Qhaud Tersingkir Dari Akademi Fantasia 7
Konsert Akademi Fantasia minggu ke-6 yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil semalam telah menyingkirkan seorang lagi pelajar iaitu Qhaud atau Mohd Qhauhd Abdul Rashid. Akibat menerima undian paling rendah di kalangan pelajar, Qhaud terpaksa akur dengan pilihan penonton walaupun persembahan Qhaud membawa lagu Seruan dikatakan show Qhaud paling mantap sepanjang Qhaud berada dalam AF.

Konsert yang bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104) itu sekali lagi menampilkan kelainan di mana pelajar telah diberi tugasan untuk membawakan lagu daripada band muzik yang popular di Malaysia dan Indonesia iaitu Lefthanded, Estranged, Kristal serta Cokelat.
Sebagai kelainan, kesemua pelajar pada kali ini turut membuat persembahan dengan iringan band muzik itu sendiri. Mereka turut diuji cara berkomunikasi dengan penonton. Selain Qhaud, persembahan pelajar lelaki malam tadi adalah Hafiz (Resam Pak Belalang/ Kristal), Akim (Aurora/ Estranged), Yazid (Ku Di Halaman Rindu/ Lefthanded) serta Aril (Yang Pernah/ Estranged).
Manakala persembahan pelajar perempuan adalah Claudia (Keindahan Pantai/ Kristal), Aishah (Segitiga/ Cokelat) dan Isma (Salah/ Cokelat). Lagu bonus adalah I Want To Break Free (Queen) dan What I’ve Done (Linkin Park).
Dengan penyingkiran Qhaud itu, bermakna tinggal 7 lagi pelajar akan meneruskan perjuangan mereka meraih gelaran juara AF7. Pengkritik yang bertugas malam tadi adalah Adlin Aman Ramlie, Edrie Hashim serta Dato’ Khadijah Ibrahim. Bagi menggamatkan suasana, Jozan (Johan & Zizan) turut diundang untuk membuat jenaka mereka bersama pelajar dan AC Mizal.
Semoga Qhaud sukses dan teruskan usaha untuk menjadi bintang.
Tags: Akademi FantasiaBaca artikel lain yang berkaitan:









April 19th, 2009 at 11:20 am
kesian nye Qhaud…!! ohh kalau die tak suke tonjolkan diri je die must be ditched by camera and the others… mane aci mcm tuu… to me Qhaud yg patut jadi champion cuz he’s an optimist n die tabah n mcm2 lg yg good ada dkt Qhaud ni…bkn nk kutuk yg lain.. tp at least give la Qhaud the chance to shine, to show the world that he has talents… kalau results based on undi je, n kalau astro nk save kn Qhaud, tak yah ada elemination la.. mcm minggu lepas, Isma second last tp nape sidi je yg kluar??? dah name nk pilih kasih tu ckp je laa..
April 19th, 2009 at 3:06 pm
suare die nie masih ade potensi untuk pasaran…..
April 19th, 2009 at 6:10 pm
relaxlah..
mne ada pilih kasih..
dah nma rncagn realiti..
pasti ada yg tersingkir..
April 19th, 2009 at 8:49 pm
Kalo tak mengundi dia, memanglah dia akan terkeluar walaupun suara best. Itulah realiti Akademi Fantasia. Diorang nak kaut duit sebanyak mungkin dari AF. Kalau budak-budak tue tak menghasilkan keuntungan lumayan buat diorang, buat apa nak simpan kan….? Mengabiskan beras dan menambahkan bil-bil utiliti jer.
Terima jerlah hakikat nie walaupun pedih…..
Remarks :
Aku cuma pernah mengundi 2 kali jer untuk AF. Waktu AF2 dulu ( AF yang paling best antara semua season AF). Tue pon RM 0.50 x 2 kali = RM 1.00 jer. Aku sedekah RM 1 jer kat AF (Afundi Zahid). Pastue xder lagi. Maleh dah nak berabih duit. Duit yang ada pon kdg2 tak cukup untuk stok. Lagipon ASTRO dah kaya. Wakakakakakaka……….
April 19th, 2009 at 11:13 pm
sebagai penonton..kt pn layak mengkritik jgk..Qhaud adalh student pilihan Bapak aku..tp bkn akulah..aku krg minat sbb die ala2 over caring dgn member2 n ckgu2 die..seolah2 die hide diri sbnr die..die mcm nk tnjuk alim pn ade lh cket..mcm ms Mawi dl..die alim gak..tp at least die cver mnde tu dlm AF..n PD MS TU..org suke die coz die telus lg benar..tp tu cte dl la..aku time tu tgh pregnt 1st baby..kemaruk dbuatnye..tp skrg x minat lngsung pn..hehe..
April 19th, 2009 at 11:57 pm
huh.. cam x caye jew qhaud yg tersingkir..
coz lagu seruan yg qhaud nyanyi 2 memang sgt
lar..!!! ingat en yazid yg kua.
adoii….!!!!! but pape pon.. qhaud kua ngan
bermaruah.. coz qhaud dah wat yg the best.
cayyooo…. jangan give up qhaud.
April 20th, 2009 at 4:56 pm
Yes!!! Bgospon dye kuar muahahahahahha
April 21st, 2009 at 9:49 am
yes!!!…at last si Qhaud tu tersingkir gak!!!…dah agak dah…aku rasa this week si Aishah tu yang kuar…tgk le nanti klu tak caya!!!
April 21st, 2009 at 12:28 pm
nanana na……….na na na na na.. hey hey hey……….. GOODBYE
finally another useless wannabe is out of this “competition”..
April 29th, 2009 at 9:20 pm
Aaaaaaaaaa…ala qhuad dh x de rezeki nak wat cam ne….. jgn give up
yer.. i wish you good luck…
May 9th, 2009 at 10:55 am
sya adalah peminat QHAUD. saya tak sangka abg j\yang kuar. tapi apa2 pn saya akan tetap menjadi peminat abg.