Quotes of the Day: Saya Stress – Awal Ashaari
Awal Tertekan Hingga Tak Mampu Beri Sampel Air Kencing
PUTRAJAYA: “Memang saya ada di situ (Bukit Bintang) atas jemputan Scha,” kata Awal Ashaari, 28, ketika sidang media khas berhubung dakwaan pelakon dan pengacara popular itu enggan membuat ujian air kencing semasa serbuan di Rootz Club, Bukit Bintang awal pagi kelmarin.

Menurut Awal, dia dijemput bagi meraikan Hari Jadi kawan kepada pengacara dan pelakon Scha Al-Yahya yang kebetulan baru tiba dari Melbourne, Australia di Restoran Teeq Brasserie, Lot 10, Bukit Bintang.
Awal menganggap dia telah melakukan satu kesilapan apabila menukar fikiran dalam masa yang singkat.
“Saya datang awal sedikit dan tidak kenal siapa kawan Scha itu. Sementara menunggu Scha, saya lepak seketika di Rootz Club. Sebenarnya, saya berada dalam situasi yang salah dan bukannya berniat untuk bersuka ria di kelab malam itu.
Scha turut hadir dalam sidang media itu.
“Perkara ini bertukar sebab Scha yang lewat. Insiden ini memberi kesan negatif kepada karier dan keluarga saya. Ia pertama kali berlaku dalam hidup saya sepanjang lima tahun bergelar artis,” luah Awal dalam keadaan tenang selepas sidang media Malam Kemuncak Sehati Berdansa musim ketiga di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, malam tadi.
Tambahnya, “Apabila saya sampai di dalam kelab itu, tiba-tiba sahaja lampu dibuka dan muzik dipadamkan. Seorang wanita memberitahu satu operasi sedang dijalankan kerana sebelum itu terdapat satu pergaduhan.
“Saya hanya mengikut arahan polis dan duduk bersama lelaki lain di bahagian hadapan manakala perempuan di bahagian belakang. Kemudian kami dalam 30 orang diarahkan ke bilik air untuk membuat ujian air kencing. Saya masuk ke dalam bilik air itu dan cuba tetapi tak mampu keluar apa-apa,” cerita pelakon filem ‘Syurga Cinta’ ini.

Pengacara program Sehati Berdansa ini juga akui tertekan dengan pihak media yang menjerit namanya sehingga tidak mampu memberikan sampel air kencing itu dan ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
“Saya beritahu tak boleh (memberikan sampel air kencing) dan tunggu juga. Dalam masa yang sama ramai juga media yang menjerit nama saya. Saya juga dihimpit dan diasak oleh mereka seolah-olah saya seorang hero. Tetapi saya tetap pegang botol (sampel air kencing) dan cuba lagi kerana lelaki (polis) di hadapan saya kata cuba lagi. Saya rasa mungkin saya tidak dapat (memberikan sampel air kencing) kerana tertekan dan tidak pernah alami insiden seperti ini.
“Saya mengalami tekanan dengan teruk sehingga mencuba beberapa kali tetapi tidak berjaya..selepas itu, mereka kata kalau tak boleh, mereka mahu bawa saya ke IPK Kuala Lumpur. Jadi, saya terus kata tak boleh. Apabila dibawa ke balai, akhirnya saya berjaya memberikan sampel air kencing selepas minum tiga botol air dan ujian itu didapati negatif,” kata Awal.

Awal juga menceritakan tentang bagaimana dia dilayan dengan baik oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus ketika berada di IPK Kuala Lumpur.
“Sharifah Hawariah meminta maaf kepada saya kerana terpaksa membawa saya ke IPK Kuala Lumpur. Dia membenarkan saya berehat di bilik pejabatnya buat sementara waktu kerana ramai media yang menunggu di luar. Selepas itu, saya berbincang dengannya selama tiga jam dalam bilik itu.
“Kemudian, saya tertidur di situ sehingga pukul 11 pagi. Pada pukul 11.30 pagi baru pengurus saya datang mengambil saya. Saya harap orang tak salah anggap kerana saya bukannya terlibat dengan dadah.
“Saya bersih dari dadah dan bukan di bawah pengaruh alkohol. Jika tidak percaya, boleh bertanya dengan Sharifah Hawariah sendiri. Saya juga cuba mendapatkan surat tentang apa yang berlaku,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, Scha yang turut berada dalam sidang media itu mengaku mereka tersilap percaturan apabila terpaksa menukar rancangan untuk pergi ke Rootz apabila Teeq telah tutup.
“Saya lambat kerana baru habis menjalani penggambaran Awan Dania pada pukul 1.30 pagi. Apabila saya sampai di Teeq, tempat itu dah tutup. Saya terpaksa tukar tempat ke Rootz kerana tiada pilihan lain. Lagipun bukan Hari Jadi saya… tetapi saya rasa kecewa,” luah Scha dalam keadaan sugul.
Scha berwajah sugul sepanjang sidang media itu berlangsung. Scha berkata dia langsung tidak mengetahui tentang situasi yang berlaku pada malam itu dan menurut sahaja apabila diarahkan membuat ujian air kencing.
“Saya tidak membantah dan pergi membuat ujian. Saya tidak minum (minuman keras) kerana baru baik dari demam dan tuduhan itu tidak adil..,” tegasnya.

PENGURUS AWAL MINTA MAAF
Pada Jumaat lalu, Pengurus Awal, Azlina Merican yang dihubungi berkata, dia amat terkejut dengan berita itu dan menafikan sekeras-kerasnya Awal terbabit dengan kes tersebut.
“Saya terkejut dengan berita itu. Saya pun baru dimaklumkan oleh seorang teman sebentar tadi namun berita ini tidak berasas sama sekali. Apa yang saya boleh katakan, artis itu memang bukan Awal,” katanya.
Bagaimanapun, semalam Azlina telah memohon maaf kepada mStar Online atas kesilapannya yang menafikan perkara itu.
“Saya minta maaf sebab saya salah faham. Saya sebenarnya mahu menafikan Awal disabit positif dadah. Namun saya tetap ingin menafikan tentang dakwaan mengatakan Awal enggan membuat ujian air kencing dan dia juga tidak menyorok dalam bilik air seperti yang didakwa,” kata Azlina di sini.
Semalam, Awal bersama 21 pengunjung kelab malam ‘haram’ ditahan di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang itu. Pelakon berusia 28 tahun itu ditahan kerana enggan menjalani ujian air kencing dalam serbuan pukul 3.15 pagi itu.
Difahamkan, pelakon Ridzuan Hashim dan Juliana Evans turut berada di pusat hiburan berkenaan. Namun mereka dibebaskan setelah ujian air kencing yang dijalankan didapati negatif. Terdahulu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus berkata, pusat hiburan yang terletak di tingkat lapan itu didapati beroperasi tanpa lesen sejak lebih enam bulan lalu pada setiap malam sehingga pukul 6 pagi.
Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur manakala mereka yang didapati positif dadah disiasat di bawah Seksyen 15 (1)9(a) Akta Dadah Berbahaya 1950. [sumber]
Baca artikel lain yang berkaitan:










December 27th, 2009 at 8:41 am
cakap macamana pun,dah tau macamana dunia artis sekarang ni…..
December 27th, 2009 at 9:06 am
nasib baik scha ngan awal xterlibat dalam dadah dan tak minum (minuman keras)..aku tahu scha ni baik orangnya…tapi tolong jngan pegi ke kelab tu lagi ek! aku peminat setia awal ngan scha..
December 27th, 2009 at 10:14 am
bertambah2 teruk pula keadaan Scha & Awal akhir2 ne… apa yg terjadi itu adalah dugaan.. sya mmg x suke Awal dri dolu dh coz stiap pkataan yg dluahkannya x menunjukkan kmatangannya & lbih bnyk merapu.. lebih bnyk blame people.. aiisshhh… susahla mamat ne…
December 27th, 2009 at 11:23 am
“Saya tidak membantah dan pergi membuat ujian. Saya tidak minum (minuman keras) kerana baru baik dari demam dan tuduhan itu tidak adil..,” tegasnya.,<<====maksudnyer dia jeniss tonggang lerr ni???
December 27th, 2009 at 3:26 pm
Saya tidak membantah dan pergi membuat ujian. Saya tidak minum (minuman keras) kerana baru baik dari demam…
so, klau x demam, minum la erk..
ni la dunia artis..penuh dgn kepura-puraan..sudah la awal n scha..ak bnci korg..dlu mmg minat tp da g kelab mlm ni..ak bnci clubbing..
tp bkn smua artis la..
ssh nk beza yg mnew btol, yg mnew salah..
org skrunk hny pk kn duniawi jew..
December 27th, 2009 at 7:37 pm
ReD -> diaorang tu muda lagi…
pakar superimpose -> ermmm biar la dia…
eira -> ko nak cakap orang tak betul… ko betul ke?? diaorang tak betul biarlah… kubur diaorang… ko jaga kubur sendiri sudah…
whatever it is, this is the industries… if theres nothing like this the industry wont grow and lots of people “tak boleh cari makan”… ; )
December 27th, 2009 at 10:58 pm
karL Nizam: ko ni agama ape?
tu la tu..bagus sgtla menyokong benda yg x elok..rosak2.
bla ada org bebel benda yg betol, suh jaga kubur masing2..ni la perosak akidah..astagfirullah..klu aku, brsyukur bla ada yg tlg m’insafkan aku.
mati x kira tua muda..klu da baligh tu da tau dosa pahala la..
cukup2la org2 yg suka mengiyakan benda yg x baik ni..knala sama2 igt m’ingati dunia da nk kiamat oii..xblela bia sedara seislam hanyut..
aku pun xdela perfect sgt..tp msh ada tahap takut gak la nak share saham neraka.. :p
biala aku hidup susah,drpd aku hidup senang dr hasil yg xsihat.. : )
December 27th, 2009 at 11:05 pm
Awal: keep blaming org laen.. Kalu jd scha xhengen aku laki yg tau nk lepas diri je… Sanggup salahkn org laen coz nk tunjukkn diri tu mcm baek..
Scha: Fikir dulu sblom cakap… “Saya tidak minum (minuman keras) kerana baru baik dari demam…” Kalu dh lame baek demam?
Awal & Scha: Terperangkap dlm DRAMA CIPTAAN SENDIRi… Only GOD Knows…
December 28th, 2009 at 6:13 am
yelh…
mnis di mulut..
dhati spe yg tau..
artis kn….
mner yg buruk djdkn pgajaran..
yg baek djdkn teladan..
BE A GOOD REAL MODEL..
December 28th, 2009 at 7:55 am
elehh ko scha….itu la balasan ko !!! ko pun sama awal…betul apa fahrin cakap..balasan korang la..dan ko scha jangan ingat ko selalu wat wajah sempoi ko tu kat face book boleh menggaburi peminat ko..harap jer cantik..tp penuh dengan kepura puraan..apa2 hal aku mmg respect habis kat fahrin..nasib baik ko tak jadi ngan scha…ada perempuan yang lebih baik untuk ko.
December 28th, 2009 at 9:05 am
Karl Nizam : U tau x Haziq Belalang (ex Tom2 Bak) lbih bijak drpd Awal..kata2 budak 2 lebih msuk akal drpd mamat sorg ne.. Mmglh kubur msing2 cik abg.. tp dosa gak lau kta x tgur coz kta dh tau.. Hopefully c Awal 2 mkn saman lh nasihat2 org kat dia.. kan dia rajin gak blogging2 ne so mb die da bce komen kitaorg.. lau x smpi pown pe kate u yg sampaikn..
Scha.. tersilap percaturan dlm memilih kawan.. tym press conference tu dia ckp she was at the wrong place & wrong tym.. supposely she add “..with the wrong frens..”
December 28th, 2009 at 1:13 pm
apa yang berlaku nih untuk bukakan mata fahrin.. coz i think hes in da right place…tuhan tuh maha penunjuk kebenaran.. macam apa yg berlaku dalam hdup n pcintaan aku..cinta 3 segi gak.. ppuan tuh tuduh aku ppuan murahan..tp aku saba..sbb tuhan lebih tau pasal dri aku..n lastly tuhan nk tnjuk sape lg teruk..then aku dapat tau that gurl smoking..so, tang mana baiknya dia nk dbndingkan ngn aku..dia cakap aku ni ulu sbb pasal smoking pn nk kecoh..pada aku, sbg seorang wanita,walau duduk di mana pun tmpatnya..tk sopan if we smoking..
^cuba jadi yg trbaik^
December 28th, 2009 at 2:22 pm
dah jadi ruangan cik sri siantan dah ni….
December 31st, 2009 at 11:50 am
Allah swt itu MAHA ADIL n doa org2 yg teraniaya akan dmakbulkan Allah swt .. samada cepat @ lambat @ ‘dsimpan’ d akhirat .. so .. sama2 beringat lah ..
December 31st, 2009 at 5:14 pm
BETUL KATA RED NGAN YATT..SI AWAL NAMPAK BAIK TP BERLAGAK PLUS SUKA BLAME ORG..MULUT DIA PUN BOLE TAHAN LASER (MASA JADI PENGACARA SENSASI)..SI SCHA NIH…AKU TAK TAU COZ AKU TAK MINAT DIA PUN..TAMBAHAN : FAHRIN MESTI SUKA PASAL BERITA NIH…LINDA LAGI DOUBLE SUKA COUSE FAHRIN PUTUS JUGAK NGAN POMPUAN LAIN SELEPAS DIA (INSIDEN KAT RANCANGAN SEHATI BERDANSA PUN LEBIH KURANG JER) N DITAMBAH BERITA NIH….HU HU..
January 1st, 2010 at 3:12 pm
karl nizam: memang kubur lain2 tp takut2 klu kubur org tu duk sebelah kita..tak tenteram sbb asyik dengar kena palu jerr..hii…hiii…seram.
ingat klu demam jgn minum, tunggu lama skit baik demam baru boleh minum…i tak ckp tp org tu yg ckp
January 5th, 2010 at 11:04 pm
awal : hahaha… y u ckp yg u stress pulak, huhh.. ?? mcm pelik ah pulak dowhh.. !! yew ah.., ape kene mengena ngn stress ?? or u takut coz tyme 2 dah ade press sume ?? hahhaa…
alawhh.. nie bukan first tyme u g club, rght ?? but.., tyme u g nie.. naseb u malang.. coz kene serbu pulak.
scha : adouwhh… name baru nak glamour.. tetibe pulak naek kontroversi mcm nie.. memang kesian ah.. !! but.., u pon bukan first tyme g club, rght ??
January 14th, 2010 at 11:31 pm
“Saya tidak membantah dan pergi membuat ujian. Saya tidak minum (minuman keras) kerana baru baik dari demam dan tuduhan itu tidak adil..,” tegasnya.
Statement nie dibuat mungkin dlm keadaan ttekan.. yelah.. tpaksa berdepan dgn kontroversi sebegini..tekanan yg dihadapi bukannya senang.mgkn dia nk cakap dlm keadaan demam.. x mgkn ssrg tu akan amikbende2 camtu. dia cuma nk tegaskan yg dia mmg x amik..coz klu dia ckp “sy x pernah amik bende tu bla..bla.. org kt luar nie suka fikir yg buruk2 je kan? ada yg percaya & ramai juga yg akan mencebik..Only God knows.. Dont blame her ..just forgive her
January 27th, 2010 at 12:00 pm
SABAR JE LA AWAL N SCHA..
AKU SEDIH GAK SCHA LE CLASH NGAN FARIN.
WALAU APAPUN CERITA YG CUBA MEMBUNUH NAMA N KERJAYA FARIN AKU TAU DIA LELAKI YG BAIK.
WALAUPUN AKU BUKAN DIKALANGAN ARTIS. TP AKU ADA INFORMER YGMEMANG BAIK NGAN ARTIS.
SEDIH GAKLA LINDA X ABIS2 NK BALAS DENDAM.UDAH2 LA TUH.. NANTI MEMALUKAN DIRI SENDIRI BALIK.
APA2PUN AKU SUKA KORANG BERTIGA. FARIN, SCHA N AWAL..
APA2 PUN SCHA LAGI CUN DARI LINDA. AKU SUKA CARA SCHA AT LEAST DIA X HIPOKRIT.
KALAU SCHA COUPLE BALIK NGAN FARIN OK GAK TUH.. AWAL PUN OK LA..
YG PENTING U ALL GUYS HAPPY K.
AKU SUKA NENGOK SCHA SENYUM DARI SI FASHA TUH.HMM….
APA2PUN ITUHAK AKU UTK BERSUARA…
March 27th, 2010 at 3:40 pm
Kaedahnya mudah: Jangan pergi tmpt2 yg syubhah camtu, baru boleh elak fitnah…