Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Quotes of The Day: Saya Dah Letih – Remy Ishak



“Saya sudah ‘letih’ dengan hal ini. Terlalu lama saya bertahan dan saya sudah malas melihat ‘drama’ ini lagi,” luah Remy Ishak berhubung pengakuan pembantu rumah Ummi Nazeera yang dikatakan menjadi saksi insiden Ummi dicederakan oleh Remy pada 4 Disember lalu. Di dalam sebuah akhbar hari ini, Susi Sumarni membuat pengakuan bahawa dia menyaksikan pergaduhan antara Remy dan majikannya, Ummi di bawah kondominium yang terletak di Jalan Ampang itu dan pada masa kejadian, Remy dilihat melibas tangannya dengan laju ke muka Ummi sehingga menyebabkan pelakon itu terjatuh.

“Saya dah letih…” – Remy Ishak

Menurut Susi, Remy kemudian datang kepadanya dan memintanya agar tidak melaporkan perkara tersebut dan menyuruh Susi mengambil bedak asas di rumah bagi menutup luka di muka pelakon wanita itu. Ujar Susi, dia sendiri bantu mengangkat Ummi yang dipanggil ‘cik muda’ itu yang mengadu kesakitan akibat bengkak di bahagian kiri mukanya dengan luka dan lebam di sekitar mata.

Pendedahan yang dibuat oleh Susi di hadapan ibu Ummi, Datuk Maziah Musa, malam tadi itu tidak terhenti di situ saja apabila dia turut mengaku, Ummi sebelum ini juga pernah dicederakan Remy ketika mereka bertengkar. Keluarga Ummi telah membuat laporan polis pada 5 Disember lalu dan pelakon itu turut mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital di Ampang.

Diminta mengulas mengenai ‘pendedahan’ terbaru itu ekoran kontroversi yang melanda pasangan kekasih ini, Remy dalam nada tenang berkata, dia sudah tidak mampu untuk menjelaskan tentang perkara ini lagi.

“Saya benar-benar sudah ‘letih’. Saya hanya kesiankan keluarga di kampung. Mereka amat terkejut dengan semua ini, tetapi alhamdulillah, mereka masih percayakan saya kerana mereka tahu siapa diri saya yang sebenarnya. Tidak perlulah saya nak beritahu orang tentang diri saya…betapa baiknya saya, atau apa saja. Biarlah apa tanggapan orang terhadap saya selepas ini. Masing-masing boleh menilai. Cuma saya hairan, mengapa Ummi sendiri tidak tampil dan terangkan hal yang sebenar. Sedangkan sehingga saat ini, dia masih menghubungi dan menghantar SMS berkali-kali memberitahu saya bahawa saya sebenarnya tidak bersalah. Tetapi saya sudah malas untuk ‘layan’ lagi. Biarlah…cukuplah benda-benda ini saya lalui. Saya hanya perlu kuatkan semangat saja ketika ini dan meneruskan kerja seperti biasa ,” kata Remy yang kini berada di Kedah untuk menjalani penggambaran filem terbaru arahan Osman Ali. [sumber]

Tags: , ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Remy Ishak Cedera Dalam Kemalangan
  • Gambar Remy Ishak di Malam Gala Nur Kasih The Movie
  • Remy Ishak Bergaduh Dengan Ummi Nazeera
  • Remy Ishak Si Koboi Jahat
  • Video Tiz Zaqyah Nyanyi Kisah Hati Buat Remy Ishak
  • Gambar Remy Ishak di Karnival Inspirasi TV3
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali
  • Quotes of the day: Pierre Andre Dibomoh Maya Darina?
  • Drama Nur Kasih Lakonan Remy Ishak
  • Quotes of The Day: Tak Baik Tuduh Saya – Rita



  • 17 Komen untuk entri “Quotes of The Day: Saya Dah Letih – Remy Ishak”

    1. intan kata:

      saya rasa pelakon lelaki ini bercakap benar dan dia adalah mangsa yg sebenarnya. Diketahui umum yg keluarga pelakon pompuan tu memang berduit dan biasalah, org berduit memang yg selalu “RUN THE SHOW”.Saksi pulak org gaji sendiri.Mcm dah plan je.Saya pernah dengar yg keluarga pompuan ni adalah pendatang dari seberang.Kiranya, yg berduit lah.Anak2 mereka tidak bersekolah disekolah yg biasa disediakan kerajaan kita utk org tempatan.Seblknya, mereka menggaji guru utk dtg mengajar.Sbb tu lah, anak2 mereka tak pandai nak bergaul dgn org.

    2. angah kata:

      salam….
      kita hanya boleh tunggu dan lihat sbb ianya pon dah jadi kes polis. bersabarlah apa pon jika ada kebenaran, sudah tentu ianya dibongkar akan kisah sebenarnya kelak. dengar2….tak lama tu kilang mak umi pulak terbakar…apa kes lak nieh???

    3. An.Nur kata:

      Letih aku, bila menatap segala kisah, dalam hidupmu. Pengorbanan dan penantian, hanyalah terbuang dan sia-sia.

    4. An.Nur kata:

      Kau hempaskan tubuh ini, kau goreskan luka hati. Takkan aku kenang lagi, tulus cinta yg kau beri, pergilah cintaku,

    5. An.Nur kata:

      Takkan aku ingat lagi, sakit hati yg kau beri, pergilah cintaku, biarkan berlalu. By Hello Band “Biarkan Berlalu”

    6. pakar superimpose kata:

      x kirelah sapa betul sape salah, aku mcm dah kureng skit minat dgn remy.sepatutnyer tak terlibat dgn cerita2 mcm2 ni. elakkan mana2 yg boleh memburukkan nama. mungkin dr awal jgn bercinta dgn type perempuan mcm ni yg ala akan membawa masalah dan malu. apa2 pon aku mmg menyampah dgn ummi nazeerah tuh sejak berlakon citer aladdin tuh. perasan cantik tapi muka sembab. ada duit byl pegilah mandi susu ker mandi bunga ker…bg muka berseri. dan aku mcm heran kenapa recently org suka ambik dia berlakon.

    7. ajib boy kata:

      kita yang tak tahu apa2 dan tak melihat keadaan sebenar lebih baik tak payah nak bercakap pasal isu ini.. ia akan membesar2kan lagi perkara ini… biar orang2 yang mengetahuinya sahaja selesaikan….

      tapi apa2 pun ada lah dayus bagi seorang lelaki mengangkat tangan kepada wanita dalam apa jua cara sekalipun, malahan jika tidak ada apa2 hubungan yang sah… sekian..

      yang diam tak semestinya bersalah, yang melatah tak semestinya benar..

    8. Hamba Allah kata:

      Sabor je lah…benda dah jadik! Skrg dalam siasatan polis…tak lama lagi turun naik mahkamah la tu. Masa tu nanti kita tau la sapa yg bersalah, sapa yg tidak.

    9. aku ni kata:

      aku yg baca kisah si remy ni pun letih, apatah lg tuan empunya badan…kesian tp benda dah jadik…pd remy, aku nak ko ingat, negara kiter ni ader undang2, so klu ko mmg betul, ko toksah takut….ramai yg sentiasa sokong ko…pd si pompuan tu plak….ingatla, bukan semua benda boleh beli dgn duit…lambat laun, kebenaran tu akan terbukti…tolong la belajar cakap benar..toksah diamkan diri pastu keluar nnt bgtau org malaysia ni yg ko berdiam diri sebab takmo besar2kan cerita….bosan la sikap artis lari dr masalah ni….

    10. NORA kata:

      Ummi Nazeera ( bapak org Perak. Mak org Besut trengganu) bukannya org seberang. Sya tak minat pun lakonan Ummi. sy kenal dia dr kecik. tak pandai hormat org. ingat semua blh di beli dgn duit. sudahlah ummi…
      Datuk maziah pun harus ingat. suami awak tu pernah wat org sakit jugak sekrg bila tkena anak sendiri apa perasaan datuk2. Inilah balasan yg d terima. terlalu banyak org yg telah suami Dtuk aniayai.

    11. NONA kata:

      AKU RASA MESTI FAMILY UPAH PEGUAM YG MAHAL2 ATAU MCM KARPAL SINGH TU…ORG KAYA KAN..AKU TK SOKONG REMY..TP PELIK NAPER UMMI DIAM..? KUARGA DIA YG TERLEBIH PLAK..ANYWAY..AKU PUN TK SUKA UMMI..PERANGAI ANAK ORG KAYA TAU2 JE LA..

    12. rahsia kata:

      ntahla x tau..sekarang ni ramai sangat yang pandai berlakon…sampai dah x tau yang maner realiti dan lakonan…sekarang ni pn sumpah ngan nama allah pn dah jadi biasa…walaupn hakikat nyer insan itu sedang berbohong…tuhan jer tahu skarng ni..jadi x sebelah saper2 pn….

    13. arien kata:

      mmg cm 2 perangai anak org kaya…dlm lakonan ngan realiti sme jerk perangai…mk bpk pun percye bulat2..

    14. Gula kata:

      Apa2 hal bila Mahkamah nak panggil kes…tahun depan..3 tahun lg..ke takkan kuar mahkamah…Org luar susah nak tau citer sebeno..harap undang2 tak jadi mainan org kaya..kalo jd lagu tu..baik p tengok pilem tamil ke..hindsutan ke..dusyum2..

    15. laobe kata:

      wa pu che tau…
      buat NORA…jgn asyik mengaibkan org …
      aku rasa ko ni musuh dalam selumut family ummi.
      LEBIH BAIK DIAM KALAU TAK TAU PERKARA SEBENAR! salam

    16. suehada kata:

      Hnya Allah Yang Maha Mengetahui…. But to me, syabas pd abg remy krn ttp tabah meneruskan komitmn sbg pelakon… inilh harga yg perlu dibayar sbg ank seni! teater natrah dan drama nur kasih mbuktikn bakat ank muda dr melaka ini ptt dipuji…

    17. bob kata:

      Aku dengar mak ummi dah kawin dengan bekas menteri. betul ke??

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK