Quotes of The Day: Saya Bukan Pengacau Rumahtangga Orang
Pada minggu lalu Radio Hot FM telah dihangat dengan topik suami dikebas oleh selebriti. Semuanya gara-gara panggilan oleh seorang wanita yang mengesyaki suaminya ada skandal dengan seorang artis dan bintang realiti TV. Siap dikasinya sedikit gambaran yang hampir sama dengan Heliza iaitu bertudung, mata galak, bercakap dalam loghat utara dan Sabah.
Namun, Heliza sekeras-kerasnya telah menafikan gosip ini:
“Saya tidak berkesempatan mendengar radio pada waktu itu, tapi saya terbaca mengenai gosip tersebut di internet selepas itu. Malah, ramai kawan turut menghubungi saya bertanyakan tentang kesahihan cerita itu. Berdasarkan apa yang saya baca, ramai yang mengesyaki sayalah artis tersebut. Memang terkejut juga pada awalnya, tapi saya tidaklah ‘melatah’ dengan perkara ini sebab saya tak buat pun. Saya tidak ada hubungan dengan mana-mana suami orang. Keluarga saya pun ada membaca tentang perkara ini di intenet dan mereka faham keadaan sebenar. Itu spekulasi semata-mata,”
“Saya sibuk dengan pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Ditambah pula ini adalah semester akhir pengajian saya, tugasan semakin banyak untuk disiapkan. Jadi saya tidak ada masa untuk jalin hubungan cinta dengan sesiapa pun. Tapi saya tidak tertekan pun dengan gosip ini kerana keluarga dan rakan-rakan terdekat memang memahami. Cuma saya berharap sangat orang tidak salah anggap tentang saya.”
“Sejujurnya, saya memang tidak tahu siapa suami orang yang dimaksudkan itu. Memang saya ada ramai kawan lelaki yang sudah berkahwin, tetapi apa yang pasti, semuanya adalah kawan sahaja. Lagipun, saya tidak mahu dilabel pengacau rumahtangga orang. Mungkin, lelaki itu yang perlu tampil dan menjelaskan perkara sebenar kerana saya tidak mahulah rumahtangga mereka bergolak, sedangkan saya tidak tahu apa-apa,” – Heliza

Tags: Quotes of The Day
Tags: Heliza AF5Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





January 17th, 2010 at 8:51 am
cantikk..
January 17th, 2010 at 3:06 pm
harap Heliza terus berjaya dlm pelajaran dn karier seni jgk
January 17th, 2010 at 4:52 pm
btl ke heliza ada affair dgn dato mirza???dia yg sponser utk flm syurga cinta tu?dan heliza selalu dpt buat private show undr dato tu?
January 17th, 2010 at 9:59 pm
Biar betul, dok saboh guh…
Eliza org molek²…
P/s: Klik Sini Untuk Download Ebook Percuma “6 Idea Buat DUit MRR”. Rugi Tak Download, Percuma Je!!!
January 18th, 2010 at 12:41 am
Nice..:)
January 18th, 2010 at 9:10 am
Bagusla klu begitu tp wlaupun itu benar sy harap lo berpikir 2x la, ko harus ingat lo punya perasaan dia jga punya perasaan, jangan perna lo bahagia diatas penderitaan wanita lain, mungkin di dunia lo bahagia tp diakhirat nanti air mata pompuan yg kokacaukan akan menjadi laut yg ganas siap menghancurkan lo berulang kali hingga dunia benar2 kiamat.
January 18th, 2010 at 9:30 am
nantikan kesudahan episod ini didalam edisi perkahwinan mengejut yang akan datang… ; )
January 18th, 2010 at 12:42 pm
Payah juga jadi orang cantik ni, baru berkawan dah disalah erti, rasanya sekarang ni banyak suami2 yang tak teguh iman dan pendirian, tengok perempuan cantik terus nak.. tambah kalau banyak duit dan berpangkat, alangkan yang tak berpangkat dan duit pun tak seberapa pun boleh nak tambah cawangan.. Begitu lah kalau duit dan dunia di utamakan dari ugama dan akhirat..walahualam
January 18th, 2010 at 12:47 pm
Mula-mula memang kawan tapi lama-lama saling menawan , utk jalan terbaik jauhi diri Heliza dari orang berkenaan …….
January 19th, 2010 at 1:16 pm
Sabor je lah Heliza oii…macam tu la asam garam dunia artis!
Tapi jgn mula2 je ckp tidak pastu lama2 iye pulak!
Mula2 tak cukup kacak untuk Heliza, lama2 dah jadi kacak pulak…
Hmmm…lu pikirla sendiri.
Jangan tipu peminat kerana peminat skrg byk sumber yg boleh dipercayai…ok?