Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Quotes of The Day: Saya Rasa Lega – Qabil Ambak



Akhirnya, Qabil Ambak berterus terang dan buat pendedahan tentang hubungannya dengan Fasha Sandha dan sebab-sebab mengapa beliau memutuskan untuk tidak membatalkan perkahwinan.

“Saya rasa lega dan terlepas dari bebanan sebaik saja membuat pengumuman itu. Terus terang, keputusan yang saya buat ini tidak dipengaruhi sesiapa dan semuanya atas kemahuan saya sendiri. Dan ini adalah keputusan yang saya buat seorang diri dan bukannya bersama seperti yang Fasha nyatakan. Sebenarnya hasrat untuk membatalkan perkahwinan itu sudah lama saya suarakan pada Fasha dan saya ada meminta dia memaklumkan sendiri perkara itu kepada media. Malangnya dia langsung tidak bersuara. Dan disebabkan tindakannya itu, saya lihat cerita mengenai kononnya yang kami akan berkahwin semakin tersebar di media dan gambar saya turut digunakan.

“Enggan membiarkan perkara ini berlanjutan serta membuatkan saya terus tertekan dengan keadaan sekeliling dan kebetulan pula ada wartawan yang bertanyakan saya mengenai hal itu, jadi saya rasakan inilah masanya untuk saya menceritakan perkara sebenar supaya tidak ada pihak yang keliru atau tertanya-tanya di manakah hala tujunya hubungan kami ini,” jelas Qabil penuh hati-hati.

“Saya akui, sepanjang kami hidup bersama, banyak cerita yang saya dengar mengenainya. Malah kawan-kawan saya sendiri banyak menasihatkan saya apabila mendapat tahu yang sedang berkawan dengannya.

“Namun semua itu tidak saya endahkan. Saya adalah seorang yang tidak mudah percaya cakap-cakap orang. Dan kalau betul pun apa yang diceritakan itu, saya tidak mahu buruk sangka, mungkin itu cerita lama dan dia sudah berubah. Tapi selepas setahun berkawan dengannya, saya sendiri dapat merasakan yang antara kami memang tidak sehaluan dalam banyak perkara.

“Rentak hidupnya tidak sama dengan saya dan selepas saya melihat sendiri dengan mata kepala saya, barulah saya percaya dan biarlah hubungan kami ini hanya setakat di sini saja. Jadi saya harap selepas ini tidak ada yang membuat spekulasi kononnya keluarga saya serta wujudnya orang ketiga yang menjadi punca saya tidak jadi berkahwin dengan Fasha,” katanya yang tetap tidak mahu mendedahkan apakah insiden yang mengubah pendiriannya itu.

“Kami keluar bersama pun dalam sebulan sekali. Iyalah masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Malah, kalau berjumpa pun kami tidaklah berbincang soal perkahwinan secara serius.

“Jadi apabila dia membuat pengumuman yang kononnya dia akan berkahwin, saya sendiri tertanya-tanya siapakah jejaka itu kerana kalau saya yang dimaksudkannya, itu tak mungkin kerana saya sebenarnya belum lagi membawa dia bertemu dengan keluarga saya,” tutur Qabil yang mengakui di awal perkenalan, dia tidak tahu yang Fasha seorang pelakon.

Diusik dengan pertanyaan apakah peristiwa itu akan membuatkan dirinya serik untuk menjalinkan hubungan dengan artis, Qabil menolak andaian nakal itu.

“Saya tidak pernah memandang rendah golongan artis, begitu juga keluarga saya. Dan saya tidak menolak andai dijodohkan dengan golongan itu. Tidak semua artis sama,” ujarnya sambil memberitahu sejak mengumumkan hal itu, dia dan pelakon itu sudah tidak lagi berhubungan. [sumber]

Tags:

none

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Krisdayanti Bersama Equin Negara Qabil Ambak
  • Quotes of the day: Pierre Andre Dibomoh Maya Darina?
  • Foto-foto dari Filem Qabil Khushry Qabil Igam
  • Quotes of The Day
  • Quotes of The Day: Saya Belum Mahu Bercinta – Alyah
  • Pelakon Izi Yahya Meninggal Dunia
  • Penjelasan: Budiey Bukan Bakal Suami Ella!
  • Quotes of The Day: Tak Baik Tuduh Saya – Rita
  • Sinopsis Drama Habil Qabil TV3
  • Quotes of the Day: “Saya Bukan Gay”



  • 14 Komen untuk entri “Quotes of The Day: Saya Rasa Lega – Qabil Ambak”

    1. Cuteyangel17 kata:

      Saya suka sekali dengan pengakuan Qabil…..mudah-mudahan si Fasha tu akan sedar dengan sikap bodoh sombongnya.

    2. shahjehan kata:

      iyela..rasany jgn la orang yg baik-baik ni kawen ngan fasha.aku penah tgk video blue dia kt handset kwan aku.dh org bg tgk aku pn pelagi xku lpskn pluang ler tgk sama.lgpun kn skrg ni byk kes psl dia yg teruk-teruk.ala bukak internet jmpe la crite die

    3. AnNur kata:

      “jika cinta dia, jujurlah padaku, tinggalkan aku di sini tanpa senyumanmu”

    4. AnNur kata:

      “jika cinta dia, kucoba mengerti, mungkin kau bukan cinta sejati dihidupku” by Geisha Band

    5. LYN MINAT ADAM,B.A.D BOYSNGAN RAIN!!!!! kata:

      qabil bajet bagus jew….sume manusia x sempurna….;P

    6. FARAH kata:

      SOMBONG-sombong pun fasha dia mampu sara mak ayah dia
      mungkin sebab tu rezeki dia murah
      manalah tahu jodohndia dgn lelaki baik atau tidak
      there is always chance for repentace..kan?

      hari ini dia mcm ni
      satu hari nnt kalau dia berubah kembali ke jalan-Nya dgn bimbingan lelaki yg baik siapa tahu?
      humm
      anak yg berbakti pada ibu bapa jhat macmna pun tentu tak sama dgn anak yg baik pada org tak taat pada ibu bapa kan..

      ntah la
      kesian plak tgok fasha jadi gini
      perempuan mcm mentimun
      menggolek luka tergolek pun luka

    7. munah kata:

      Sabarlah fasha

      Dalam hal ini banyak2 buat sembahyang hajat. Rasa tertekan tu memang ada tapi pasti ada hikmah disebalik nie.

      Alah lagipun awak muda lagi masih banyak peluang. Kita tak tahu jodoh kita walau macam manapun ubahlah sikap tu . Bawak bertenang dan carilah peluang berlakon kumpul duit. Pergi umrah. Doa aje…thanks

    8. hello kitty kata:

      tak agak2 qabil kuar sttmnt…
      kot ye pn fasha “bermasalah”,
      toksah le sampai m’jatuhkan maruah dia camni…
      harap fasha sabar & jgn d balas sttmnt ni…
      tkt makin byk lak pekung yg terdedah…

    9. IeDa kata:

      fasha nk jadik wife qabil semata2 nk cover line dia ngan rizal kot…so bila qabil dpt tau..trus dia blah…:P

    10. intan kata:

      balasan utknya sbb dah menjatuhkan air muka Ally Iskandar.S’krg ni dah yr turn pulak.What goes round,will come round.

    11. baby kata:

      hope pas ni si fasha tu leh amek pengajaran….

    12. adik kata:

      2 LA FASHA…KO SIBUK SGT NEK CITER YG KO LAKU SGT..
      KAN DAH RASAKAN BILE ORG PLAK YG REJECT KO
      BKN SUME LAKI DLM DUNIA NI NAK FUTURE WIFE MUKA JE CANTEK TP TERLALU MUDAH BERGAUL BERTEPUK TAMPAR DGN LAKI LAIN…
      STOK NAK WAT BINI XKAN LA NAK CARI YG MEMALUKAN OR MENJATUHKAN MARUAH BAKAL SUAMI OR BAKAL MERTUA.
      MANER QABIL X HANGIN…DAH SI PASHA 2 DOK BERMESRA2 DGN RIZAL
      XKAN POMPUAN MCM 2 KOT NAK WAT BINI

    13. zen kata:

      Buat fasha sandha, bersabar lah…dugaan tuhan memang macam2 dan berbeza2 untuk setiap umatnya, Sebenarnya bukan fasha tp qabil ak layak untuk fasah, lelaki yang gentleman tak kan jadikan kenangan silam seseorang itu untuk nilaikan diri dia, Qabil sendiri sangat baik ker???
      Fasha tanggung mak dan adik beradik dia, dlam kene2 kutuk pun ,lakonan dia laku jer…rezeki dia cari untuk suap pada seluruh keluarga dia, kalau nak goyang kaki orang bela pun boleh kan, untuk perempauna secantik dia, tp dia rajin bekerja..

      Anyway fasha, u deserve to find a good man, nikah kahwin ni perkra serius, tp mulai hari ni U kena belajar jadi wanita matang, lelaki ramai yang nak tumpang glamer dan ambil kesempatan, bersabar..jodoh kita tuhan dah tentukan. BerseraH saja pada Yg-Esa..dan kalau boleh tak payah pg cub lagi, sbb lelaki yg kita jumpa kat club dah tentu sukakan “BITCH”. Org begini tak boleh buat stok SUami pun…

    14. !!siti *[vouge]*!! kata:

      btol tu ape zen taip..ai sokong statement zen..peace!

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK