in

Quotes of The Day: Siti Nurhaliza Tersentuh Simpati

Setelah mendapat tahu, kawannya Kris Dayanti bercerai dengan Anang, Dato’ Siti Nurhaliza tersentuh dan turut bersimpati. Tergamam juga Siti seketika.

siti nurhaliza

“Jujurnya, Siti tidak tahu-menahu apa yang terjadi kepada perhubungan mereka. Soal wujudnya insan ketiga atau tidak, kita sendiri tidak tahu kebenarannya. Oleh itu kita jangan terlalu cepat menjatuhkan hukuman kepada mana-mana pihak. Apa yang berlaku, apa yang membuatkan KD dan Anang jadi begitu dan begini, kita sebagai orang luar tidak boleh membuat andaian sendiri. Saya cuma boleh katakan agar KD dan Anang tabah mengharungi rintangan getir ini. Memanglah ia pahit untuk ditelan, namun ini semua sudah ditakdirkan oleh Yang Maha Kuasa, jodoh mereka sampai disitu saja.

“Harapan Siti agar mereka dapat menguatkan diri serta meneruskan kehidupan kerana setiap yang berlaku ini merupakan ujian daripada Allah yang selalu mengingatkan hamba-Nya, Dalam hidup ini apatah lagi kalau sudah mendirikan perkahwinan, kita kena mengamalkan sikap hormat-menghormati dengan pasangan. Kita berusaha untuk mencari yang terbaik dalam kehidupan. Tidak baik dan jangan sesekali mentertawa orang lain tatkala mereka ditimpa musibah. Allah sesungguhnya Maha Berkuasa untuk menentukan segala-galanya.” [sumber]

Dijauhkan bala, moga-moga hubungan bahagia Siti dan suaminya terus kekal. Namun, segalanya atas kehendak Tuhan. Betul kata Siti, Allah sesungguhnya Maha Berkuasa untuk menentukan segala-galanya~!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trivia: Sandal Putih Siapa?

Iqbal, Watie dan Tengku Putri Najuwa Dalam Drama Panggilan Rayyan