in ,

Quill, What A Hero, Summer I Love You, My Tutor Friend 2 di 8TV

FILEM-FILEM MENARIK MENGISI HUJUNG MINGGU ANDA!

8TV membawakan filem-filem menarik dari Asia sepanjang Mac ini khas untuk penonton setia kami. Filem-filem ini akan disiarkan pada setiap Sabtu jam 8.30 malam bagi mengisi hujung minggu anda!

“Tiada yang lebih baik dari meluangkan masa dan berehat bersama yang tersayang pada hujung minggu. Kami di 8TV akan menyajikan anda dengan filem-filem menarik dari Asia. Semoga anda semua terhibur!.” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

Quill
TX Date: 7 March 2009
Time: 8.30pm – 10.30pm
Semasa masih di makmal, Quill telah diberi kepada pasangan Isamy Nii dan Mitsuko Nii yang merupakan sukarelawan yang melatih anjing yang dijadikan sebagai pembantu orang buta. Quill kemudiannya dihantar ke sebuah sekolah yang melatih anjing di bawah jagaan Satoru Watada. Walaupun Quill agak lembab dan pasif berbanding dengan anjing-anjing yang lain namun Quill mempunyai keistimewaan tersendiri. Tawade akhirnya membuat keputusan untuk menyerahkan Quill kepada Mitsuru Watanabe iaitu seorang lelaki yang panas baran dan kurang gemar bergaul. Lama kelamaan Watanabe mula berubah dan belajar untuk mempercayai Quill yang sentiasa berada di sisinya. Dibintangi oleh: Kaoru Kobayashi, Yukika Sakuratani, Kitsudaira Shina, Teruyuki Kagawa, Shinobu Terajima

What A Hero!
TX Date: 14 March 2009
Time: 8.30pm – 10.30pm
Dalam filem What a Hero, Andy Lau membawakan watak sebagai Hwa, seorang pegawai polis yang telah diberi kenaikan pangkat dan ditugaskan ke sebuah bandar besar. Namun, setibanya di sana, Hwa mendapati yang beliau akan bekerja di dalam pasukan Uncle Yi (Micheal Chan) yang selalu dipandang rendah oleh pasukan lain. Hwa bersama kumpulannya berjaya menyelesaikan sebuah kes namun pasukan yang diketuai oleh Yeung (Roy Cheung) yang mendapat nama. Hwa terlalu sedih dan pulang semulka ke kampung. Tidak lama kemudiaan, Hwa kembali semula ke bandar dan akan bertemu dengan Yeung dalam sebuah perlawanan taekwando sebagai bukti cintanya kepada Nan (Maggie Cheung).
Dibintangi oleh: Andy Lau, Maggie Cheung & Anthony Wong

Summer I Love You
TX Date: 21 March 2009
Time: 8.30pm – 10.30pm
Wei Ching merasakan kehidupannya terlalu malang. 2 tahun selepas kematian rakan baiknnya di Thailand, beliau sentiasa mengurung dirinya di dalam bilik dan selalu menyamar dengan pelbagai nama di internet.  Suatu hari, Wei Ching berjumpa dengan seorang lelaki bernama Lek yang benar-benar menarik perhatiannya. Lek yang lumpuh separuh badan hidup dengan penuh semangat dan personalitinya yang sentiasa ceria itu berjaya memikat Wei Ching dan mereka akhirnya menjadi rakan baik. Lek mengajak Wei Cheng ke resort miliknya yang terletak di sebuah pulau dan malang tidak berbau, Lek terlibat dalam sebuah kemalangan dan beliau akhirnya lumpuh seluruh badan. Wei Ching menasihati Lek supaya menjalani pembedahan dan beliau sendiri telah bersetuju untuk mendermakan sel kepada Lek.  Pembedahan Lek berjaya dan beliau sudah boleh berjalan kembali. Namun pembedahan itu telah memberi kesan yang teruk kepada Wei Ching apabila beliau terjaga dan mendapati usia beliau 30 tahun lebih tua. Tidak sanggup melihat penderitaan Wei Ching, Lek mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan bagi menyelamatkan We Ching. 
Starring: Richie Ren, Candy Lo
 
My Tutor Friend 2
TX Date: 28 March 2009
Time: 8.30pm – 10.30pm
Junko, seorang gadis terbang ke Korea untuk mencari kekasih hati. Beliau kemudiannya terjumpa sebuah rumah tumpangan dan menginap di sebuah bilik. Malangnya bilik tersebut merupakan bilik anak lelaki (Jong-Man) kepada pemilik rumah tumpangan itu. Junko bercadang untuk tinggal di tempat lain tetapi diminta untuk menjadi tetamu mereka dan tinggal sebilik dengan Jong-man. Jong-man turut mengajar bahasa korea kepada Junko secara percuma.
Starring: Lee Chung Ah, Park Gi Woong

Jangan lupa menandakan kalendar anda untuk menyaksikan filem-filem menarik untuk mengisi hujung minggu anda sepanjang Mac 2009 ini. Filem-filem ini akan disiarkan setiap Sabtu jam 8.30 malam hanya di 8TV. Anda juga boleh menonton 8TV melalui saluran 708 Astro!

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari DAULAT TUANKU Di TV3

Apa Khabar Orang Kampung anjuran TV9 di Pasir Mas, Kelantan