru yang pernah menyanyikan semula lagu Raja Ema, iaitu Lynnzay. Apakah memang sasaran Lynnzay untuk mengembalikan semula era 80an? Apa jadi agaknya pada rancangan duetnya dengan Raja Ema?

Kami tidak pasti samada lagu baru atau lagu lama Rahimah Rahim kah yang akan disampaikan tapi yang memang kami pasti, mereka akan meriliskan single bersama tidak lama lagi dan kami pasti ianya akan jadi gabungan yang unik memandangkan Rahimah Rahim sendiri merupakan ikon fesyen dan muzik terkenal pada zaman 80an dahulu.

Walau bermastautin di Singapura, penyanyi dan pelakon Rahimah Rahim lebih kerap ke Malaysia untuk meneruskan karier lakonannya. Wah, baguslah. Kalau pada tahun 2005, beliau giat berlakon Bukan Yang Pertama, di bawah arahan sepupunya Ogy Ahmad Daud, sekarang dah tiba masa, Rahimah Rahim buat comeback, kan?

Mari kita nantikan. SELAMAT KEMBALI kepada Rahimah Rahim!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hafiz Suip Bercinta Dengan Penuntut Universiti

Sharifah Zarina Rancang Buka Taman Asuhan Kanak-Kanak