in ,

Rebecca Nur Al-Islam Minta Erma Fatima Hentikan Menabur Fitnah

Semalam,jam 3 petang, bertempat di Harrods, KLCC telah berlangsung sidang media khas oleh pelakon Rebecca Nur Al-Islam yang telah mendesak supaya penerbit dan pengarah Erma Fatima supaya berhenti dari terus memfitnah dirinya sama ada menerusi kenyataan dalam mana-mana akhbar juga di laman sosial seperti laman Twitter, Facebook dan Instagram.

Rabecca sekaligus menegaskan yang dia tidak akan membuat sebarang kenyataan yang berkaitan isu ini lagi.

“Tujuan saya mengadakan sidang media hari ini bertujuan meminta pihak di sebelah sana diam dan jangan fitnah saya tentang isu disiplin sebab perbuatan itu bagai membuang pasir di dalam periuk nasi saya. 

Kalau betul saya ada masalah disiplin, masakan saya boleh bertahan selama 10 tahun dalam industri. Saya pernah menjadi artis residen MIG selama tiga tahun. Saya juga pernah ditawarkan menjadi artis residen Skop Production cuma ketika itu saya terpaksa menarik diri kerana saya berkahwin. 

Jadi saya nak pihak di sana diam dan pihak saya juga selepas ini akan berdiam. dan pihak beliau menghormati keputusan mahkamah.”

– Rebecca Nur Al-Islam

Pada 8 November lalu Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap penerbit dan pengarah drama Erma Fatima ekoran perlanggaran kontrak. Mahkamah Tinggi memutuskan Eirma melunaskan baki bayaran lakonan kepada Rebbeca sebanyak 40 peratus iaitu bernilai RM11, 200.

Rabecca Minta Erma Fatima Hentikan Menabur Fitnah

Konflik antara Rabecca dengan Erma tercetus apabila pengarah itu enggan menjelaskan baki bayaran tersebut dan telah mematikan watak Rabecca dalam drama bersiri Dejavu di Kinabalu pada episod ke 17 daripada 28 episod tanpa berbincang dengan pelakon itu.

Tambahnya lagi, sebelum ini dia pernah berusaha untuk berbincang dengan Erma sebelum membawa kes ini ke mahkamah namun segala usahanya sia-sia.

“Perkara ni sebenarnya saya tidak akan bawa ke mahkamah kalau ia boleh dibincangkan. Sebelum ini saya cuba menghantar pesanan ringkas, saya BBM sehingga dia buang saya dari BBM beliau.

Saya juga cuba mendapatkan pihak beliau namun gagal. Sebelum itu saya juga meminta bantuan dari Persatuan Seniman tetapi tidak ada apa-apa tindakan daripada pihak persatuan. Mahkamah adalah jalan terakhir saya.”

– Rebecca Nur Al-Islam

Dalam pada itu Rabecca tidak kisah sekiranya Erma mahu membuat rayuan atau meneruskan hasratnya ke Mahkamah Tinggi sekiranya beliau masih lagi tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah.

“Saya harap cukuplah segalanya. Kalau pihak beliau tidak berpuas hati pada saya beliau boleh teruskan nak ambil tindakan di Mahkamah Tinggi.

Senang saja, jika tidak puas hati atau enggan membayar, buat saja rayuan di mahkamah. Tidak perlu memburukkan saya di laman sosial. Sekiranya dia masih lagi memfitnah, saya tidak akan merujuk kepada peguam saya dan teragak-agak mengambil tindakan selanjutnya.”

– Rebecca Nur Al-Islam

Budiey harap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik. Ambik yang jernih, buang yang keruh ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Video Rasmi Kalau Aku Kaya Kini Di Youtube

Zul Ariffin & Gayatri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat