in ,

Rebecca Nur Al Islam Selamat Melahirkan Anak Kedua

Tahniah di atas kelahiran bayi kedua ini. Satu kurniaan rezeki dari Ilahi ni. Syukur!

Pelakon Rabecca Nur Al Islam telah selamat melahirkan anak keduanya di Hospital Gleanegles, Ampang sekitar jam 9.35 pagi tadi (20 September 2013, Jumaat).

Suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman menemaninya ketika melahirkan Nor Anggerik Renesmee seberat 3.74 kilogram melalui pembedahan.

Rabecca-Nur-Al-Islam-Selamat-Lahirkan-Anak-Ketiga

“Alhamdulillah saya dan bayi sihat,”

– Rebecca Nur Al Islam

Kelahiran bayi baru itu melengkapkan hidup pasangan berkenaan yang sudah mempunyai dua anak, Nor Adam Daniel, 5 dan Nor Anggun Raveira, 10 bulan.

“Saya & suami suka keluarga besar, tetapi mungkin saya akan berehat dulu daripada menambah ahli keluarga baru,”

– Rebecca Nur Al Islam

Tahniah atas kelahiran ahli keluarga baru dalam keluarga Rabecca Nur Al Islam dan Datuk Nor Azam, semoga kehadiran Nor Anggerik Renesmee ini menambah bahagia dalam kehidupan.

Rabecca-Nur-Al-Islam-Selamat-Lahirkan-Anak-Ketiga1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yusry Kesal Vikingdom Disamakan Dengan Video Hina Nabi

Samsung GALAXY Note 3 & GALAXY Gear Dilancar di Malaysia