Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Puteri Mardiana Dikatakan Selekeh Tak Pandai Bergaya?



Minggu lalu, Budiey ada terbaca satu ruangan gosip di akhbar Berita Harian yang menegur Dira dan Putri Mardiana yang berpakaian agak selekeh masa sidang media mengumumkan calon Top 5 bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2009.

Dikatakan, cara mereka berdua ni berpakaian memang tidak kena dengan majlis dengan gaya yang tak okey.

Namun, Budiey lihat ramai ada lagi selebriti yang datang masa majlis tu yang tak berapa okey. Ada personaliti radio yang hadir dengan hanya pakai T-shirt aje. Sempoi aje.

Kalau tengok pada apa yang dipakai oleh Putri Mardiana ni, kira okey la lagi. Pelakon Santau ni cuma pakai snow cap, baju longgar warna biru dan berkaca mata. Kira ranggilah tu.

Tapi mungkin lain padang, lain belalang, lain pacatnya. Lain orang, lain pula pendapatnya.

Cuma, kalau tengok apa yang dipakai oleh Dira masa tu… memang betul jugak, Dira nampak macam nak pergi bersiar-siar aje.

Tapi kalau nak kira, dalam ramai-ramai selebriti kat majlis tu, pakaian Dira yang paling seksi dan daring sebab baju ala kemban. Lagi satu, Dira tak make up tebal sangat.

Masa jumpa Putri Mardiana hari tu, Budiey sempat tanya pasal filem terkini lakonannya, Ngangkong. Shooting dibuat kat Kuala Selangor. Tak sah katanya, kalau tak calar badan masa shooting. Memang tahan lasak dan suka buat aksi lasak.

Putri Mardiana bersyukur sebab dapat jadi finalis. Terima kasih buat semua pengundi.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Ngangkung
  • Gambali Lisa Surihani di Majlis Pelancaran MUSTIKA
  • Gambar Aksi Cium Puteri Sarah Liyana Aduh Saliha 18SX
  • Drama Ahmad Albob Yang Punya di Slot Lagenda
  • Trivia: Jam Tangan dan Cermin Mata Hitam Pelakon Remaja
  • Gambar Majlis Pertunangan Pelakon Puteri Chichi
  • Drama Puteri Salju Lakonan Puteri Fateen, Fizzow Omar
  • Gambar Majlis Pertunangan Puteri Fatin Nasuha Part 2
  • Gambar Romantik Fizow dan Puteri Fateen Dalam Drama Puteri Salju
  • Gambar Aleesya Anak Erra Fazira Terbaru 2010



  • 8 Komen untuk entri “Puteri Mardiana Dikatakan Selekeh Tak Pandai Bergaya?”

    1. yna kata:

      ok per… comel jer… ni mesti nk pakai letop2 n seksi2 br ckp b’gaya kot… mcm rebeca nurislam dulu.. siap dpt anugerah drees paling meletop lg… apalah dunia skrg ni… pakaian xpnting sgt… yg pntg bakat dlm bidang yg diceburi… xkan nk selalu make up tebal2… palsu sume tu… klu dh cantik pakai apa pun ok

    2. ess kata:

      ape yg selekeh.. ok jer..

    3. Ayu kata:

      Nina mmg c0m0t pn..ak tau gak la cket2 sal nina ni..kawen muda kejutan budaya la 2..tgl ank tgl suami..pd ak dy ni biasa jew..lau tgk dy kt kg ya amp0n da mcm bibik da ak tgk..

    4. Amin kata:

      Ape kew jenih baju yg dipakai budak ini..nenek ak pun pandai dress up..x pns kew pki snow cap 2..jgn la kedekut cgt nk beli baju elok k nina..

    5. anin kata:

      tinggal anak tinggal suami?hahaha..kelakar la ayu nih…apa2 pon terima kasih….

    6. rozita kata:

      si nina ni comot2 pon…berlakon mantap,top 5 abp lagi,…kau ada ke ayu??top 5 kutuk orang ada la kot,cik amin lak…nenek ko dah kedut seribu…kalau tk paham pasal berfesyen..jangan komen…ntah hapa2 la korang nih..

    7. raz kata:

      seikhlasnya.. aku cuma boleh kata.. dia ni rupa dah ada.. pemakaian pun tak seksi sangat.. (its good) .. tapi dia ni antara pelakon yang betul2 berbakat dan kebanyakan watak yang dibawa olehnya neutral.. menjadi.. tak macam artis2 lain, pakaian nak belah situ sini.. nak paksa diri tu belakon..

    8. anna farhana kata:

      weh..kak mardiana baik giler…aku tgk ok je die bergaya n pling pnting xseksi…bru2 ni dia mai utk festival filem kat uum…mmg dia ramah sgt…ok je bdk2 serbu dia..siap pluk2 lgi ngn pminat pmpuan..xcaye g tgk kt blog aku…hihi..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK