Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Quotes of The Day: Saya Tak Cinta Ibu Mertua Saya



“Saya tak pernah cintakan ibu mertua saya…” itulah kata-kata jujur dari penyanyi Shidee. Berita ini yang dipetik daripada Mstar Online mungkin ada kebenarannya.

PERKAHWINAN penyanyi popular era 80-an Shidee, 51, dan Siti Fairunnisa Aziz, 22, khabarnya tidak direstui oleh ibu mertuanya, Jamaliah Hassan.

Lantaran itu, Jamaliah telah membuat tiga laporan polis sebelum pasangan berbeza usia 29 tahun itu dinikahkan pada 1 Februari lalu di pejabat Agama Islam Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu dengan berwalikan bapa saudara Siti Fairunnisa. Ayah Siti Fairunnisa sudah meninggal dunia empat tahun lepas.

Jamaliah Hassan membuat laporan yang pertama pada 26 Januari lalu di Balai Polis Salak Selatan dan dua jam selepas itu, dia membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi berhubung isu anaknya keluar daripada rumah tanpa keizinannya.

“Pada 26 Januari lalu, anak saya keluar dari rumah dan membawa kunci rumah kedua saya di Bukit Beruntung. Pada mulanya saya sangka dia tinggal di sana tetapi empat hari selepas itu baru saya mendapat berita daripada abang ipar saya, Razali Awang, yang anak saya mahu berkahwin dengan Shidee. Dia dan Shidee meminta Razali menjadi wali. Pada mulanya Razali enggan tetapi akhirnya terpaksa bersetuju kerana mereka mengugut mahu wali hakim,” kata Jamaliah kepada mStar Online.

Kemudian, pada 30 Januari lalu, Jamaliah membuat laporan yang ketiga di Balai Polis Bukit Sentosa, Bukit Beruntung kerana tidak mahu anak bongsunya berkahwin dengan Shidee. Jamaliah mahu anaknya pulang ke pangkuannya.

Jamaliah mendakwa penyanyi lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat itu seorang penipu, penganggur dan kaki judi.

Sementara itu, Shidee dalam temubual yang berasingan mengesahkan tentang laporan polis yang dibuat oleh ibu mertuanya. Namun begitu dia berkata tiada bukti yang mengesahkan dia membawa lari dan memaksa Fairunnisa berkahwin dengannya.

“Memang polis ada datang ke rumah saya. Tetapi tiada bukti yang mengatakan saya membawa lari anaknya. Nisa sendiri mengakui kepada polis yang dia mencari saya. Mendengar penjelasan itu, polis pun terkejut dan terus pulang.

Menurut Shidee, pada 30 Januari lalu, dia dan isteri telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa kerana mendakwa ibu mertuanya mengugut untuk memukulnya dan isteri.

“Ibu mertua saya mengugut untuk memukul saya dan isteri sekiranya isteri saya tidak pulang ke rumah,” ulas Shidee yang mengenali Jamaliah dan Fairunnisa sejak empat tahun lalu.

Shidee beranggapan insiden laporan polis itu dibuat disebabkan Jamaliah cemburukan hubungannya dengan Fairunnisa.

“Bukan sahaja dia yang mencintai saya tetapi adiknya juga mempunyai perasaan yang sama terhadap saya. Demi Allah, saya tidak pernah mencintainya. Tetapi mereka tidak boleh menerimanya apabila saya memilih Fairunnisa,” tambahnya lagi.

Namun dakwaan Shidee ini ditangkis oleh Jamaliah. Lain pula terkeluar dari mulut ibu berusia 45 tahun ini yang menafikan dakwaan penyanyi popular tahun 80an ini.

“Saya tidak cemburu dan langsung tidak kecewa kerana dia mencintai anak saya tetapi saya cuma berharap anak saya mendapat suami yang terbaik. Shidee bukan sahaja penipu, kaki judi, dan penganggur tetapi dia juga berhutang RM5,000 dengan saya. Dia sudah banyak menghabiskan harta saya kerana dia tidak bekerja. Adik saya juga membenci dia, jadi mana datang cerita kami mencintai dia?,” jelasnya dalam nada marah.

Perasaan benci jelas kedengaran dari nada suara Jamaliah.

Jamaliah menafikan kenyataan Shidee dan anaknya bahawa mereka akan melangsungkan resepsi perkahwinan di rumahnya di Cheras pada bulan Mac.

“Saya nak buat pembetulan di sini. Sebenarnya tidak akan ada apa-apa kenduri sebab saya tidak merestui perkahwinan mereka. Sudahlah anak saya kahwin percuma. Lepas ni saya hanya hendak menjaga diri-sendiri,” luah wanita yang pernah menaja pembikinan lagu-lagu Shidee termasuk lagu ‘Jamilah’ yang dihasilkan mengambil sempena namanya pada tahun 2008.

Perkenalan Jamaliah dan Shidee terdetik sejak wanita itu menyertai salah sebuah kelab stesen radio kira-kira empat tahun lalu.

Sejak dari perkenalan itu, mereka berkawan dan Shidee diajak tinggal bersama dengannya.

Pada mulanya Jamaliah akui dia pernah menaruh perasaan terhadap Shidee sehingga sanggup melaburkan wang ringgit untuk membiayai kos pembikinan album Shidee yang turut memuatkan lagu Jamilah.

Selepas itu, dia juga mengajak ‘menantunya’ itu membuat bisnes secara online bersama tetapi akhirnya duit itu disalahgunakan oleh lelaki itu.

Namun begitu, Jamaliah masih berharap agar Shidee bekerja untuk menyara anaknya dan mendoakan kebahagiaan mereka berdua pada masa akan datang.

Tags:

none

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Quotes of the day: Pierre Andre Dibomoh Maya Darina?
  • Quotes of The Day: Saya Belum Mahu Bercinta – Alyah
  • Quotes of The Day: Saya Bukan Pengacau Rumahtangga Orang
  • Quotes of The Day: Tak Baik Tuduh Saya – Rita
  • Quotes of the Day: “Saya Bukan Gay”
  • Quotes Of The Day: It’s Official Now, I’m Single
  • Quotes of the Day: Rima Melati Adam Sudah Ada Kekasih?
  • Quotes of The Day: Salah Saya Ke? – Abby Abadi
  • Gambar Adira Peluk Anjing
  • Quote of The Day: Nora Danish Stress



    • afif

      no komen…………

    • Tabuan

      Niat di hati… nak dijadikan suamiku…

      Tapi apakan daya akhirnya menjadi MENANTUKU ~

    • NONA

      shide memang bukan lelaki baik..dia ni memang penganggur dan kaki pukul…kawan aku (yg jadi kawan dia-shidee) yg cakapla…tapi kalau betul kata Jamaliah pasal perkara diatas…tak syak lagi…tu la, dah tau ada anak dara jgn berkawan dgn lelaki jenis camni…abis duit awak, anak awak dia sapu pulak….ish ish…

    • Hamba Allah

      Nak wat camana….dah anak sendiri suka kat kaki pukul ngan kaki penipu ni!
      “Sayang semuanya, sudah terlambat, tak guna engkau sesalkan lagi!”
      To Shidee: Carikla kerja cpt nak bg makan anak org, jgn kelentong lagi pompuan lain dahla ye! Tak baik tu….

    • cik karma

      itulah..perempuan memang selalu jadi mangsa penipuan lelaki..nak salahkan siapa? yg dok gatal ajak shidee tu duduk serumah apa kejadahnyer??

    • http://fariza_f@yahoo.com bdkchanteek

      ap yg diceritakn jamaliah 2 mmg benar belaka..ayah aku pnh share office dgn dye di rawang..masa 2,shidee bgtau ayah aku yg jamaliah ni wife dye..aku sdr penah pegi office 2 sekali..n mate n telinga aku jd saksi yg fairunnisa atau nissa n kakak dye pgl shidee ni papa..tup2 shidee rembat ank awek dye jd bini..mau x pnas hati beb..duit habes..anak awk dye sapu..mmg bangsa x guna punya jantan..

    • adekepatut

      kenapa la si anak ni tak boleh buka mata. Esok2 dah merana mesti akan cari mak dia juga…Tak kan si anak ni berdiam diri selepas baca kenyataan ni…“Bukan sahaja dia yang mencintai saya tetapi adiknya juga mempunyai perasaan yang sama terhadap saya. Demi Allah, saya tidak pernah mencintainya. Tetapi mereka tidak boleh menerimanya apabila saya memilih Fairunnisa,” tambahnya lagi.

      bukalah mata..klu aku marah org cakap mak aku cam tu



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK