in

Qi Razali Hos Program Kokolog di TV9

Apa kaitan di antara coklat, melancong dan membuat kerja amal? Jawapannya, tentulah KOKOLOG! Program terbaru terbitan Primeworks Studios untuk TV9 (saluran 119), ini menggandingkan tiga elemen yang seakan-akan tiada kaitan tetapi bakal menceriakan hujung minggu (Ahad), pada jam 10.00 pagi, mulai 2 Mac 2014 ini.

Pengacara popular Qushairi Razali atau lebh dikenali dengan Qi, akan menampilkan resipi unik menggunakan produk berkaitan koko sama ada serbuk koko, kepingan coklat masakan atau lemak koko sebagai sebahagian daripada bahan. Qi juga akan mengunjungi tempat menarik dan mencari mereka yang memerlukan untuk dibantu.

Qi Razali Hos Program Kokolog di TV9

Resipi Menarik Dari Koko Hanya Dalam Kokolog

[dropcap]P[/dropcap]rogram ini diterbitkan dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia. Ini sebahagian daripada perancangan berterusan Lembaga Koko Malaysia (LKM) untuk mempromosikan penggunaan koko di kalangan masyarakat di samping sebagai usaha untuk meningkatkan penggunaan koko tempatan.

Tujuan program promosi koko di televisyen yang akan dilaksanakan oleh LKM ini adalah untuk mendidik dan menyebarkan maklumat dan fakta yang tepat mengenai Koko, Kegunaan, Khasiat dan Kebaikannya (4K) secara berterusan dan sistematik kepada pengguna tempatan khususnya penonton televisyen.

Segmen memasak dikendalikan oleh hos utama bersama Chef Tamu, iaitu sama ada chef tempatan yang pakar dalam sajian unik setempat atau chef selebriti. Sajian berasaskan coklat ini dibahagikan kepada empat segmen iaitu:

  1. Sajian utama seperti nasi, pasta, pelbagai jenis mi dan lauk-pauk yang sesuai, sajian pencuci mulut seperti pastri dan kek, kuih Melayu termasuk bubur, sajian parti/acara untuk majlis hari jadi, sambutan ulang tahun perkahwinan, sambutan tahun baru, meraikan kejayaan. Contoh sajian, kek atau cupcake bertema, coklat berbentuk figura serta masakan Barat.
  2. Segmen tanggungjawab sosial mensasarkan semua peringkat umur dan diterapkan di dalam jalan cerita supaya ia mempunyai kaitan dengan penonton secara dekat. Misalnya, episod kanak-kanak yatim yang mahu mencapai cita-cita menjadi chef, dibantu sehingga mendaftar ke akademi masakan dengan kosnya dibiayai oleh Kokolog.
  3. Satu lagi elemen program ini ialah kapsul Kreatif Koko. Matlamat kapsul ini adalah untuk memberitahu umum mengenai kepelbagaian penggunaan coklat dalam kehidupan seharian. Selain sebagai makanan dan boleh dijadikan pelbagai sajian, coklat juga mempunyai tempat istimewa dalam pelbagai majlis sama ada dijadikan sebagai hadiah atau dekorasi.
  4. Satu daripada penggunaan popular coklat ialah sebagai bahan hantaran. Segmen gubahan barangan hantaran terbukti popular di dalam majalah-majalah wanita dan keluarga. Cabaran untuk memaparkan ciptaan gubahan secara langkah-demi-langkah di TV tanpa membosankan penonton boleh diatasi menerusi kombinasi teknik ‘fast-editing’ dan ‘text effect’.

Antara contoh khidmat sosial yang ditampilkan ialah merealisasikan cita-cita seorang anak yatim ingin menjadi chef, serta memberi sumbangan kepada artis legenda tanahair iaitu Datuk Jamil Sulong yang kini sedang uzur. Sumbangan yang diberikan ini adalah sebagai memperingati jasa yang beliau dalam bidang seni tanahair.

Segmen khidmat kemasyarakatan dalam program masakan seperti ini, diharap dapat meningkatkan kesedaran penonton tentang hidup bermasyarakat, di samping dapat mempelajari resipi terbaru yang menggunakan produk daripada koko.

Program ‘KOKOLOG’ yang dihoskan oleh Qushairi Razali (Qi) ini diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Wan Sabariah Shikh Ali dan Penerbit, Nur Irjuana Mohd Ishar.

Pastikan anda tidak ketinggalan mempelajari resipi menarik yang melibatkan produk koko pada setiap setiap hari Ahad jam 10.00 pagi di TV9. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv9.com.my.

Qi Razali Hos Program Kokolog di TV9

Qi Razali Hos Program Kokolog di TV9

Qi Razali Hos Program Kokolog di TV9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Rio To Malaysia & Wayang Padang di Kerteh Terengganu

Pelawak Popular Cipta Sejarah & Rekod Dalam Lawak Siang Malam